akal menganggur? owh!
nampaknye bukan manusia sahaja yang menganggur. lebih teruk dari itu kalau akal manusia yang menganggur itu menganggur.
akal itu ada tugasnya. ada peranan dan tujuan kenapa diciptakan. untuk berfikir dan semoga yang difikirkan itu menambahkan iman.
jadi kalau satu hari kita memutuskan agar akal kita menganggur, atau memutuskan agar akal kita akan di'menganggurkan' secara beransur-ansur, oh malangnya!
kata pak sayid sabiq: "sesungguhnya setiap anggota itu ada tugasnya....Islam menghendaki agar akal itu bergerak dan melepaskan kekangannya, segera bangun dari tidur nyenyaknya, kemudian mengajak untuk mengadakan perenungan dan pemikiran.pekerjaan yang sedemikian itu termasuk inti peribadatan kepada Tuhan."
see! berfikir kalau kene caranya pun bleh dapat pahala. jadi kalau kita menganggurkan akal kita..dapat apa?
kata pak sayid sabiq lagi:"MENGANGGURKAN AKAL dari tugas yang semestinya itu akan MENURUNKAN MANUSIA itu sendiri KE SUATU TARAF YANG LEBIH RENDAH DAN LEBIH HINA DARI TARAF BINATANG..."
keadaan pengangguran akal inilah yang sebenarnya telah membina tembok penghalang besar untuk manusia mengenali hakikat dirinya, jiwanya dan alam semesta ini..yang semua itu sepatutnya mampu membawanya mengenali Penciptanya.
itulah kuncinya!! kita harus bangunkan ummah ini agar menggerakkan akalnya, membangunkan jiwa dan fitrahnya agar 'celik' kepada realiti. mudah bicara dari bekerja. tapi apabila bicara itu diterjemahkan kepada amal, bergandalah pahala.
ayuh!! ingat ini dalam setiap denyut nadimu. masukkan ini dalam setiap misimu!!
bagaimana?? ayuh kita kongsikan bagaimana!
----------------------------------------------
nota kaki: saya baru berbahas tentang apakah perlu tuition [yang kini tumbuh bagai 1000 keturunan cendawan (baca: banyak sangat!!) selepas hujan] direbrand kepada nama yang lebih positive agar lebih membangkitkan akal dan melahirkan manusia rather than robots?
saya rimas bila manusia cuma tahu menghitung A. cuma tahu berlumba anak siapa yang boleh membaca dulu..tak peduli bila anaknya tahu solat dan berda..kenal Penciptanya..rimas sungguh!!
kesimpulan daripada perbahasan dan perbincangan: pusat tuition harus diberi nama yang menjelaskn fungsikan sebagai pusat sokongan pembelajaran.
sekola tetap menjadi pusat pendidikan utama. kalau tak budak2 tak payah pergi sekolah, pergi tuisyen je. jadi dalam kelas fikir boleh main, sebab nanti ada tuisyen kan.
corak pengjaran di pusat tuition juga harus meneguhkan apa yang diperolehi di sekolah. lebih bersifat homework coaching, bukannya mengajar semuanya dari awal. kemudian beri latihan tubi yang bertubi2 sehingga kita semua lupa bahawa kita adalah manusia. bukan robot.
yang mahu dibina dan dibangunkan agar kita dilihat oleh Allah harus dipedulikan. titik