Wednesday, February 22, 2006

tahniah Puan Habsah Jaafar!!

berkaitan ISU PANAS SEMALAM...

sungguh terharu dengan kesan ibadah haji yang diterima Puan Habsah..semalam di TV3...beliau nekad mempertahankan jilbabnya--suruhan Allah yang dicintainya.

though sebelum ini, beliau dan ramai lagi pekerja di hotel 5 bintang tersebut akan membuka tudung bile waktu kerja tiba dan memakainya semula bile tamat waktu kerja, kesan panggilan haji ternyata membina kefahaman dan penjiwaan penuh ketaatan dalam diri beliau..

teringat lagu nadamurni..
sepatutnya kembalinya jemaah haji
merupakan aset yang paling berharga
aset agama, bangsa dan negara
membawa pengajaran
membawa hikmah
dan juga akhlaq yang mulia
dengan aset itu
akan dibangunkan
agama, bangsa dan negara...

semoga Allah terus menyinari beliau dengan hidayah utk tetap teguh mempertahankan iman beliau..

apa peranan kita selaku 'ansar' kepada muhajirah seperti beliau? BERILAH SOKONGAN DAN BANTUAN YANG DIPERLUKAN!!!

apa yg boleh kita lakukan?? tulis surat beramai2 atas nama individu kepada akhbar2 menyokong beliau dan tindakan beliau...menyokong dan mempertahankan tudung..menyokong dan mempertahankan suruhan agama...menyokong dan mempertahankan agama sendiri...bagi yang mempunyai kemahiran menghasilkan karya seperti sajak, puisi etc, hasilkan karya ulung anda! bagi yg pandai menghasilkan cartoon, buatlah cartoon bermesej mempertahankan dan menyokong beliau...buatlah sesuatu dengan kelebihan yg anda ada..semoga dengan sekelumit usaha kita Puan Habsah dan ramai lagi wanita Islam dan wanita2 dari agama2 lain yang tabah mempertahankan suruhan agama dan ketaatan kepada Pencipta akan merasa lebih kuat dengan sokongan kita...ingatlah..our small collective contributions bring a BIG difference..a small step for one, a giant leap for all!!

isu yang timbul menggambarkan banyak perkara dan boleh dilihat dari pelbagai perspektif:
1-gap antara western dan Islam masih wujud hatta di Malaysia sendiri..mcm sama plak Msia dengan France etc..alhamdulillah pemerintah masih mempertahankan hak Muslimah utk bertudung.

2-Malaysian muslim women--yang memakai tudung telah dinobatkan sebagai world best oralist...tapi di Msia, bagaimana mungkin masih ada insan2 spt mereka yang memandang bahawa tudung menjadi penghalang kepada kompetensi dan kejayaan dalam bekerja??? Puan Habsah adalah pengarah akaun yang telah mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di bidang tersebut! apakah pula kaitan tudung dengan halangan besar terhadap bisnes hotel tersebut?? KITA pula..sudah cukupkah daya usaha kita utk melakukan yg terbaik dalam semua yg kita lakukan demi membuktikan muslimah bertudung komited, profesional dan kompeten??

3-mungkin juga ia kes terpencil..kalau ya, apakah agenda pengusaha hotel tersebut??

4-tak baik pula su-uzzon, tapi better berwaspada...belum reda isu karikatur yg menggemparkan seluruh dunia, juga isu hak asasi terhadap tahanan Guantanamo, tercetus pula isu ini..atau sebenarnye isu2 seperti ini mmg banyak dalam masy..cume yg ini special sbb beliau berani stand up and voice out!!! maka akan timbul persoalan..sudah cukup banyak dan luaskan pergaulan kita dengan masy sekeliling (terutamanya di luar kelompok kita) sehingga mampu memahami isu2 yang kadangkala tak terfikirkan dek akal...pernah anda ketemu insan yang hidup di KL, dalam kesempitan wang utk menyara keluarga dengan kehidupan di kotaraya, selepas bertugas siang di pejabat, malam terpaksa bertugas di bar yang ternyata bayarannya lebih tinggi!!?? macam2 lagi kisah manusia..dan ramai yang ternanti2 gapaian da'wah kita...BERGERAKLAH!!!

5-walau Islam terus2an dicabar, jangan sesekali kita mengecil dan menghina agama lain..ingat pesan Allah agar jgn kita hina agama lain kerana ditakuti dengan kejahilan mereka, mereka akan menghina Allah dan RasulNya sebagai balasan kepada penghinaan kepada agama mereka. Islamlah agama yang sangat teliti dan memperuntukkan tatacara berhubung baik dengan penganut agama lain. justeru ia akan kembali kepada persoalan how to react to these issues? dalam masa yg sama tentu sekali kita perlu pertahankan tanpa syak segala suruhan Allah..

6-dalam konteks yang lebih besar...titik persamaan yg wujud dan boleh digunakan dalam memobilisasi sokongan penganut agama lain ialah...isu ini bukan sekadar isu larangan bertudung, tetapi ia adalah isu larangan mempraktikkan ajaran agama, hari ini mungkin ia berlaku kepada tudung, tetapi tak mustahil jika tiada tindakan ia akan turut menggugat hak memakai turban, cross etc. percaya atau tidak, hakikatnya, masih wujud golongan penganut agama lain yg tekun beragama (ataupun tidak); yg akan teguh berdiri mempertahan hak utk beragama dan menjalankan ajaran agama. juga..masih wujud golongan penganut agama lain yang turut merasa 'bersaudara' dengan org2 Islam dalam perkara2 kebaikan. contohnya: Isnin lalu. sebuah kuil buddha di Brickfield diketuai Dr. K Sri Damanandha menyerahkan RM500,000 kepada Yayasan Al-Mansoriah utk menyokong pembinaan rumah anak yatim di Aceh? tentu sekali mereka tahu rumah anak yatim itu akan memberikan pendidikan termasuk pendidikan agama Islam kepada mereka...

7-selain ibadah haji itu sendiri adalah kemuliaan berpeluang menjadi tetamu Allah dan berpeluang mendapat tarbiyyah Allah melalui ibadah haji...para pengurus jemaah haji dan para jemaah haji yg telah diberi kesedaran ttg kepentingan da'wah harus memanfaatkan peluang memprogramkan rakan taulan jemaah haji yg lain dengan kesedaran yg membasah dan membasuh jiwa..potensi insan2 yang berpeluang menunaikan haji sgt besar utk dimanfaatkan! berdoalah selalu insyaAllah dengan izin Allah, hidayah Allah akan menyinari hidup mereka dan membuka pintu hati mereka utk turut bersama atau setidak2nya menyokong usaha da'wah kita.

wallahua'lam..
bersama2 kita fikirkan dan cambahkan idea..bersama2 kita bertindak!

kerja besar untuk perubahan besar
nyemah_mulyaa

0 Comments:

Post a Comment

<< Home