Saturday, October 29, 2005

JEJAK AKAR DIRI YANG DIHAPUSPADAMKAN

JEJAK AKAR DIRI YANG DIHAPUSPADAMKAN


Aduhai do ku do da idi (Aduhai do ku do da idi)

Meurah Pati ateueh awan (Burung merpati di atas awan)

Beuridjang rajeuk Banta Saidi (Cepar besar anakku sayang)

Djak Prang Sabi Bila Agama (Pergi ke Medan Perang Membela Agama)


Kata Nanda Gracer, yang berketurunan Belanda:
Wanita Aceh, dalam membuai anak kecil, mereka menyanyikan lagu patritosme itu. Rumusan daridapa kajian Snouck Hurgronje di Jawa pada 1906 melalui cerita lisan, khabar kuno, dan percakapan setempat yang bercampur mitos membuktikan wanita Aceh adalah penyumbang besar terhadap perjuangan Jawa mengusir Belanda.

Snouck Hurgronje dengan penipuan keislamannnya sehingga diangkat menjadi Sheikhul Islam dalam sejarah (selain sheikhul islam ibnu taymiyyah) memang satu isu lain, yang tak dapat dinafikan implikasi besarnya ke arah penubuhan dasar Dutch Islamic Policy, tapi catatannya tentang peranan BESAR wanita Aceh dalam memepertahankan tanah rencong yang tak pernah dijajah itu..ternyata ada benarnya...

Sambung Nanda lagi, “Buktinya, masih berdiri kubu ‘Inong Balee’ bermaksud wanita yang ditinggal suami. Pada ironinya termaktub nama Tengku Malahayati, Tjut Mutia, Tjut Muerah Gambang iaitu anak Tjut Njak Dhien. Kubu yang berada 100 dari paras air itu bukti kekuatan wanita. Bahkan pemimpin Inong Balee, Ku Malahayati adalah laksamana perempuan pertama di Asia kerana keberaniannya menyerang kapal serta benteng-benteng Belanda. Malah dia sendiri bertarung satu sama satu dengan Cornelis De Houtman, kepala penjajah Belanda yang pertama tiba di Indonesia di geladak kapalnya pada tahun 1599”

“....di kilasan kain mereka tersisip pisau kecil dan kelewang. SEBAGAI TANDA MEREKA TIDAK PERNAH MENYERAH..apabila dikaji..Tjut Nyak Dhien anatara pemugar semangat luar biasa itu kepada wanita Aceh masa kini”

banyak sekali yang tidak diketahui….di tanah rencong, apatah lagi di seluruh bumi yang dihuni rumpun Melayu, sejarah gemilang ini yang hakikatnya menandakan kita tak pernah menyerah kalah kepada penjajah telah dihapuspadamkan sama sekali…bersih disapu rata dari hati dan jiwa anak bangsa…sehingga merdeka hanya disambut dengan maksiat durjana…

tak siapa pon kenal lagi dengan Burhanuddin Helmi…Abu Bakar Al-Baqir, Haji Abdul Rahman Limbong, dan senarai panjang pejuang agama dan bangsa di tanah ini…kalau kenal pon, setakat perjuangan yang diolah menjadi biasa..seolah2 dimulai dengan amarah dan diakhiri dengan kalah…tiada langsung elemen perjuangan membela agama dengan seluruh jiwa dan raga mereka….darah…denyut nadi…dan seluruh nyawanya..hanya untuk menyempurnakan misi khalifahnya memahmurkan alam dengan risalah rahmatan lil `alamin…

maka dengan terputusnya sejarah agung hasil perancangan hebat menulis semula sejarah KITA, selalu saja kita merasakan perjuangan membela agama di tanah ini baru setahun jagung..baru dimulakan oleh generasi kita-kita..sedangkan ia tidak begitu, ia adalah rantaian panjang..bak kata Syed Qutb..jangan kecewa kerana kita adalah satu mata rantai perjuangan ini, mewarisi perjuangan sejak Nabi Adam…berkongsi visi memakmur alam…dan tanah ini tidak pernah terkecuali dari merasai limpah rahmat gegar semangat juang para khalifah Allah yang taat…

bukan itu sahaja…lebih dasyat lagi…apa yang tersirat di sebalik kata2 Nanda untuk kita bangkit membina bangsa dengan agama….telusuri OLD WINE IN A NEW BOTTLE (JEJAK AKAR DIRI YANG DIHAPUSPADAMKAN 2)

1 Comments:

At 11:20 PM, Blogger Maryam said...

macam ku kenal saje... heh heh heh

 

Post a Comment

<< Home