Monday, April 24, 2006

dunia hari ini

Pita Osama sah tulen

Pesawat rempuh kediaman

Putera Harry mungkin dilarang ke Iraq

Palestin terpaksa minta derma (jeng jeng jeng)

7 bom gegar Baghdad

Kareena tak suka berfoya lagi

Mengemas terapi terbaik
(hm.menarik ^_^)
LONDON: Kegiatan membersihkan rumah nyata membantu dari segi emosi wanita supaya mereka berasa seolah-olah dapat mengawal kehidupan peribadi dengan 60 peratus menyifatkannya ‘terapi mental terbaik,’ menurut satu tinjauan terbaru

Penduduk tak hirau arahan pindah

Ribut Monica hampiri Australia

Undian baru gagal

Dalam banyak2 tajuk di atas, yg berjaya memikat hati pemberita dan dikira sebagai news worthy, saya hanya terpikat dengan sebahagian darinya. Yang paling memikat hati (seolah2 tertonjol2 keluar dari skrin memanggil2 utk dibaca..hehe).. ialah tajuk Palestin terpaksa minta derma. Mari kita cube bace dan read between the lines.

ANKARA: Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas memulakan rundingan hari ini bagi meminta bantuan Turki untuk mengatasi krisis kewangan Pihak Berkuasa Palestin dan memulihkan semula proses damai. Dalam satu temuramah dengan televisyen CNN-Turk, beliau memberi amaran berlaku kebuluran di wilayah itu jika bantuan tidak diberikan segera.

Abbas yang menemui Presiden Turki Ahmet Necdet Sezer semalam, berharap dapat meyakinkan Ankara agar menggunakan hubungan baiknya dengan Israel, Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) bagi mencari penyelesaian untuk membolehkan bantuan kewangan kepada wilayah Palestin disalurkan semula.

EU yang menjadi penyumbang utama (RM2.263 bilion setahun) dan Amerika Syarikat menggantung bantuan ke Palestin selepas Hamas memenangi pilihan raya Mac lalu

“Turki boleh memainkan peranannya kerana ia mempunyai hubungan baik bukan saja dengan Palestin tetapi juga dengan Israel, EU dan Amerika,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada AFP, ketika mengiringi pemimpin Palestin itu.

Abbas akan menemui Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, pemimpin pembangkang Deniz Baykal dan menghadiri majlis makan malam dengan Menteri Luar Abdullah Gul. – AFP


Beliau juga akan melawat Norway, Finland dan Perancis bagi mendapatkan sokongan kewangan. – AFP


No 1: minta maaf la..berita ini dibeli dari AFP. Hm.. agak2 boleh percaya ke 100%..i mean the perspective of AFP or even the hidden agenda. The facts? Wallahua’lam..tapi saya meraguinye..minta maafla eh kepada AFP fan..huhu..cube semak ayat “untuk mengatasi krisis kewangan Pihak Berkuasa Palestin dan memulihkan semula proses damai”..kenape kita tak nak cube hormati suara rakyat Palestin? Mereka dah sepenuh rela menobatkan HAMAS utk memimpin mereka, kenapa kita nak paksa rakyat Palestin ikut haluan lain? Yg kita tahu, dalam kamus HAMAS, proses damai yang mereka mahukan suci dan berpaksikan kebenaran, ia BUKAN proses damai yang sama dengan road map acuan Zionis dan sekutunya!

N0 2: Dalam satu temuramah dengan televisyen CNN-Turk, beliau memberi amaran berlaku kebuluran di wilayah itu jika bantuan tidak diberikan segera. Yang ini saya percaya ada betulnya dan perlu diberi perhatian segera. Tapi mmg sejak dulu saudara kita di Palestin perlukan bantuan! Bantuan ada yang dating, ada yang dihantar tapi diseleweng, ada juga yang disekat oleh zionis dan macam2 ada! Teruslah membantu, dan pastikan jalan bantuan anda diyakini sampai kepada mereka yg memerlukan.

N0. 3: pernah seorang sahabat mengutarakan isu: betul ke HAMAS muflis sampai tak bleh bayar gaji pekerja LANGSUNG dan menyebabkan rusuhan kian marak? Jawapan yg diterima menarik! “I don’t think HAMAS sebegitu dhaif..I think media barat sengaja memburukkan cerita mengatakan HAMAS sebegitu lemah keadaannya, itulah antara propaganda yang cube disalurkan..kuasa media kan kuat, sume percaya kalau tak de daya usaha nak mengkaji lagi..even demo yg masuk tv tu pun boleh dirancang dan diupah” hu..see…

Allahummansuri Islama wamuslimin..
Allahumma inna naj’aluka fi nuhuuri a’daaina
Wana’uuzubika min syururihim
Allahumma baddid syamlahum
Wasyaddid kalimatuaham
Wazalzil aqdaamahum
Wasallit ‘alaihim kalban min kilaabik
Ya Jabaar Ya Qahhar Ya Muntaqim

ape cerite eh sudut dunia Islam lain yang tak berjaya menambat hati journalist dan news agency kerana kisah hidup mereka tak news worthy?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home