Wednesday, April 26, 2006

bzzzz...buzy bee


'struggling' (heheh) to finish dis book..harap boleh habiskan dan baca buku lain plak, bibah janji nak bagi pinjam Da Vinci Code..lepas ni nak cari even angels ask by jeffrey Lang plak la


tara...sampai selasa haritu..cekap..cepat..masa utk marketing dan distribution..dan..heheh..kutip untung..

hu...

hu..tergamam sekejap..i received many invitations to join Muslimspace.com semenjak dua menjak ni, and only decided to join in today..

for the first time in my life jumpe such a .......(tak tau nak describe..huhu) bile nak bukak email account..

see..when u have completed the details needed in the Signup form, in the end of the form, u have to swear by Allah SWT to adhere to the rules of Islamic Shariah and read and agree to MuslimSpace.com Terms & Conditions. in order to do this, plus the word 'swear by Allah', it is not as easy as signing up with other accounts. Me myself never read the T&C before, but this time, I can't sign up b4 i read those 21 long T&C (owwwh..haha..but pls don't test me..huhu)..and u really have to swear by Allah that u will adhere to the rules of Islamic Shariah in using the account, though even b4--when using other accounts pon, of course kite adhere to islamic shariah, but this time, when u have to SWEAR BY ALLAH..uh..its a very big responsibility indeed..

in short, all the problems of negative attitudes n behaviours in this world can be solved when people have iman..when we really internalize the concept of TAQWA! ittaqullaha haithuma kunta! bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada..bersikap ihsan--an ta'budallaha kaannaka taraahu, fainlam takun taraahu fainnahu yaraaka! hu..sape la yang berani buat dosa bile ingat Allah tgk kite setiap masa???

in addition, selalunye kalau ada ads.mesti rase nak hide, but this time, tak sampai hati, sebab all the ads available are islamic messages..cam step-by-step to memorize d quran, islamic finance training. millionmuslimlinks.com, digital halal, muslim showbiz, the muslim blog etc..uh..

hopefully, Muslimspace.com can be one of the wadah to enable muslims around the world to meet, exhange excellent ideas and strengthen the ukhuwwah and strategies to revive the golden era of the Muslim Ummah..

Monday, April 24, 2006

islamic prog yang remaja friendly

HA! Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah program memperingati acara penting dalam kalendar Islam wajar dilaksanakan dengan dimensi dan pendekatan baru supaya dapat memberi satu impak lebih berkesan terutama kepada generasi muda. jika pembaharuan tidak dilakukan, baginda bimbang masyarakat akan berasa program berkaitan acara penting Islam tidak mempunyai tarikan malah membosankan. Sambil mengambil contoh pelancaran Sambutan Maulidur Rasul yang dihadirinya baru-baru ini, baginda dapati bahawa setiap tahun sambutan yang dianjurkan begitu rutin dengan program yang hampir sama. Baginda bertitah, sebagai Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, baginda bertanggungjawab terhadap keupayaan menganjurkan acara secara menarik, dinamik dan LEBIH HIDUP. Ni sangat menarik!! Bukan perkara baru..cume kalau raja dah cakap..ape lagi..waha..cube sume raja tekankan dan turun padang gak, hulur duit ke..wahai pendokong Islam semua, mari kita semarakkan syiar Islam dengan program membangun jiwa dan remaja friendly, bukan sekadar retorik semata. Ape lagi tunggu?? Raja muda perak dah sokong nih!!

Ape kate, next year punye sambutan maulidur rasul, kite hulur proposal yang menarik dan tawarkan diri jd event manager..waha! ha amacam?

“Tema ceramah berkaitan kesihatan dan pemakanan, pelaburan dan ekonomi, pencemaran dan alam sekitar dan pelbagai lagi harus dianjurkan mengisi program ilmu di masjid. “Dalam menghadapi ancaman pencemaran air yang semakin mengancam kesihatan, program pencegahan pencemaran dan pengawalan alam sekitar bertepatan untuk diadakan di masjid,” titahnya. “Sistem kutipan zakat hendaklah terus dimajukan dengan memperbaiki sistem berkenaan secara menyeluruh untuk menjamin kutipan yang lebih tinggi bagi membolehkan pembiayaan keperluan pembangunan umat Islam. “Beta berasakan sudah tiba masanya keberkesanan sistem zakat menerusi pendekatan korporat yang dilaksanakan di Majlis Agama Islam di negeri lain dijadikan satu perbandingan,” titahnya. Baginda bertitah, pendekatan Majlis Agama Islam di negeri lain menubuhkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) memperlihatkan satu kemajuan pesat dalam sistem zakat. Sehubungan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak wajar meneliti sistem yang memperlihatkan kejayaan ini dan jika sesuai dapat dilaksanakan di Perak.

dunia hari ini

Pita Osama sah tulen

Pesawat rempuh kediaman

Putera Harry mungkin dilarang ke Iraq

Palestin terpaksa minta derma (jeng jeng jeng)

7 bom gegar Baghdad

Kareena tak suka berfoya lagi

Mengemas terapi terbaik
(hm.menarik ^_^)
LONDON: Kegiatan membersihkan rumah nyata membantu dari segi emosi wanita supaya mereka berasa seolah-olah dapat mengawal kehidupan peribadi dengan 60 peratus menyifatkannya ‘terapi mental terbaik,’ menurut satu tinjauan terbaru

Penduduk tak hirau arahan pindah

Ribut Monica hampiri Australia

Undian baru gagal

Dalam banyak2 tajuk di atas, yg berjaya memikat hati pemberita dan dikira sebagai news worthy, saya hanya terpikat dengan sebahagian darinya. Yang paling memikat hati (seolah2 tertonjol2 keluar dari skrin memanggil2 utk dibaca..hehe).. ialah tajuk Palestin terpaksa minta derma. Mari kita cube bace dan read between the lines.

ANKARA: Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas memulakan rundingan hari ini bagi meminta bantuan Turki untuk mengatasi krisis kewangan Pihak Berkuasa Palestin dan memulihkan semula proses damai. Dalam satu temuramah dengan televisyen CNN-Turk, beliau memberi amaran berlaku kebuluran di wilayah itu jika bantuan tidak diberikan segera.

Abbas yang menemui Presiden Turki Ahmet Necdet Sezer semalam, berharap dapat meyakinkan Ankara agar menggunakan hubungan baiknya dengan Israel, Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) bagi mencari penyelesaian untuk membolehkan bantuan kewangan kepada wilayah Palestin disalurkan semula.

EU yang menjadi penyumbang utama (RM2.263 bilion setahun) dan Amerika Syarikat menggantung bantuan ke Palestin selepas Hamas memenangi pilihan raya Mac lalu

“Turki boleh memainkan peranannya kerana ia mempunyai hubungan baik bukan saja dengan Palestin tetapi juga dengan Israel, EU dan Amerika,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada AFP, ketika mengiringi pemimpin Palestin itu.

Abbas akan menemui Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, pemimpin pembangkang Deniz Baykal dan menghadiri majlis makan malam dengan Menteri Luar Abdullah Gul. – AFP


Beliau juga akan melawat Norway, Finland dan Perancis bagi mendapatkan sokongan kewangan. – AFP


No 1: minta maaf la..berita ini dibeli dari AFP. Hm.. agak2 boleh percaya ke 100%..i mean the perspective of AFP or even the hidden agenda. The facts? Wallahua’lam..tapi saya meraguinye..minta maafla eh kepada AFP fan..huhu..cube semak ayat “untuk mengatasi krisis kewangan Pihak Berkuasa Palestin dan memulihkan semula proses damai”..kenape kita tak nak cube hormati suara rakyat Palestin? Mereka dah sepenuh rela menobatkan HAMAS utk memimpin mereka, kenapa kita nak paksa rakyat Palestin ikut haluan lain? Yg kita tahu, dalam kamus HAMAS, proses damai yang mereka mahukan suci dan berpaksikan kebenaran, ia BUKAN proses damai yang sama dengan road map acuan Zionis dan sekutunya!

N0 2: Dalam satu temuramah dengan televisyen CNN-Turk, beliau memberi amaran berlaku kebuluran di wilayah itu jika bantuan tidak diberikan segera. Yang ini saya percaya ada betulnya dan perlu diberi perhatian segera. Tapi mmg sejak dulu saudara kita di Palestin perlukan bantuan! Bantuan ada yang dating, ada yang dihantar tapi diseleweng, ada juga yang disekat oleh zionis dan macam2 ada! Teruslah membantu, dan pastikan jalan bantuan anda diyakini sampai kepada mereka yg memerlukan.

N0. 3: pernah seorang sahabat mengutarakan isu: betul ke HAMAS muflis sampai tak bleh bayar gaji pekerja LANGSUNG dan menyebabkan rusuhan kian marak? Jawapan yg diterima menarik! “I don’t think HAMAS sebegitu dhaif..I think media barat sengaja memburukkan cerita mengatakan HAMAS sebegitu lemah keadaannya, itulah antara propaganda yang cube disalurkan..kuasa media kan kuat, sume percaya kalau tak de daya usaha nak mengkaji lagi..even demo yg masuk tv tu pun boleh dirancang dan diupah” hu..see…

Allahummansuri Islama wamuslimin..
Allahumma inna naj’aluka fi nuhuuri a’daaina
Wana’uuzubika min syururihim
Allahumma baddid syamlahum
Wasyaddid kalimatuaham
Wazalzil aqdaamahum
Wasallit ‘alaihim kalban min kilaabik
Ya Jabaar Ya Qahhar Ya Muntaqim

ape cerite eh sudut dunia Islam lain yang tak berjaya menambat hati journalist dan news agency kerana kisah hidup mereka tak news worthy?

malaysia hari ini (atau semalam?)

Semalam PM mempertahankan RMK-9: ia bukan untuk populariti, mendahulukan kepentingan rakyat dan masa depan. Semalam, seorang lagi bayi dijumpai di tong sampah (tentu ada lagi yang tidak dilaporkan atau mungkin ajal telah menjemputnya dahulu tenpa sesiapa pun menjumpainya). Isu pilihanraya negeri Sarawak ke-9 makin hangat. Tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya telah diumumkan. Angin lalu membawa berita bahawa PR kali ini 1 lawan 1.

Tiga daripada empat perompak yang berbekalkan azimat serta tangkal kebal, ditahan dalam satu serbuan polis ketika sedang merancang pecah rumah sekitar bandar ini, pagi semalam. hu..perompak pon kene pakai tangkal kebal eh…tentu tidak ironis kan..tapi mana lebih dasyat kesalahannya? Merompak atau syirik kerana percayakan tangkal kebal?

UMAT ISLAM PERLU ADA MEDIA SENDIRI!!! Umat Islam perlu mempunyai media sendiri bagi mengasuh, mendidik dan menjana pembentukan masyarakat Islam sejati selain berupaya menjadi kelas pendidikan tidak formal yang menyediakan saluran lebih berinformatif.—kata Dato Idris Jusoh. Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata dengan adanya media yang dipunyai dan dimiliki umat Islam, mereka akan berupaya untuk memaparkan kepada masyarakat keindahan dan kesyumulan Islam dengan lebih berkesan. Sungguh menarik! PELUANG!! PELUANG TERBUKA LUAS!! Semalam diadakan Majlis Pelancaran Program Halaqah (halaqah??? hehe) terbitan TV9 di Padang Astaka Jertih.

I’ve heard bout this long ago, masa end of last year or awal tahun ni masa my directors ajak pegi pelancaran media prima. Channel 9 diwar2kan akan menjadi channel hadhari (or whatever they might call it) basically channel khusus yang utk masy Islam dengan rancangan islamik yang terkini, menarik dan berimej professional. Moga2 Allah memandu hati mereka selalu atas bashiroh. Moga2 kita dapat memanfaatkan peluang ini dengan seoptimum mungkin. Teringat dulu OIC (ke sape) pernah tubuhkan news network..ape jadi eh sekarang? Teringat program AQ (akademi al-quran) yang bakal muncul tak lama lagi..tak sabar nak tengok ape jadi..

penerbitan Halaqah sebagai program bual bicara bercorak Islam selari dengan keperluan masyarakat masa kini dan diharap dapat mengetengahkan isu dan topik semasa yang menyentuh Islam. Sementara itu, Bukhari dalam ucapannya berkata, Halaqah adalah program bual bicara agama yang dirakyatkan dan disiarkan secara langsung dari beberapa lokasi terpilih di seluruh negara. Katanya, program itu diwujudkan bertujuan menjadi medium menyelesaikan masalah rakyat dengan konsep mendekati masyarakat bertepatan dengan moto stesen TV9 `Dekat Di Hati'. (dekat di hati!! Huhu..teringat iklan tv9—tok mudim n tv9..wahaha) Halaqah disiarkan secara langsung setiap malam Ahad selama sejam bermula jam 9 malam hingga 10 malam mengetengahkan dan merungkaikan isu semasa masyarakat Islam.

Hu..semalam gak 3 org remaja berumur 16, 18 dan 20 tahun dijatuhkan hukuman sebab merompak 7-eleven bersenjatakan pisau dan parang. Ape perasaan mak bapak derang eh? Ape perasaan derang pulak? Ape perasaan masyarakat? Yg penting jgn pinggirkan mereka, baik yg ke pusat pemulihan atau ke penjara. Ingat lagi kes bunuh 2 tahun yg lalu di N9? My x-teacher antara salah seorang yang mengajar mereka every week di penjara Kajang untuk menyediakan mereka menghadapi SPM. Sungguh simpati mendengar kisah mereka. Semoga Allah membantu mereka dan yg sewaktu dengan mereka mencari jalan pulang..jalan fitrah dan taubat nasuha. Bangkitlah kembali menjadi permata yang digilap..tidak mustahil!

Semalam Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kerajaan menggalakkan graduan bekerja di luar negara kerana peluang semakin terbuka luas selaras dengan perkembangan industri global. “Graduan perlu sedar dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan peluang pekerjaan tidak terhad dalam negara saja.
“Dengan adanya pengalaman kelak, mereka dapat kembali dan menyumbang kepakaran mereka untuk membangunkan negara. Dalam dunia menuju globalisasi, graduan juga sewajarnya berfikir secara global," Wah! Aiks..macam ade sedikit lain (ckit la) daripada dasar sebelum ini…

Hu..setakat ini dulu berita dalam negara.

EMI!!!



Tempat:
Universiti Islam Antarabangsa
&
Kem Alang Sedayu Gombak
Pusat Rekreasi Sedayu
Batu 12 3/4 Jalan Bentong Lama
Alang Sedayu , 53100 Gombak ,
Selangor , Malaysia .

Yuran: RM40 sahaja

Sabtu ( 29 April 2006)

8.30 pagi : Pendaftaran
9.15 pagi: Perasmian: Prof. Dr Sahrim Bin Hj Ahmad (Naib Presiden JIM)
10.00 pagi: Minum pagi
10.30 pagi: Taaruf. Ice-breaking games
12.30 tghari: Makan dan Solat Zuhur
2.00 ptg : Pengisian 1: Mengenali Diri (Personaliti, kecenderungan dan minat) Roshani Marjumat (Pengerusi JK Remaja JIM Pusat)
3.00 ptg : Segaran
3.15 ptg: Pengisian 2: Mengenali Diri 2
Roshani Marjumat (Pengerusi JK Remaja JIM Pusat)
4.30 ptg: Solat asar dan Minum petang
5.30 ptg: Eksplorasi Menara Ilmu
6.30 ptg: Makan malam
8.00 mlm: Tazkeerah: Akhlak mahasiswa muslim
Ahmad Zubair Wan Abdul Rahim (Mantan Presiden KARISMA)
8.30 mlm: Isya
9.00 mlm: Forum: Langkah Menuju Jaya
Panelist:
1) Ukht Nasibah Tuan Yaakob (UIA)
2) Akh Salehudin (UM – Perubatan)
3) Akh Mus’ab Sahrim (JAD – Persediaan ke Jepun)
Moderator: Akh Mohd Dhany
11.30 mlm: Tidur

Ahad (30 April 2006)

5.00 Qiamullail
6.00 Solat subuh
6.30 Aktiviti 1: Trekking
9.00 Sarapan Pagi dan Khidmat Diri
10.00 Aktiviti 2: Management Games
12.30: Rehat/ Makan tengahari/ Solat Zuhur
2.00 : Pengisian 3: Cabaran ‘CINTA’ di IPT
Cadangan penyampai: Ukht Azlina Roszy (KW JIM Negeri Sembilan)
4.00 Minum Petang/ Solat Asar
5.30 Aktiviti 3: WAR GAMES
6.30 Makan malam/ Solat
9.00 Slot Karisma
Oleh:
Presiden Karisma
Akh Naim Jusri

Isnin (1 Mei 2006)

6.00 Solat subuh
6.30 Kuliah Subuh
Tajuk: Pemuda/I harapan ummah
Penyampai:
7.30 Riadah
8.30 Sarapan Pagi dan Khidmat Diri
9.30 Pengisian 4: Halacara Mahasiswa Muslim
Penyampai: Dr Hafidzi MN (Mantan JK Pusat JIM)
11.00: Whole Brain system – Personality test
12.30: Majlis penutup/ Resolusi
2.00 : Bersurai

hari sukan al-amin







usamah amik hadiah..yeah! gold medallist eh dik! hehe



usamah n his frens



anas n d gang

hari takrim

hari takrim al-amin yang baru berlalu, we managed to open a mini stall, the only stall selling bahan bukan makanan..huhu..

will always remember adik ahmad's smile and his cute lil bro. berlegar2 kat gerai kitorang dari pagi sampai tengahari..pelanggan paling setia!(there's a lot of money inside his bag! no wonder) rupa2nya adik abdullah..my student dulu..hehe..btolla..note the similarities..the SMILE!^_^




smiling ahmad with his cute bro ubaidillah..


rupa2nya besar gak saham jadi cikgu ni, bile bukak gerai..sume anak murid akan berkerumun "muallimah..muallimah"..tak kurang pulak yang menarik parents mereka menjengah kedai kami dan membeli, membeli dan membeli..alhamdulillah



baby hasnaa' and her bro aka my student & my jiran--hamzah hanani




my x-students (abdullah, ahmad n ubaidillah--3 adik beradik senyum in red)




3 FASA members with their nyum-nyum-home-made-kuah-rojak



kakak-kakak gerai..huhu

walimah cards on my bed



some of the walimah cards on my bed..huhu..not mine la..of course..tu sume yg sedang dalam proses pembuatan...alhamdulillah berjaya dapatkan tender buat hadiah kawin..order paling besar setakat ini..alhamdulillah..

a new trend in weddding gift industry..huwa..sape lagi nak tempah?

Thursday, April 06, 2006

lagi...


tadaa....



tadaa...one of my lil book collection yang akan menyusul insyaAllah..doakannya..

Wednesday, April 05, 2006

dah nak pegi ke, nela?



kite cilok gamba awak letak sini eh..hu..seb baik la awak call kite tadi..kalau tak..tau tau je awak dah ada kat dataran syam! hu..2 bulan ek? make sure update blog awak ek..dengan pengalaman pesan dan kesan, inspirasi kembara yang sure punye membasahi bumi hati..kat sane tgh mausim ar-rabii' eh? spring kan? mesti cantek la..jgn lupe hantar gamba ek? kalau gi tpt2 palestinians etc..lagi la wajib hantar gambar! okeh..selamat berkembara..selamat berjuang...insyaAllah kita jumpe lagi..dengan semangat juang yang semakin membara!

daily dose of inspiration



something for the heart...nope..for my heart..hu..what happen when ur journey is not inspiring? ape jadi bile kembara tak memberikan inspirasi? tak bertenaga..seungguhnya yang memotivasikan kembara..itulah iman...wargh! cepatla..tetiap hari pon rasa tak sabar nak usrah! cepatla cepatla datang hari usrah..huhu

a little step is never too slow
a small voice is never too little
words make a story
drops become river
that tiny feet wil become big

FITRAH mag




NICE! bile la ur mag ni nak siap eh? hopefully cepatla sket, ia sejarah! 1st al-amin magazine! hm..teringat makcik ton cite..sekolah2 rangkaian musleh dimulai dengan pengorbanan..ada yg sanggup jual tanah, kereta, sumbang duit sendiri...semoga kita jadi mereka yang tahu menghargai pengrobanan ini..mereka sanggup korbankan apa sahaja demi memastikan generasi akan datang menjadi generasi yg tidak ditipu sejarah olok2 ciptaan orientalis, jadi generasi yang ada jatidiri Muslim, jadi generasi cemerlang kerana kembali kepada Allah dengan seluruh jiwa raga...bangkitlah! kerja besar membina peradaban sedang dimulai!

semoga hati sentiasa berserah padaNya



my cute lil sunshine..during his 1st day of school...huhu..cutenye..how dare bilal amik gambar dye tengah solat?? haha..seb baik dye tak toleh tgk camera..anyway..thank u bilal sebab amik gambar yg cute nih..

adik, semoga hati kita selalu 'menyerah diri' pada Allah...menjadi hanifan musliman..inna solaati wanusuki, wamahyaaya wamamaati lillahi rabbil alamin...la syariikalahu wabizaalika umirtu wa ana minal musmlimin..

kuala selangor







kenangan Kuala Selangor
Eden Capital annual director meeting selalunye akan jadi event yang sgt ditunggu2 oleh para isteri dan anak2 EC..haha..cian jek..ayah2 kene meeting, anak2 ngan mak2 seronok2..ternyata ia menyimpan memoir tersendiri to my family, sebab bile ada event ni, seluruh ahli keluarga yang sekarang ni berterabur serata negara mesti nak balik juga utk join event ni..Kuala Selangor 05--'haha..bisa lari dari kesibukan kerja di kuala lumpur dan kekusutan kerja! wargh!' alhamdulillah.harap dapat pergi bercuti tenangkan diri lagi..

tangkuban perahu



tangkuban perahu..tempat yang menarik! peaceful! (except for the bau sulfur n penjual2 yang banyak dan suka menghurung pelancong asing..minta maaf bapak2..saya benar2 mohon maaf..antara kasihan dan keperluan..minta maaf kerana tidak memebeli barang jualan kalian..walaupun itulah mata pencarian kalian...)

tong sampah yang menasihati



salah satu tong sampah di Daarut Tauhid..tong sampah bukan sekadar tempat sampah dikumpulkan sebelum di'simpan' di 'tong' yang lebih besar...tong sampah pon bleh bagi nasihat..kalaulah manusia tanak bagi nasihat...lagi teruk dari tong sampah eh? hu..

ya Allah kurniakan insan2 yang sentiasa menasihatiku
tidak kira mereka kawan atau lawan
dan sediakan hati ini
dalam keadaan terbaik
untuk menerima nasihat...

Sunday, April 02, 2006

sekarang buat ape?

uh...dah berapa kurun ntah tak menulis kat blog nih. keadaan sekarang memang menuntut time management yg lebih 'berkuasa dan mujarab'. lebih luar biasa dari biasa..hohoh

hm..senanye ntahla nape terlebih sibuk plak sekarang..tapi senanye memang sangat terasa kebenaran kata2 ust alias. "ana tak respect antum melainkan setelah antum kawen dan kerja, antum tetap istiqomah atas jalan da'wah ni".

lepas tamat 1st degree, tanggungjawab mmg bertimpa2, lain macam jadi..haha

so, untuk yg bertanye2 ape MJ buat sekarang nih? huhu..sementara menunggu untuk smbg belajar, buat bisnes kecik2, mencari tender, back-up tugasan TPSM, TeAM-I, sementara sahabat seperjuangan yg lain berjihad mengejar kecemerlangan di medan final xm..sambil2 tu mengintai mad'u baru..haha..dah jumpe beberapa orang utk diserap dalam sistem pentarbiyahan..mudah2an Allah bantu..lagi..nak siapkan kertas kerja cadangan buku...terbaru, tgh nak siapkan sample utk dapatkan tender 'lil book' sebagai cenderahati walimah...hoho

so, sekarang bekerja dari rumah. bekerja di bawah pengawasan sendiri, utk 'syarikat' sendiri..m..menarik!