Thursday, March 09, 2006

kembara ke bandung (siri 1)

Khamis 9 Februari 2006 (10 Muharram 1427H-Hari Asyura)

5.00 am : 9 orang ahli kembara menaiki 2 buah kereta menuju ke KLIA

Tentu sekali aku bersemangat! (heheh..kalau berjalan,aku memang semangat!) Setelah sekian lama aku tidak menjelajah dan berkembara, inilah saatnya! Memang ada kos lepas dengan pilihan ini. Sebetulnya, kembara ini memang telah dirancang sejak November yang lalu, alhamdulillah mak berjaya mendapatkan 2 tiket Air Asia percuma ke Bandung. Ya! Gratis 100% huhu..tapi masih perlu bayar airport tax. Aku memang pencinta kembara. Entah mengapa, tapi aku memang suka berjalan dan melihat. Yang tersurat dan tersirat. Membina dan menghimpun kekuatan diri. Bekalan meneruskan kehidupan mendatang.

Dalam perjalanan, aku kemaskan ingatan semula, ‘kerjarumah’ yang diberi oleh naqibahku kerana tidak hadir bengkel menulis artikel. Kerjarumahnya ialah—menulis catatan kembara ini yang turut merangkumi: kesan kembara kepada keluarga dan diri sendiri, ‘ibrah daripada jaulah, teknologi da’wah yang dapat dikongsi, dan kepentingan rehlah/ jaulah. Berat bunyinye! Jadi macam lawatan kerja?? Haha..Tapi, sekurang-kurangnya selain misi-misi jaulah yang telah kugariskan, homewok ini bisa buat jaulah jadi lebih terarah.Mudah-mudahan..”Berehat dengan menukar kerja”..kata Ust Alias.

7.55 am : Pesawat AK 966 berlepas ke Bandung dari KLIA

Perjalanan 2 jam, kami isi dengan ma’thurat, tilawah dan iadah, sejak pagi tadi tak sempat. Sambil-sambil mengalas perut yang sememangnya lapar, kami mendengar alunan nasyid dari MP4. seketika pengumuman bergema. Mata terasa berat, semalam memang tidur lewat sebab bersiap. Hari terakhir sebelum berangkat, memang banyak yang perlu disempurnakan. Kami tidur cuma 2 jam.

8.45am WIT : mendarat di Bandara Husein Sastranegara, Bandung

9.15am WIT : menaiki 2 buah taksi menuju Daarul Jannah 2, Gegerkalong


sebuah taksi dengan perjalanan menuju Daarut Tauhid hanya memakan kos sebanyak Rp35,000. Alhamdulillah, supir kami ramah sekali. =) Diceritakan dengan penuh semangat sedikit sebanyak tentang Bandung dan mayoritas penduduknya yang beragama Islam. Seperti biasa, perkara yang perlu dijangka di Indonesia ialah macet! Masih teringat saat tenggelam dalam macet di Jakarta, untung sekali

saat bertapak di dataran Daarul Jannah 2, angin pergunungan menerpa. Sedari tadi hujan memang turun renyai-renyai. Bandung memang kawasan di antara pergunungan. Cuaca memang sejuk! Hati terasa nyaman dan damai.

Seketika berehat, perut berkeroncong. Waktu baru 10.50am WIT. Haha..tapi di Malaysia kan sudah 11.50am. Sememangnya sejak pagi tadi kami tak sempat bersarapan dengan sempurna, berlari2 menuju balai berlepas, baru membuka bekal roti, dah dipanggil masuk. Dalam pesawat, bekal roti dikongsi-kongsi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home