Thursday, May 25, 2006

MISI!!!



Assalamualaikum wbt,

Ikhwah & Akhawat pendokong KARISMA sekelian,

Bagi Modul Pemantapan Fikrah, berikut antara modul peringkat Wibawa yang akan dilaksanakan:
Konsep dakwah, persediaan, method & wasilah
Dakwah untuk Amar maaruf nahi mungkar
Konsep & Kepentingan Amal Jamaie
Fasa-fasa perjuangan Rasulullah dalam Kajian Seerah
Sesi Latihan Pembangunan Muqaba
Konsep & amali hubungan silang jantina dalam Islam

Bagi Modul Perbandingan Agama & Ketamadunan, berikut antara modul peringkat Wibawa yang akan dilaksanakan:
Pengenalan kepada Doktrin Agama Budha, Hindu & Kristian
Hubungan diantara Budhisme, Taoisme & Konfusianisme
Konsep Hinduisme
Konsep Islam Liberal
Konsep fahaman 'Black Metal'
Konsep Kristianiti
Bagi Modul Kemahiran, para perantis MISI 2006 akan didedahkan dengan berbagai modul kemahiran kendiri bagi memantapkan jatidiri, keupayaan pengurusan dakwah dan kreativiti:
Asas Kemahiran Menjahit
Asas Kemahiran Memasak
Kemahiran Keusahawanan
Kemahiran Penulisan Akademik & Kreatif
Kemahiran Pemikiran Sistemik
Kemahiran Penyediaan Persembahan Multimedia
Kemahiran Menyelenggara Kenderaan
Kemahiran Pengucapan Umum
Kemahiran Mengingat
Kemahiran Rekaan T-Shirt MISI 2006

Bagi Modul Empowered Leaders In Training (ELIT), berikut antara modul peringkat Wibawa yang akan dilaksanakan:

Komunikasi Inter & Intra personal
Disiplin diri & Pengurusan Masa
Pengurusan & Perancangan Kewangan

Wahhh...menarik tu...hmm memang rugilah kalau tak join MISI 2006!!!

dan jangan lupa juga...Projek utama yang akan dijalankan dalam MISI 2006:

Projek KASIH UMMAH: Solidariti Palestin: Kempen kesedaran kepada masyarakat di lokasi terbuka dan strategik tentang isu Palestin

Projek KHIDMAT MASYARAKAT: Program sehari menyantuni masyarakat kampung, bergotong royong sambil bermuayasyah, memasak lauk kenduri serta diakhiri dengan jamuan bersama masyarakat kampung

KONSIS 2006: Setiap Perantis akan menyertai sepenuhnya KONSIS sebagai sebahagian daripada aktiviti berjadual MISI, temui ikhwah& akhawat mahasiswa berbagai wadah dari seluruh negara.

PERKASA MISI 2006: Uji & mantapkan keberanian, ketahanan minda dan kelasakan fizikal anda dalam PERKASA MISI yang dijadualkan khusus untuk para perantis yang tahan lasak dan berjiwa besar.

Oleh itu jangan lepaskan peluang ini, daftarlah sekarang!!

Penyertaan bagi MISI kali yang pertama ini adalah masih terhad untuk 40 orang sahaja, oleh itu sila bertindak segera, pastikan anda bersama dalam program tarbawi intensif selama sebulan yang julung-julung kali diadakan diperingkat nasional.

Tarikh: 3 Jun hingga 30 Jun 2006


Tempat: Desa Saujana, Sungai Merab, Bangi, Selangor Darul Ehsan


Yuran: RM200 sahaja


SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KERDIL INI...
SEMOGA MISI BERUPAYA MELAHIRKAN KHALIFAH ALLAH YANG KENTAL SEMANGAT JUANGNYA..
SEMOGA IA CAHAYA MENYINARI HATI
MEMANDU KE JALAN MENUJU KEMENANGAN DAN TURUNNYA BANTUAN ALLAH..
ameen

0 Comments:

Post a Comment

<< Home