Monday, August 07, 2006

Al-Aqsa..air matamu berderai

Jauhku melihat sayup pemandangan
Hilang sendatawa pilu perasaan
Jantungku berdegup semakin kencang
Darahku mengalir bagai air pasang

Jauh di seberang pasir sahara
Islamku tertindas sehari-harian
Satu bangsa bongkak berjiwa haiwan
Semogakan turun kutukan Tuhan

(chorus)

Al-Aqsa..Al-Aqsa..air matamu berderai
Al-Aqsa..Al-Aqsa..air matamu berderai

Duhai Al-Aqsa kurindu padamu
Duhai Al-Aqsa kusayang padamu
Engkaulah kiblatku yang pertama
Lambang keagungan Islam yang mulia

Kali pertama engkau dibebaskan
Oleh Salahuddin di zaman yang silam
Namun hari ini kau kan terkurung lagi
Siapa pula kan memerdekakan




(chorus)

Bangunlah bangunlah dari mimpimu
Berkurun lamanya kita terbuai
Ayuhlah...ayuhlah kita bersatu
Pertarungan ini belum selesai

Wahai umat Islam di seluruh dunia
Janganlah kita asyik bercakaran
Sekiranya kita asyik bercakaran
Musuh tersenyum bertepuk tangan



(chorus)

1 Comments:

At 1:06 AM, Blogger Hazrina Hanafi said...

salam, dh lama mencari lyric nasyid ni.. ada mp3 nye?

 

Post a Comment

<< Home