Sunday, November 01, 2009

cadangan untuk hospital yang ingin mesra wanita Muslim

....jua cadangan untuk sesiapa yang ingin membuat aktiviti ziarah hospital khususnya kepada pesakit wanita

1. beritahu tentang aurat dan bantu mereka menutup aurat, kadang2 pakaian hospital mmg tak membantu untuk menutup aurat. tapi kali ke2 saya masuk wad, saya dapat lebih ramai pesakit wanita yang pakai tudung. mmg sebuah perjuangan sebab kadang2 malam2 time tidur pun tak pasti boleh buka tudung atau tak. bayangkan orang yang duduk lama kat wad!

2. selain memberikan maklumat tentang bagaimana solat ketika sakit, berikan juga maklumat secara ringkas dan mudah difahami tentang darah wanita dan bila masih perlu solat dan bila sudah tidak perlu.

sebelum ke hospital, alhamdulillah saya telah menyemak 2 buku berkaitan darah wanita. alhamdulillah buat bekalan untuk teguh solat walaupun tengah bleeding..dan walaupun hingga ada nurse datang ke katil dan menyatakan pendapatnya bahawa beliau merasakan saya tidak perlu solat kerana sedang bleeding. dengan sedaya upaya saya memaklumkan apa yang saya baca adalah selagi bayi belum keluar secara keseluruhannya, selagi itu saya perlu bersolat.

---------------------------

pengalaman bersolat dengan mengangkut botol air yang disambung ke tangan. huhu

1 Comments:

At 7:12 PM, Blogger حكيمه خانئ said...

salam, kak maryam. apa maksud,
"selagi bayi belum keluar secara keseluruhannya, selagi itu saya perlu bersolat."?

 

Post a Comment

<< Home