Thursday, May 18, 2006

Siri 10-AKHAWAT, TERUSKAN BEKERJA!!!

semakin dekat bahtera diri kepada ALLAH
semakin kuat ribut taufan melanda
biar rebah jangan berubah!
biar terbuang teruskan berjuang!!
senyumlah duhai mujahidah mencari syahid!!


usaha ke arah mengembalikan bumi ini tunduk kepada hakimiyah Allah tidak akan berjaya tanpa penglibatan akhawat...

di kebanyakan negara di dunia, memang tumpuan kepada perkembangan kecemerlangan akhawat belum diberikan sebaiknya, namun alhamdulillah mereka nampak kepentingannya, berikan sedikit masa lagi..insyaAllah anda akan saksikan gelombang akhawat pejuang agama Allah yang akan memberikan impak yang bukan sedikit buat perjuangan ini...

bro dari Australia memberitahu, sisters memang penuh dengan kualiti yang perlu dimanfaatkan...ada satu projek tu, kuantiti mereka sedikit, tapi bila diberikan tugas, hasil mereka berkali ganda lebih baik dari bros...

di turki bahkan di Indonesia, gelombang akhawat yang memberikan sumbangan penuh makna tercatat dalam sejarah kegemilangan mereka...

uh..bukan mengangkat bakul kaum sendiri..mari kita menggerakkan resolusi secara objektif.

the point is..jgn membazirkan potensi besar sisters yang ada di sekeliling anda! isu kepimpinan sisters yang kurang menonjol kerapkali dibincangkan, isu kemahiran khususnya public speaking, sisters yang terlibat dalam proses decision making etc...

analisis keupayaan dan potensi besar akhawat di semua peringkat,dari yang bergelar manager sehingga ke YB sehingga ke gadis kilang..SEMUANYA MEMPUNYAI POTENSI UNTUK DISUMBANGKAN BUAT ISLAM!

bukankah kita ini khalifahNya? yang tugasnya MENGURUS ALAM!!!

ayuh, akhawat, teruskan bekerja dengan efektifdan strategik!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home