Saturday, November 05, 2005

ikan di laut..asam di darat..


Mengajak penonton untuk saling menghargai budaya
dan agama kaum lain sesuai dengan komposisi kaum di negara ini

Dulu apabila perayaan tiba, program hiburan dan drama atau filem dinanti-nantikan penonton, tetapi kini iklan semakin menonjol.Ramai ingin tahu apakah iklan baru yang akan disiarkan, terutama oleh korporat terkemuka negara seperti Petronas, Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia.Walaupun hanya beberapa minit, iklan perayaan memberi kesan besar terhadap penonton. Iklan kini mampu membuatkan penonton mengalir air mata apabila melihat kisah sedih atau gembira melihat aksi lucu.

Katanya, iklan ini mengajak penonton untuk saling menghargai budaya dan agama kaum lain sesuai dengan komposisi kaum Malaysia yang berbilang kaum. “Harapan kami ialah apabila menonton iklan ini, ada yang tergerak hati untuk menelefon saudara-mara atau rakan lama yang sudah lama terputus hubungan.

BAGI Petronas, iklan perayaan adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial untuk meningkatkan pembangunan sosial menyebabkan mesej utama iklan bertujuan mengingatkan masyarakat supaya terus berpegang kepada nilai murni bangsa Malaysia.Jurucakap Petronas berkata, iklan juga dapat merapatkan jurang antara golongan tua dan muda, sekali gus memupuk persefahaman antara dua generasi ini.“Petronas mahu nilai murni seperti saling menghormati dan kasih sayang bukan sahaja diamalkan dalam keluarga, malah masyarakat yang melingkungi hidup setiap individu,” katanya.
Fakta menarik mengenai iklan Petronas, setiap kali pembikinan iklan perayaan baru, gabungan idea menerusi perbincangan sangat dipentingkan. Biasanya setiap konsep yang ditampilkan merangkumi nilai murni yang merentasi budaya dan boleh diterima semua peringkat masyarakat.“Mesej iklan perayaan perlu mempunyai elemen untuk mendorong orang berfikir dengan lebih mendalam dan bukan melihat pada ‘permukaan’ saja

0 Comments:

Post a Comment

<< Home