Monday, January 23, 2006

Filem palestin menangi oskar

Los Angeles, Khamis, 19/01/2006 - Pengarah filem Palestin "Paradise Now", Hanny Abu Assad telah memenangi oskar "best foreign filem" di pesta filem Golden Globe di Los Angeles, hari ini. Filem tersebut mengisahkan keperitan hidup rakyat Palestin dan juga perjuangan rakyat Palestin yang telah membawanya kepada aksi "pengeboman Syahid". Hanny yang tidak menyangka bahawa filem yang merupakan filem pertama keluaran rakyat Palestin diterima untuk anugerah yang berprestij itu akan memenangi oskar tersebut.

Pesta filem itu dianjurkan oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA) semenjak tahun 1944 lagi. Filem yang sama juga pernah memenangi anugerah Blue Angel Award for Best European Film di Berlin untuk tahun 2005. Assad menegaskan bahawa filemnya ingin membawa para penonton untuk memahami psikologi rakyat Palestin yang ditindas selama setengah kurun oleh rejim Zionis. Beliau juga ingin membawa mesej keamanan dan kedamaian yang "sebenar" lewat filem tersebut. Apabila ditanya samada filem tersebut akan mencetuskan kontreversi, beliau menafikannya dan mengatakan bahawa tiada apa-apa yang kontreversi di dalam filem yang menceritakan kebenaran kepada dunia terhadap rakyat Palestin.

Cerita tersebut mengisahkan detik 48 jam terakhir dua rakyat Palestin yang telah membesar bersama dan merancang bersama untuk meletupkan diri. Di penghujung filem, kedua-dua hero tersebut akhirnya mempertimbangkan semula keputusan mereka. Untuk melakukan penggambaran filem tersebut yang siap di Nablus pada tahun 2004, Assad terpaksa melepasi kawasan periuk api, serangan misil Zionis dan uga ugutan dari beberapa rakyat Palestin sendiri yang tidak mahu filem itu dihasilkan.

Note: sumber : al jazeera
penterjemah : maszlee malik"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home