Friday, October 14, 2005

selamatkan saudara kita

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak".Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


assalamualaikum

1-hari ini kita melayu, esok bangun tidur, kita tetap Melayu...tapi hari ni kita Muslim, esok, bangun pagi..BERANI JAMIN kita masih dalam nikmat iman dan islam? atas sebab itu, yang paling mahal untuk dipertahankan adalah perjuangan aqidah kita...kemudian lain2 umpama bangsa etc akan datang menyusul bersama dengan kukuhnya perjuangan mempertahan dan menyebar aqidah tauhid.

2-kalau kisahnye Aisyah ni 'report' hari2 kat bapak dye pon (dipantau perkembangannye setiap hari) boleh begitu...penjagaan yg bagaimanakah yg perlu untuk saudara mara kita? ia mungkin bererti, berada di sekolah agama, menjadi anak imam, ambil 4 thanawi sahaja tidak mencukupi....benar...though org cakap sijil 4 thanawi tu da bleh jd ustazah...sbg org yg pernah berada dalam sistem thanawi ni, tak siapa pon boleh jamin, dgn itu aqidah akan tetap bertahan...sistem thanawi mmg sgt membantu dlm melahirkan umat islam yg arif ttg agamanya, malah dididik memahaminya dalam lughatul quran itu sendiri!, tapi benarlah bahawa ilmu semata bukan jaminan....kalau tak caye, pegila mane2 sekolah yg ada sistem 4 thanawi (lagi teruk sebab sekarang da takde..diganti dgn STAM)...mmg tade yg perfect..kan sistem manusia..mungkin juga kurang penghayatan....sebab itu kene refer balik, sistem tarbiyyah yang diajar Allah...dan dipraktikkan oleh Rasulullah....

3-contextualization...enculturation...tips untuk menjajah bertahun2 tanpa disedari!..inilah rahsianya...method paling berkesan dalam sejarah evangelization n christian mission...disokong dengan peranan secularism dalam menjauhkan manusia dari agama terlebih dahulu...kemudian baru mereka ditarik ke agama lain...mereka datang ke dalam komuniti KITA, seolah2 mereka sebahagian dari cara hidup kita...seperti kita...sebab tu kita tak perasan...

4-kalau kebanyakan faktor pemurtadan ini adalah kerana CINTA manusia yang buta....itupun berbalik kepada kekuatan kefahaman Aqidah...siapa yang PALING LAYAK dicintai dalam hidup ni? siapa yg paling layak mendengar segala luahan hati kita? related to no.3, inilah sebenarnye asas yg tidak boleh dimain2kan dalam pendidikan...biarpun dye anak seorang imam, mufti atau siapa sekalipon..kerana iman itu tidak diwarisi, maka ia perlu dididik sepenuh jiwa dalam setiap diri...bukan sekadar membaca dan membaca..tapi dalam erti kata sebenar...

5-dalam usrah..ini yang paling awal disentuh selepas memahami maksud usrah etc..maka, kepada para nuqaba', yg di sisi Allah dan jemaah, bukan sekadar org yg dimanahkan untuk conduct 'perbincangan dan perkongsian mulut' setiap minggu, lebih dari itu...jadilah murabbi yg concern isu2 aqeedah ini.....agar anak2 usrah kita terutamanya menjadikan Allah kekasih yang paling dicintai dan dirindui setiap detik, tempat paling utama dituju untuk meluahkan rasa letih, pedih, sedih dan gembira suka, sumber inspirasi paling agung, sehingga dapat dirasakan cinta manusia hanyalah cebisan2 tak bernyawa malah lebih teruk dari itu...tanpa adanya cinta Allah..hanya kerana adanya cinta Allahlah, kita dapat berkasih sayang sesama insan...

6-jgn sekadar bersikap reaktif bermusim....bile media berpeluang mainkan isu ni, br nak terngadah...daie ilallah menjadikan perjuangan mempertahan aqeedah agenda besar sepanjang hayatnya....kalau kita sekadar bertindak kerana untuk memberi reaksi...akan sakit semula kemudian hari..justeru,...rancanglah perjalanan perjuangan anda....setiap satunya ada kaitan dgn yg lain, laksanakan career ni dgn seprofessional mungkin...evaluate perkembangan perjuangan kita...dan jgn ulangi kesalahan yg sama..

note 1: apa peranan KITA dalam perjuangan mempertahankan aqeedah?
note 2: apa peranan KITA dalam perjuangan menyebar dan berkongsi rahmatnya berada dalam naungan aqidah ini?
note 3: asyhadu an laa ilaha illallah..wa asyhadu anna muhammadan rasulullah..

p/s kerajaan Islam aceh dianggap 'tumbang'? pernah didengar bahawa tanah rencong adalah tanah yang tidak pernah dijajah. benar, belanda pernah datang dengan kepura2an islam dan kealiman Snouck Hugronje..ditambah dengan pengenalan Dutch Islamic Policy...tapi, mereka mmg tidak pernah dijajah secara fizikal...barangkali yg dimaksudkan di sini penjajahan minda sahaja...wallahua'lam
hadirnya satu anugerah....
alhamdulillah Ya Allah..
terima kasih atas anugerah IMAN ini..

Setiap kali melangkah kaki,pasti gentar rasa di hati,mengagak mampukah diri ini,menduga jurang dalam yg sunyi,Toleh ke belakang mencari teman,pastikan sentiasa rapat di sisi,tak mahu hilang arah tujuan,tak mahu sesat hingga mati.Cubaan satu persatu aku hadapi,saat berat aku gagahi,aku yakin dalam diri,pasti mampu aku tangani,Tapi aku berfikir lagi,apa jaminan pada diri,langkah mampu ku susun rapi,agar mampu ku capai impi.Sandar ku pada bumi ini,mendongak terus ke langit tinggi,siapakah dia pelindung sejati..siapakah dia yg sudi menemani..fikirku berkali-kali..terus menerus tiada henti..hingga ku sampai pada konklusi..Cukuplah Allah bagiku disisi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home