Monday, April 24, 2006

malaysia hari ini (atau semalam?)

Semalam PM mempertahankan RMK-9: ia bukan untuk populariti, mendahulukan kepentingan rakyat dan masa depan. Semalam, seorang lagi bayi dijumpai di tong sampah (tentu ada lagi yang tidak dilaporkan atau mungkin ajal telah menjemputnya dahulu tenpa sesiapa pun menjumpainya). Isu pilihanraya negeri Sarawak ke-9 makin hangat. Tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya telah diumumkan. Angin lalu membawa berita bahawa PR kali ini 1 lawan 1.

Tiga daripada empat perompak yang berbekalkan azimat serta tangkal kebal, ditahan dalam satu serbuan polis ketika sedang merancang pecah rumah sekitar bandar ini, pagi semalam. hu..perompak pon kene pakai tangkal kebal eh…tentu tidak ironis kan..tapi mana lebih dasyat kesalahannya? Merompak atau syirik kerana percayakan tangkal kebal?

UMAT ISLAM PERLU ADA MEDIA SENDIRI!!! Umat Islam perlu mempunyai media sendiri bagi mengasuh, mendidik dan menjana pembentukan masyarakat Islam sejati selain berupaya menjadi kelas pendidikan tidak formal yang menyediakan saluran lebih berinformatif.—kata Dato Idris Jusoh. Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata dengan adanya media yang dipunyai dan dimiliki umat Islam, mereka akan berupaya untuk memaparkan kepada masyarakat keindahan dan kesyumulan Islam dengan lebih berkesan. Sungguh menarik! PELUANG!! PELUANG TERBUKA LUAS!! Semalam diadakan Majlis Pelancaran Program Halaqah (halaqah??? hehe) terbitan TV9 di Padang Astaka Jertih.

I’ve heard bout this long ago, masa end of last year or awal tahun ni masa my directors ajak pegi pelancaran media prima. Channel 9 diwar2kan akan menjadi channel hadhari (or whatever they might call it) basically channel khusus yang utk masy Islam dengan rancangan islamik yang terkini, menarik dan berimej professional. Moga2 Allah memandu hati mereka selalu atas bashiroh. Moga2 kita dapat memanfaatkan peluang ini dengan seoptimum mungkin. Teringat dulu OIC (ke sape) pernah tubuhkan news network..ape jadi eh sekarang? Teringat program AQ (akademi al-quran) yang bakal muncul tak lama lagi..tak sabar nak tengok ape jadi..

penerbitan Halaqah sebagai program bual bicara bercorak Islam selari dengan keperluan masyarakat masa kini dan diharap dapat mengetengahkan isu dan topik semasa yang menyentuh Islam. Sementara itu, Bukhari dalam ucapannya berkata, Halaqah adalah program bual bicara agama yang dirakyatkan dan disiarkan secara langsung dari beberapa lokasi terpilih di seluruh negara. Katanya, program itu diwujudkan bertujuan menjadi medium menyelesaikan masalah rakyat dengan konsep mendekati masyarakat bertepatan dengan moto stesen TV9 `Dekat Di Hati'. (dekat di hati!! Huhu..teringat iklan tv9—tok mudim n tv9..wahaha) Halaqah disiarkan secara langsung setiap malam Ahad selama sejam bermula jam 9 malam hingga 10 malam mengetengahkan dan merungkaikan isu semasa masyarakat Islam.

Hu..semalam gak 3 org remaja berumur 16, 18 dan 20 tahun dijatuhkan hukuman sebab merompak 7-eleven bersenjatakan pisau dan parang. Ape perasaan mak bapak derang eh? Ape perasaan derang pulak? Ape perasaan masyarakat? Yg penting jgn pinggirkan mereka, baik yg ke pusat pemulihan atau ke penjara. Ingat lagi kes bunuh 2 tahun yg lalu di N9? My x-teacher antara salah seorang yang mengajar mereka every week di penjara Kajang untuk menyediakan mereka menghadapi SPM. Sungguh simpati mendengar kisah mereka. Semoga Allah membantu mereka dan yg sewaktu dengan mereka mencari jalan pulang..jalan fitrah dan taubat nasuha. Bangkitlah kembali menjadi permata yang digilap..tidak mustahil!

Semalam Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kerajaan menggalakkan graduan bekerja di luar negara kerana peluang semakin terbuka luas selaras dengan perkembangan industri global. “Graduan perlu sedar dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan peluang pekerjaan tidak terhad dalam negara saja.
“Dengan adanya pengalaman kelak, mereka dapat kembali dan menyumbang kepakaran mereka untuk membangunkan negara. Dalam dunia menuju globalisasi, graduan juga sewajarnya berfikir secara global," Wah! Aiks..macam ade sedikit lain (ckit la) daripada dasar sebelum ini…

Hu..setakat ini dulu berita dalam negara.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home