Monday, July 17, 2006

Implikasi kes Azlina Jailani

Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami yang kurang usaha menyebarluaskan agamaMU sebagaimana janji dan tekad kami...Ya ALLAH..peliharalah aqidah yang kami cintai dengan sepenuh hati, bukan kerana harta, bukan kerana pangkat, bukan kerana dunia..tapi hanya keranaMu ya ALLAH...akan kami teruskan perjuangan membela aqidah ini...biar hidup yang fana ini menjadi taruhan

Ya ALLAH..bantulah..

----------------------------------------

Implikasi serius bakal berlaku kepada perundangan negara dan masa depan negara sekiranya Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Azlina Jailani bersenjatakan perkara 11 Pelembagaan Malaysia. Antaranya:

1- Orang melayu boleh murtad pada bila-bila masa dan sesuka hatinya. Maka definisi melayu dalam perkara 160 akan pupus

2- Orang Islam boleh mengelak dari pendakwaan atau penguatkuasaan undang-undang. Contohnya, jika A ditangkap meminum arak oleh JAWI, A boleh menukar agamanya dengan mengatakan dia adalah Kristian. Maka tiada pendakwaan yang boleh dikenakan kepadanya

3-Umat Islam boleh mengelak dari mengamalkan Islam. Contohnya, apabila diisytiharkan Ramadan, A boleh mengecualikan diri dari ibadah puasa.

4-Memberikan ruang kepada Non-Muslim untuk menunjuk ajar dan menafsirkan Islam sesuka hati.

5-Memberikan ruang kepada Non-Muslim untuk mempertikaikan hukum Islam
Institusi Syariahdan jabatan agama akan kehilangan kuasa untuk mentadbir

6- Mahkamah sivil akan memiliki kuasa penuh termasuk ke atas isu Islam. Undang-undang sekular akan terus bermaharajalela

7- Muslim boleh mentafsir amalan Islam mengikut pendapat indvidu tanpa merujuk kepada institusi dan jabatan agama. Contohnya, Ayah Pin yang mengamalkan agama mengikut kepalanya

8- Akan belaku berkecamuk dan pelbagai ragam anutan agama dalam sesuatu keluarga yang asalnya Islam bila seseorang anak telah mencapai usai 18 tahun

9- Soal nasab seseorang kanak-kanak dan pewarian harta orang Islam akan menjadi kacau bilau kerana sukar untuk menentukan pegangan agama Islam seseorang pada sesuatu masa bebanding dengan
apa yang diamalkan maakini

10- Agama Islam itu sendiri akan hilang statusnya sebagai agama pesekutuan atau agama rasmi negara

11- Kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua agama Islam di negeri-negei beraja dan Yang DiPertuan Agong di negeri-negeri tidak beraja lambat laun akan lenyap begitu sahaja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home