Thursday, March 09, 2006

Kembara ke bandung (siri 2)

11.05am WIT : berhimpun di Café Daarul Jannah. Lunch! Yum yum!

Melalui makanan, kita bisa mengenal persamaan dan perbezaan budaya. Alhamdulillah, untung sekali sepanjang kembara, aku tidak alah dengan makanan berbeza. Pendek kata, boleh saja mencuba pelbagai makanan baru tanpa masalah sakit perut. Kali ini, aku dan ayah mencuba nasi tembel special! Salah satu specialities Daarut Tauhid! Memang enak! Nasi panas dibungkus dalam daun pisang. Ditambah dengan sayur-sayur segar, ayam, tauhu dan tempe goring panas turut dihidangkan…pergh! Cukup menyelerakan! Ditambah pula dengan layanan penuh senyuman daripada para pekerja café DJ ini, tambah mendamaikan.

Sempat juga, sementara menunggu hidangan yang dipesan disiapkan, aku berlegar2 sekeliling café. Poster2 sekeliling café memang menarik hati! Poster-poster yang penuh dengan mesej membasah hati. Belum pernah aku bertandang ke café hotel dengan hiasan seumpama ini. Kebanyakannya lebih memilih untuk hiasan gambar2 pemandangan sahaja. Di pintu masuk, ada tabung infaq dan helaian bulletin diberi percuma. Baru kuteringat, di kaunter hotel tadi pon begitu, ada tabung infaq dan bulletin percuma. Malah, radio yang dipasang di café ini juga pengisiannya islamik, dari saluran MQ.fm.


12.10pm WIT :

Selesai menunaikan ‘hak perut‘, kami mula berjalan keluar, hasrat hati ingin berjalan2 keliling Daarut Tauhid—bertaaruf dengan DT yang cukup popular ini. Setiap langkah kami berjalan, ada sahaja yang mengagumkan kami! Dari manusianya, kebersihan persekitaran, kesopanan dan senyuman yang sentiasa mekar mendamaikan, keindahan binaan bangunan hinggalah kepada tong sampah yang bermesej!

Baru beberapa meter, ramai sekali manusia bergerak menuju ke arah yang sama! Pelik sekali! Ada jualan murahkah?

12.20pm WIT : Zuhr!

Azan berkumandang! Patutlah! Bukan jualan murah, tapi panggilan Allah! Mengagumkan sekali! Bagai mini Makkah, para peniaga menutup barang jualan, serta merta meninggalkan gerai dan berjalan menuju masjid. Kerana kami bermusafir, kami memang bercadang utk solat jama’ di bilik, jadi kami masih melihat2 dengan penuh selamba. Namun, akhirnya rasa segan menerpa diri dengan teramat sangat. Lebih baik kami menangguhkan hasrat kami, dan pulang dulu ke bilik. Berjalan menyongsang dari arah menuju ke masjid, pendek kata, menyongsang arah yang dituju kebanyakan manusia, rasa segan tambah menebal! Pendek kata, kalaulah ada orang yang masih duduk selamba tak menunaikan solat, di Daarut Tauhid, tanpa teguran pon, anda akan terasa segan yang teramat! Huhu..belum pernah aku melancong ke tempat sebegini!


Hari Pers Nasional!

Antara kemestian dalam jadual kembaraku setiap kali berjaulah, ialah menonton berita dan membeli Koran. Semua ini membantu untuk kita melihat dunia dari kaca mata dan perspektif penduduk setempat. Sempat tadi setelah usai solat jama’, menonton berita. Oh! Hari ini Hari Pers Nasional! Baru kutahu! SBY (Susilo Bambang Yudoyono) merasmikan acar nasional tersebut. Tepat sekali dengan kepanasan isu karikatur Denmark yang membangkitkan amarah muslimin sedunia, SBY mengingatkan bahawa kebebasan press bukan mutlak! Huhu..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home