Monday, April 24, 2006

islamic prog yang remaja friendly

HA! Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah program memperingati acara penting dalam kalendar Islam wajar dilaksanakan dengan dimensi dan pendekatan baru supaya dapat memberi satu impak lebih berkesan terutama kepada generasi muda. jika pembaharuan tidak dilakukan, baginda bimbang masyarakat akan berasa program berkaitan acara penting Islam tidak mempunyai tarikan malah membosankan. Sambil mengambil contoh pelancaran Sambutan Maulidur Rasul yang dihadirinya baru-baru ini, baginda dapati bahawa setiap tahun sambutan yang dianjurkan begitu rutin dengan program yang hampir sama. Baginda bertitah, sebagai Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, baginda bertanggungjawab terhadap keupayaan menganjurkan acara secara menarik, dinamik dan LEBIH HIDUP. Ni sangat menarik!! Bukan perkara baru..cume kalau raja dah cakap..ape lagi..waha..cube sume raja tekankan dan turun padang gak, hulur duit ke..wahai pendokong Islam semua, mari kita semarakkan syiar Islam dengan program membangun jiwa dan remaja friendly, bukan sekadar retorik semata. Ape lagi tunggu?? Raja muda perak dah sokong nih!!

Ape kate, next year punye sambutan maulidur rasul, kite hulur proposal yang menarik dan tawarkan diri jd event manager..waha! ha amacam?

“Tema ceramah berkaitan kesihatan dan pemakanan, pelaburan dan ekonomi, pencemaran dan alam sekitar dan pelbagai lagi harus dianjurkan mengisi program ilmu di masjid. “Dalam menghadapi ancaman pencemaran air yang semakin mengancam kesihatan, program pencegahan pencemaran dan pengawalan alam sekitar bertepatan untuk diadakan di masjid,” titahnya. “Sistem kutipan zakat hendaklah terus dimajukan dengan memperbaiki sistem berkenaan secara menyeluruh untuk menjamin kutipan yang lebih tinggi bagi membolehkan pembiayaan keperluan pembangunan umat Islam. “Beta berasakan sudah tiba masanya keberkesanan sistem zakat menerusi pendekatan korporat yang dilaksanakan di Majlis Agama Islam di negeri lain dijadikan satu perbandingan,” titahnya. Baginda bertitah, pendekatan Majlis Agama Islam di negeri lain menubuhkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) memperlihatkan satu kemajuan pesat dalam sistem zakat. Sehubungan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak wajar meneliti sistem yang memperlihatkan kejayaan ini dan jika sesuai dapat dilaksanakan di Perak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home