Sunday, September 11, 2005

sabarlah..tabahlah

Bismillah…dah sebulan lebih tak menulis kat blog nih…mmg penat btol kehidupan bekerja…Allah je yang tahu betapa penatnye…

Macam2 dah berlaku dalam sebulan ni…diam2 da masuk bulan Sya’ban..tahu2 je..september eleven da menjelma lagi…tahu2 je…seorang panglima tentera Thai baru dah dilantik, kalini beragama Islam…sama ada mmg berniat baik atau tak…kita nantikan implikasinya…apa yang pasti..umat Islam di selatan Thai makin tersepit…

Hari-hari dalam hidupku…da 2 bulan lebih graduate…nak jadi ape ni? Huhu..ada satu cita2 masa belajar dulu lom tercapai..sekarang masih termengah2 nak buat…Ya Allah, moga aku sempat khatam hafaz Quran sebelum aku mati..

Semalam, loh ngan ayah dan mak gi seminar…moga adikku yang sorang ni dapatla menambahkan lagi bilangan hafiz dan hafizat dalam keluarga ni…percaya atau tak…kene percaya gak…Al-Quran adalah ubat berkuasa tinggi menenangkan hati…

Dalam dunia yang kalut dan penuh kemelut skang ni..lagi2 kemelut jiwa..lagila sangat sangat kita perlukan Al-Quran ni…RUMUS CANGGIH!!! Ada sume dalam tu!!!

Ya Allah…kalau diberi pilihan, tentu manusia tak mahu melalui kesukaran dalam hidupnya, tapi ternyata kesukaran itu hadir jua…tentu ada HIKMAH BESAR yang ingin Kau tunjukkan pada kami…aku yakin dan sangat percaya dengan kebenarannya..dan kerana itu, aku masih berdiri harini…sedaya yang mampu kutabahkan hati mengharungi hari2 hidup dengan jiwa yang cekal, walau hakikatnya tak semudah yang disangka..

Ya Allah, AKU YAKIN BENAR Engkau mendengar doaku saban waktu…sungguh2 aku memohon..berikan petunjukMu Ya Allah..hanya kepadaMu aku bergantung segalanya…hanya kepadaMu..hanya keranaMu aku masih tabah teruskan hidup ini…biar kali ini kemarau deritanya lebih panjang dari biasa…aku pasti hikmah yang bakal menjelma bagi insan yang tabah…tentu lebih luar biasa…

Tabahkan diri sekuat hati…moga temui hari indah yang dinanti…
Alhamdulillah….
Alhamdulillah…
Alhamdulillah…
Aku redha ya Allah…moga aku terus redha dengan apa jua yg berlaku selepas ini…

Mengagumkan keadaan seorang mu’min, semua keadaan adalah baik bagi dirinya, semua itu tidak akan terjadi pada seseorang kecuali bagi seorang mu’min, bila seorang mu’min mengalami kebahagiaan, dia bersyukur, hal itu adalah baik bagi dirinya, dan bila mengalami kesulitan dia bersabar, hal itu juga baik baginya…

Sabar dan tabahlah berjuang wahai diriku…di hujung sana, pastinya ada rehat yang panjang, indah dan kekal…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home