Saturday, October 29, 2005

OLD WINE IN A NEW BOTTLE (JEJAK AKAR DIRI YANG DIHAPUSPADAMKAN 2)


Kata Nanda lagi, sebagai resolusi dari seluruh butir katanya:
Aku ORIENTALIS..yang memahami budaya, adat dan agama orang Asia dengan tujuan memahami kekuatan lalu MEROBOHKANNYA. Bahkan aku tidak segan mengatakan kepadamu bahawa bumi Asia sedang digempur hebat. Invasi dunia Barat ke daerah Asia tidak semestinya dengan mortar, infantri, atau kuasa tentera, tetapi dengan penerapan ideologi seperti hedonisme dan isme-isme lain. Aku tahu informasi tadi akan membangkitkan kesedaranmu. TERNYATA WAKTU UNTUK SEBUAH KESEDARAN SUDAH LAMA BERLALU. Kini dengan label Globalisasi dan Hak Asasi Kemanusiaan, kami bebas ke mana sahaja. Adakah kamu mengerti bentuk invansi ini? Old Wine in Ā New Bottle?”

Baru kujelas titik komparatif dan titik argumentasi sebenar yang seharusnya kusedari sejak awal lagi.

“Adakah kau menyedari, Tengku Malahayati, Tjut Nyak Dhien dan Inong Balee sudah pun disapu bersih secara perlahan2 dari bumi Jawa? Sedangkan figure itu sangat terang lagi bermakna dalam catatan momerial perang di sisi kami, tapi orang Asia seperti kamu tidak menghargainya. Aku yakin, sedikit masa lagi…semuanya akan dibawa pergi. Dengan percaturan pemikiran Orientalis, memadailah perbalahan sesama kamu sendiri untuk melenyapkan segala saki-baki adat, budaya dan agama yang telah lama mendarah daging. Sekalipun aku mengagumi mereka, ternyata aku juga adalah musuh kepada mereka.”

Miftah terkesima…hingga pagi 26 Disember 2004, atmanya disentap hebat oleh media. Tsunami melanda Aceh dan segalanya disapu bersih dalam bencana itu. Dia tertanya-tanya...”Adakah memorial kubu Inong Balee masih berdiri di situ? Atau ianya turut disapu gelombang besar ke dasar samudera?”

Beberapa hari kemudian, berbondong2 bantuan daripada ‘Hak Asasi Manusia’ tiba ke bumi Aceh yang tidak pernah menyerah itu. Benteng mereka telah dibuka seluas2nya..bantuan itu datang membawa makanan, doktor, dan juga missionaries dari Barat. Ya, missionaris!

Kau memang benar Nanda, Globalisasi dan Hak Asasi Manusia adalah invasi lama yang dibawa dalam bekas baru. OLD WINE IN Ā NEW BOTTLE. Aku kini menyedari bahaya tanpa punya daya menghalang. Yang pasti hari2 mendatang akan mempamerkan agenda baru dalam percaturan pemilik tangan rahsia ini. Aku pasti!

~hadiah kesedaran dari A. Ubaidillah Alias




teruskan berjuang saudara2ku
semoga insan2 seperti Nanda Gracer pun
diliputi rahmat iman dariNya
biarpun kini dia Orientalis
siapa tahu kelak dia pejuang agama yang teguh membela
teruskan berjuang saudara2ku
biar orang2 seperti Nanda yang selalu penuh harap
tanah ini akan luluh musnah hancur
hakikatnya
masih tetap diperjuangkan limpah rahmat iman di buminya
mereka tidak tahu
bahawa di hati kita
ada keimanan
bahawa sinar akan muncul
menghancur ganyang harap impi mereka
dalam pada mereka kuat bekerja
kita pun lebih kuat berusaha
kerna kita beriman
rahmatan lil`alamin yang sejahtera
akan bersinar di tanah ini
Pasti!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home