Friday, November 28, 2008

APA ADA DI SEBALIK NAMA FIDAA'?

assalamualaikum semua pakcik2 fidaa' yang di bumi anbiya' dan juga negara matahari terbit

fidaa' sekarang dah 39 hari alhamdulillah. ramai yang tertanya2 apa maksud nama fidaa'.

1) cuba type ismail fidaa' di mana2 search engine, insyaAllah akan terjumpa maklumat berkenaan kaitan nama fidaa' dengan nama ibnu kathir

2) fidaa' bermaksud pengorbanan atau tebusan. maksud ini dilihat dalam konteks yang positif, dan selalunya dikaitankan dengan pengorbanan untuk Islam, pengorbanan untuk Allah & RasulNya. tebusan untuk memenangkan Islam dan mendaulatkan Laa Ilaaha Illallah. sungguh besar ertinya nama fidaa' ini. melambangkan besarnya harapan yang dipahat untuk fidaa'.

3) nama fidaa' juga secara sedar diberi adalah bersempena dengan mekarnya sebuah semangat dan doa yang tak putus ke arah merealisasikan FIDAK 2015. dengan menamakan anak sendiri dengan nama fidaa', diharapkan dapat membuka mata pejuang2 FIDAK2015 bahawa FIDAK bukan sekadar akronim biasa, tetapi di sebaliknya ada maksud yang sangat mendalam; pengorbanan dan menjadi tebusan untuk memenangkan agama Allah. ALLAHUAKBAR!!

mmg ramai yang tak percaya nama anak kami benar2 fidaa', ada yang menyangka ia sebuah gurauan. asalnya, antara nama yang terfikir adalah muhammad al-fateh, tetapi one day, Allah memberikan ilham untuk menamakan anak dengan nama fidaa'. pernah juga sekali berseloroh hendak menamakan anak dengan nama fidaa' sewaktu menyampaikan penerangan ttg FIDAK2015. akhirnya ia jadi kenyataan! ^_^

apabila sesuatu perkataan menjadi nama manusia, ia pasti mengandungi maksud dan sebab. dari situlah ramai yang mula mengetahui tentang maksud fidaa' dan betapa sebenarnya FIDAK2015 mengandungi maksud yang sungguh mendalam. (jazaakallah to ust samsuri yang mula2 mencadangkan nama FIDAK2015 ini)

4) fidaa'-lelaki atau perempuan. puas juga kami buat research ttg ini. akhirnya kami simpulkan bahawa ia adalah culturally biased. di africa, nama fidaa' adalah untuk lelaki, tapi di malaysia apabila disebut fidaa', ada yang menyangka ia nama perempuan; maybe disebabkan alif dan hamzah di hujung nama ini. but i remember makcik ton kata, ada je lelaki nama zaiton.

---------------------
ternyata menamakan anak bukanlah semudah yang disangka, banyak cadangan yang timbul dari banyak pihak; jadi perlu menanganinya dengan senyum & berhikmah. doalah pada Allah semoga nama yang dipilih adalah nama yang diberkati dan dapat menyumbang ke arah pembentukan peribadi Muslim yang cemerlang meniti anak tangga merealisasikan ustaziyatul 'alam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home