Friday, October 14, 2005

menangis...

11 ramadhan 1425H

sungguh tak enak bile kite memulakan hari baru dgn marah...astagfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah

Ya Allah..
jadikanlah aku hambaMu
yang menangis bila ia baik di sisiMu

seboleh2nya tak mahu aku menangis pedih
di hadapan manusia
bila ku diuji ujian kesusahan

biar aku menangis dalam sujudku kepadaMu
biar aku rasakan hanya Engkau tempat PALING LAYAK
aku memuntahkan rasa pedihku menanggung ujian kesukaran ini

agar di hadapan manusia
aku mampu terus berwajah tebah
kerana telah kuluahkan segala dalam sujudku

tapi aku tak kisah kalau menangis di khalayak
tatkala diuji dengan kesenangan
kerana itu lebih mengingatkan diriku
dan mudah2an org lain

aku tak kisah menangis di dalam kelas
tatkala merasakan ta'lim para muallim
benar2 membasahi bumi hati...
menyuci bersihkan hati nurani...

Ya Allah...
jadikanlah aku hambaMu yang berupaya menangis
tatkala itulah yg paling baik di sisiMu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home