Monday, September 29, 2008

38weeks old

dear blog,
alhamdulillah baby is 38weeks old today. dah 9 bulan 2 minggu. menunggu hari, detik dan waktunya. menunggu ketetapan Allah yang telah tercatat di luh mahfuz. menunggu dan bersedia untuk menggalas amanah baru yang pasti sarat dengan cabaran dan jua hikmah untuk direnungi.

damailah duhai hati, tenanglah menanti, sesungguhnya ingatlah selalu ia memang sebuah perjuangan dan jihad, kerana itu ketika saatnya tiba, jadilah diriku ibu yang tabah dan kuat....

alhamdulillah dan insyaAllah berkesempatan berpuasa penuh tahun ini. still remember few days before ramadhan, prof za cakap, its up to me to decide, nak puasa atau tak, dengan keadaan baby yang tak menentu, i decided untuk puasa jugak. alhamdulillah menjelang akhir..Allah masih kurniakan kekuatan..

dear baby, bersaksilah, mama telah bacakan the whole qurĂ¡n untuk baby, semoga ia tertanam di jiwa dan terserlah dalam seluruh hidupmu, bersaksilah kita telah sama dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk teguh berdiri, mengoptima kekuatan yang masih berbaki untuk sama2 merasai nikmatnya ramadhan kali ini, bersaksilah bahawa kita telah berusaha sehabis baik untuk menjadi sekuat wanita di zaman Rasul yang walaupun sedang hamil, tetap ingin bersama dalam barisan yang terkehadapan..

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunkan dosa2ku..damaikan hati ini, kurniakan kekuatan untuk teruskan hidup dan berbakti, kurniakan kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan mencari redhaMu, sepenuh jiwa dan sepanjang hayat kami

7 Comments:

At 10:54 AM, Blogger HambaAllah Yang Memakmurkan said...

whoah..masyaAllah~ tak sabo nak tengok bakal pejuang baru nih!

 
At 2:31 AM, Blogger ismi far_za said...

subhanaAllah, bagaimana ye rupa adik baru nih? bakal pejuang agama yg kental.
hihi..
selamat menyambut kehadiran 'orang' baru..

 
At 9:05 PM, Blogger solahuddin the warrior said...

ameen
may Allah granted the DOA, for all of us!

tabahlah. semoga tabah menghadapi the next 20years of your life (dlm membesarkan anak2, sbelum mereka 'berfikir sendiri')

 
At 11:36 AM, Blogger [ Nazihah ] said...

Acik Leza, bukan adikLa..anak sedara la..

 
At 11:17 PM, Blogger Bee Family said...

subhanallah...

terharunya...

sebagai insan yg bakal bgelar bapa dalam bberapa bulan lagi, turut merasainya...

tabahkan hati kak MJ....

 
At 9:05 PM, Blogger ismi far_za said...

orang yg ada adik kecik mesti x rasa nk sambut anak sedara..
rasa cm tak caya dah ada org panggil kita mak cik (mak sedara)=>

 
At 9:48 PM, Blogger Unknown said...

~MUBAARAK k.MJ...&AKH FADHLI!=)
xsabar nk jmpa si MUJAHEED KECIL!nk bergusti dgn die!!=p bleh ek??ajar bg lasak2 skit sbb kena jg mama die nnti...^-^
~apepn,do'a as...mg dikurniakan KESIHATAN yg optimum,KEKUATAN yg berganda bg membimbing si kecil,KETENANGAN yg melimpah&PERLINDUNGAN yg sejahtera drNYA...utk setiap masa&tempat bg mama MJ,zauj & si mujaheed kecil tersayang,ameen ya RABBAL 'aalameen..

 

Post a Comment

<< Home