Monday, January 04, 2010

bila akal menganggur

akal menganggur? owh!

nampaknye bukan manusia sahaja yang menganggur. lebih teruk dari itu kalau akal manusia yang menganggur itu menganggur.

akal itu ada tugasnya. ada peranan dan tujuan kenapa diciptakan. untuk berfikir dan semoga yang difikirkan itu menambahkan iman.

jadi kalau satu hari kita memutuskan agar akal kita menganggur, atau memutuskan agar akal kita akan di'menganggurkan' secara beransur-ansur, oh malangnya!

kata pak sayid sabiq: "sesungguhnya setiap anggota itu ada tugasnya....Islam menghendaki agar akal itu bergerak dan melepaskan kekangannya, segera bangun dari tidur nyenyaknya, kemudian mengajak untuk mengadakan perenungan dan pemikiran.pekerjaan yang sedemikian itu termasuk inti peribadatan kepada Tuhan."

see! berfikir kalau kene caranya pun bleh dapat pahala. jadi kalau kita menganggurkan akal kita..dapat apa?

kata pak sayid sabiq lagi:"MENGANGGURKAN AKAL dari tugas yang semestinya itu akan MENURUNKAN MANUSIA itu sendiri KE SUATU TARAF YANG LEBIH RENDAH DAN LEBIH HINA DARI TARAF BINATANG..."

keadaan pengangguran akal inilah yang sebenarnya telah membina tembok penghalang besar untuk manusia mengenali hakikat dirinya, jiwanya dan alam semesta ini..yang semua itu sepatutnya mampu membawanya mengenali Penciptanya.

itulah kuncinya!! kita harus bangunkan ummah ini agar menggerakkan akalnya, membangunkan jiwa dan fitrahnya agar 'celik' kepada realiti. mudah bicara dari bekerja. tapi apabila bicara itu diterjemahkan kepada amal, bergandalah pahala.

ayuh!! ingat ini dalam setiap denyut nadimu. masukkan ini dalam setiap misimu!!

bagaimana?? ayuh kita kongsikan bagaimana!
----------------------------------------------
nota kaki: saya baru berbahas tentang apakah perlu tuition [yang kini tumbuh bagai 1000 keturunan cendawan (baca: banyak sangat!!) selepas hujan] direbrand kepada nama yang lebih positive agar lebih membangkitkan akal dan melahirkan manusia rather than robots?

saya rimas bila manusia cuma tahu menghitung A. cuma tahu berlumba anak siapa yang boleh membaca dulu..tak peduli bila anaknya tahu solat dan berda..kenal Penciptanya..rimas sungguh!!

kesimpulan daripada perbahasan dan perbincangan: pusat tuition harus diberi nama yang menjelaskn fungsikan sebagai pusat sokongan pembelajaran.

sekola tetap menjadi pusat pendidikan utama. kalau tak budak2 tak payah pergi sekolah, pergi tuisyen je. jadi dalam kelas fikir boleh main, sebab nanti ada tuisyen kan.

corak pengjaran di pusat tuition juga harus meneguhkan apa yang diperolehi di sekolah. lebih bersifat homework coaching, bukannya mengajar semuanya dari awal. kemudian beri latihan tubi yang bertubi2 sehingga kita semua lupa bahawa kita adalah manusia. bukan robot.

yang mahu dibina dan dibangunkan agar kita dilihat oleh Allah harus dipedulikan. titik

3 Comments:

At 8:19 PM, Blogger Unknown said...

respond mengenai pusat2 tusyen:

MMg betul, bdk2 skrg seawal drjsh 1 pun dah dihantar ke kelas tusyen smata2 nak make sure anak2 blh maintan good gred di sekolah..sdgkan, impak jangka msa panjang..cr tersebut membentuk insan yg bergantung pada kelas2 sokongan begitu drpd berusaha dan belajar sendiri..Plg teruk, bila anak2 kelak masuk universiti dan terpaksa berdikari utk study..dptkah mereka benar2 survive nanti jika drpada awal sudah bergantung pada tusyen dan kelas2 tambahan yg sewaktu dgnnya.. Pihak sekolah/guru2 akan dipersalahkan jika tidak menyediakan tusyen lebih2 lagi bg murid2 yang bakal menduduki peperiksaan besar..Alngkah, baiknya kalau anak2 kita dididik dan didedahkan dengan smart study skill sedari awal agar kelak nanti mereka lebih survive, berdikari serta mengetahui kekuatan+skill kendiri utk belajar shinnga ke peringkat yag lebih tinggi.. waAllahu'alam

 
At 9:53 PM, Blogger The Capillaries said...

salam..
yg sy boleh katekan, sy adalah mangsa zaman "org kejar A"
mak sy dulu seorang pramugari, dan kerana slalu terbang, jadi die tak mau dikata org keliling, anak jadi tak pandai, sbb slalu tinggalkan rumah, tinggalkan anak2 (tinggalkan suami) untuk kerja..
sy dipush untuk slalu strive for great results, nkadang2 ade rewards..tution tu sudah tentulah dulu, dari year4 sampai PMR..SPM tak tuition sbb ke boarding school so tak semenggah sgt la result SPM sy kesudahannya..mungkin sbb tak biase berdikari untuk blaja sendiri..bile addmaths susah skit je, takde org nak tunjuk, hilang sabar,n skip buat bende lain..

sy jarang dibelikan permainan n main kat playground dgn kawan2..tgk tv pun limited, memg mak push blaja je dulu, kalo tak makan n kemas bilik or tgk berita..hahaha

tapi, hasil experience tu, sy kekurangan dr interpersonal skill, peramah tapi kdg kala agak kasar which berpotensi besar jadi kurang ajar kalo x dididik, n sy cepat hilang kawalan emosi bile ditekan or irritated dgn perangai manusia yg kadang2 org cakap kecik punye hal la..

tu la pengalaman..dan pade sy, if u cant learn from one's good, learn from his mistakes.. :)

 
At 10:00 PM, Blogger The Capillaries said...

the thing is im glad, sy tak terlewat untuk ditemukan dgn pengajar yg terbaik untuk apa yg diajarkan..
(surah 55,ayat 2)
alhamdulillah sy masih dlm proses untuk dipandaikan..

 

Post a Comment

<< Home