Thursday, July 27, 2006

ramadhan kareem! ramadhan mubarak!!

ramadhan kareem!! Allahuakram!!
ramadhan mubaarak!!

hanya Allah yang maha tahu betapa rindunya hati ini pada ramadhan..menangis setiap kali namanya disebut, menangis setiap kali kehadirannya terbayang..uh..ramadhan yang sungguh membahagiakan..

ya Allah..aku mohon dengan sangat
semoga dapatku bertemu dengan ramadhan kali ini
ramadhan yang sangat kurindu
dalam keadaan lebih bertaqwa kepadaMU
ya Allah
mohon dengan sangat
mohon dengan sangat
mohon dengan sangat
mohon
dengan
sangat

FAST 2 FUND ^__^




marha marha NELA!! cute miut! bes bes..last year punye ROQ tade mende ni, pakcik2 buat tabung al-aqsa, kita buat casing..bes bes!! tahniah la! kalau our palestinian brothers tahu ni, mesti lagi semangat derang!! jom kite revive the excellence of ijtihad--creative thinking utk kecemerlangan ummah dan keamanan sejagat!!

hari ni dah boleh start masukkan duit...tunggu 3 bulan lagi...1 syawal..kita akan tersentuh dengan baaanyaknye duit hasil pengorbanan dan keikhlasan berpuasa...1 syawal nanti--kita akan meraikan kemenangan..jom bawa RM100 ramai2 syawal nanti!!

sesape nak casing ni, bleh cntc 012-2613759

Friday, July 21, 2006

my 4 new lil books

INILA DYE MY 4 NIYUUU (READ: NEW) LIL BOOKS ^_________^

ALHAMDULILLAH ALLAH PERMUDAHKAN

KEPADA YANG BERMINAT, BLEH CONTACT KRAFHati DAN KITA BINCANG BISNES ^__^

SAKINAH ^__^

the sports car & the quran

jiwa yang tenang 2

jiwa yang tenang 1

Monday, July 17, 2006

Mari kita bina khemah mukmin, muttaqin di sana

Jom jangan rugikan masa muda kita di matrix, kolej,universiti, atau yg sedang bekerja pun untuk sertai program2 yg bermanfaat. Tambahkan ilmu, tingkatkan amal dan pimpinlah diri agar diberi penghormatan oleh Allah untuk menyampaikan kebenaran.

Syurga adalah idaman orang beriman. Ia adalah tempat paling akhir kehidupan kita. Kehidupan yg selesa sekarang ini bukan tujuannya tetapi sebagai wasilah untuk ke syurga. Maka mari sama2 mendapatkannya. Mari kita bina khemah mukmin, muttaqin di sana. Dunia adalah tempat sementara shj. Bukan abadi, bukan selama2nya. Yakinlah kpdNya. Jangan membuang masa muda kita. Kesenangan adalah ujian kita di malaysia.


jazaakallah jannah wakhairan kathira kpd akh nizam atas ayat2 yang membuatkan hati menangis..ia benar2 menyentuh bumi hati..

Implikasi kes Azlina Jailani

Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami yang kurang usaha menyebarluaskan agamaMU sebagaimana janji dan tekad kami...Ya ALLAH..peliharalah aqidah yang kami cintai dengan sepenuh hati, bukan kerana harta, bukan kerana pangkat, bukan kerana dunia..tapi hanya keranaMu ya ALLAH...akan kami teruskan perjuangan membela aqidah ini...biar hidup yang fana ini menjadi taruhan

Ya ALLAH..bantulah..

----------------------------------------

Implikasi serius bakal berlaku kepada perundangan negara dan masa depan negara sekiranya Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Azlina Jailani bersenjatakan perkara 11 Pelembagaan Malaysia. Antaranya:

1- Orang melayu boleh murtad pada bila-bila masa dan sesuka hatinya. Maka definisi melayu dalam perkara 160 akan pupus

2- Orang Islam boleh mengelak dari pendakwaan atau penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, jika A ditangkap meminum arak oleh JAWI, A boleh menukar agamanya dengan mengatakan dia adalah Kristian. Maka tiada pendakwaan yang boleh dikenakan kepadanya

3-Umat Islam boleh mengelak dari mengamalkan Islam. Contohnya, apabila diisytiharkan Ramadan, A boleh mengecualikan diri dari ibadah puasa.

4-Memberikan ruang kepada Non-Muslim untuk menunjuk ajar dan menafsirkan Islam sesuka hati.

5-Memberikan ruang kepada Non-Muslim untuk mempertikaikan hukum Islam
Institusi Syariahdan jabatan agama akan kehilangan kuasa untuk mentadbir

6- Mahkamah sivil akan memiliki kuasa penuh termasuk ke atas isu Islam. Undang-undang sekular akan terus bermaharajalela

7- Muslim boleh mentafsir amalan Islam mengikut pendapat indvidu tanpa merujuk kepada institusi dan jabatan agama. Contohnya, Ayah Pin yang mengamalkan agama mengikut kepalanya

8- Akan belaku berkecamuk dan pelbagai ragam anutan agama dalam sesuatu keluarga yang asalnya Islam bila seseorang anak telah mencapai usai 18 tahun

9- Soal nasab seseorang kanak-kanak dan pewarian harta orang Islam akan menjadi kacau bilau kerana sukar untuk menentukan pegangan agama Islam seseorang pada sesuatu masa bebanding dengan
apa yang diamalkan maakini

10- Agama Islam itu sendiri akan hilang statusnya sebagai agama pesekutuan atau agama rasmi negara

11- Kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negei beraja dan Yang DiPertuan Agong di negeri-negeri tidak beraja lambat laun akan lenyap begitu sahaja.

Thursday, July 13, 2006

baarakallahu lakuma wabaaraka alaikuma



baarakallahu lakuma wabaaraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khair

untuk kay,
mohon maaf dengan sangat wahai saudaraku yang kucintai hanya kerana Allah, tiba hari bahagia, tak dapat nak hadir pulak...inilah hari yang kami tunggu2, apakan daya bertembung dengan KONTARN..saat mr pres bertanye apakah bisa menghadiri KONTARN di melaka? tiada alasan yang dapat mengatasi kepentingan jamaah. lalu seluruh alasan utk kepentingan diri kutinggal jauh di belakang..dalam ketabahan kumelangkah...salam dan doa untuk pasangan pengantin..semoga diberkati Allah dan semoga terus istiqomah berjuang di tingkat amal yang lebih tinggi..

semoga bertemu kembali, kalau tidak di dunia, semoga di jannah nanti...

tabahlah wahai diri



tabahlah wahai diri
sudah sunnatullah
yang bahagia akan diawali derita
agar kelak bahagia itu
benar manis rasanya
agar kelak bahagia itu
benar-benar BAHAGIA ABADI
yang kita cari sepanjang hayat
dengan segenap jiwa
dan sepenuh hati

menjejaki tangga-tangga maraatibul 'amal



Ya Allah, bantulah diri ini dalam segigih usaha menjejaki anak-anak tangga maraatibul 'amal..ya Allah bantulah...

Tuesday, July 11, 2006

tak terbukti keimanan tanpa ujian

Orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah hanya kerana Allah, berbahagialah duhai hati walaupun payah..kerana itulah jalan menuju ke Jannah~ ‘

tak terbukti keimanan tanpa ujian…duhai hati, tabahlah, tegarlah dan istiqamahlah..~!


diambil dari blog Wardatul Syauqi--Blog O LOrd, I'm Yours.. terima kasih ukhti..ur blog ternyata saaaangat memberikan inspirasi utk sebuah bekalan ketabahan yang panjang..semoga dapat bertemu one day....^__^

Monday, July 10, 2006

ALLAHUAKBAR!!

Briged Al-Qassam kalahkan tentera Rejim Zionis di Beit Lahia

ALLAHUAKBAR!!

CLICK: http://palestinkini.info/

back to school eh ^__^ setelah setahun keluar kampus, hari ni balik semula ke my alma mater..as a student i mean..ada 2 kelas sepatutnya, tapi kedua2nya tiada..jumpe raaamai my lecturers, old frens and also NEW FREINDS!!! best best..mcm2 cerita..seronok jumpe kawan baru. yang penting amanah & janji beberapa minggu lalu tidak akan dilupa..(yah..yah..akan giatkan usaha..!!)

alhamdulillah semangat kembali ke sekolah ini dinaikkan lagi dengan kemenangan saudara seaqidah di Beit Lahia..muak membaca berita di media perdana dunia yang berat sebelah..alhamdulillah ada berita2 dari palestinkini.info

semoga Allah terus memandu kami hambaMu ke arah kebenaran

Allahuakbar
walillahilhamd!

Wednesday, July 05, 2006

TAK KENAL HENTI!!



tahniah buat teman2 seperjuangan..teruskan usaha..TAK KENAL HENTI!!