Tuesday, April 17, 2007

waktu kecil...

ada satu malam saya berpeluang menonton cerite tentang mr deeds yang sungguh baik hati. kemudian kisah hidup benar tentang seorang pemain besball yang unggul.

the other side of me. saya ada impian yang sungguh dalam. sejak kecil saya memang sukakan arts. saya bersama teman-teman bangsa cina belajar mewarna pelbagai teknik dan gaya. saya merantau ke pertandingan-pertandingan melukis dan mewarna. saya banyak dianugerahkan rezeki dan pengalaman di sana. sam ada dalam pertandingan yang sepenuhnya berbahasa mandarin atau english. (mmg sukar apabila yang anda fahami hanya nama anda!! yang lain semuanya anda tak faham. lebih-lebih lagi, bila anda tidak bisa memahami bilakah masa tamatnya pertandingan.huhu)

itu kenangan musim lalu. yang kemudian telah saya tinggalkan cukup jauh di belakang, tapi hakikatnya masih dekat rapat erat dalam jiwa. skill banyak yang sudah berkarat. paling tinggi saya kira apabila dianugerahkan silver award dalam japan international children arts competition. sijilnya masih ada. dalam bahasa jepun. sekali lagi. yang saya faham, hanya nama saya. hu

ya. itulah kenangan musim lalu. makin dewasa, impian masih ada. tapi keadaan belum mengizinkan. saya pernah kata, saya berhasrat melahirkan industri komik muslim. saya kira ada insan yang sudah memulakan fardhu kifayah ini hari ini. kemudian saya kata saya mahu membina Muslim craft. saya mahu produce islamic wrapping paper saya sendiri.

kini, saya baru ada buku kecil. saya tahu impian saya itu tidak mustahil. ia impian yang sangat dalam. walau sekarang sangat jauh dari apa yang saya sedang lakukan. saya pelajar bidang perbandingan agama. ya saya menulis. tapi jauh sekali dari menulis tentang islamic craft. saya lebih banyak menulis tentang mengurus manusia. jauh juga dari bidang sarjana saya kini--ya, perbandingan agama juga. tapi yang jelas, impian waktu kecil saya kekadang tertonjol jua dalam assignment saya.

kira2 2 atau 3 tahun selepas saya membentangkan assignment saya untuk subjek Evangelization & Christian Mission. tulisan sekitar topic contextualization strategy bertajuk "Marketing the Faith" menerusi komik ternyata menyumbang satu lagi A kepada sejarah undergrad saya. dan tahun ini setelah bertahun saya meninggalkan saat itu, saya didatangi the same lecturer hanya bertanyakan, "sister, bila awak nak buat apa yang awak present dulu? saya risaukan anak2 saya. bahan bacaan dan tontotan untuk kanak-kanak dan remaja sekarang amat menyesakkan nafas"

terkedu

bila?

mr deeds kata--setiap orang ada impian masa kecilnya, dan hanya sebilangan kecil yang bisa merealisasikannya. yet, impian itu masih ada jauh dalam diri kita dan ia impian yang mengukir senyuman di bibir kerana ia benar2 impian kita.

kata ayah pemain besball--sudah tiba masanya untuk kita tinggalkan apa yang kita mahu lakukan untuk kita sempurnakan apa yang patut kita lakukan

apa yang kita mahu tidak semestinya apa yang patut kita lakukan. dalam keadaan kini, saya kira, saya perlu utamakan apa saya patut lakukan. kalau ada peluang dan keadaan telah stabil, saya akan kejar impian waktu kecil saya. kali ini bukan untuk diri sendiri. kini saya faham, ia boleh dikejar jika ia adalah untuk kepentingan ummah.

hidup ini cukup singkat. rugi kalau kita hanya beramal untuk kepentingan diri. walhal dalam masa yang singkat ini, kita bisa melakukan amal yang memanfaatkan ummah dan juga diri. waktunya sama. amalnya beza. tiada siapa yang mendapat lebih atau kurang dari 24 jam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home