Monday, September 19, 2005

India Muslim minta status melayu

India Muslim minta status Melayu

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) hari ini meluluskan usul bagi meminta kerajaan memberi status Melayu kepada masyarakat India Muslim yang lahir di negara ini.
Menurut usul lapan perkara yang diluluskan pada Persidangan Tahunan KIMMA ke-30 di sini, mengikut Perlembagaan Malaysia, seseorang Muslim yang boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dan mengamalkan adat Melayu digelar sebagai orang Melayu.
``Kaum India Muslim juga mengamalkan ketiga-tiga perkara ini, namun masih tidak mendapat status Melayu.
``Jika mempunyai sebarang kesulitan untuk melaksanakan, sekurang-kurangnya status bumiputera diberikan sepertimana diberikan kepada orang Portugis,'' kata KIMMA dalam usul yang diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Othman Desa yang merasmikan persidangan itu.
Usul itu turut meminta kaum India Muslim diperuntukkan kuota khas dalam pemberian rumah kos rendah, tempat belajar di institusi pengajian tinggi awam, biasiswa, peluang pekerjaan dan melantik dua anggota KIMMA sebagai Senator di Dewan Negara.
Dari segi politik pula, KIMMA turut meluluskan usul memohon kepada Barisan Nasional (BN) supaya diterima sebagai parti komponen BN.
``KIMMA juga akan menerima dengan hati yang terbuka sekiranya UMNO menerima KIMMA sebagai parti gabungan,'' menurut usul itu.
Penasihat Kebangsaan KIMMA Thasleem Mohd Ibrahim ketika ditemui berkata, walaupun kaum India Muslim berpeluang menjadi ahli Umno, kebanyakan mereka telah menolaknya atas dasar ingin mengekalkan kebudayaan dan bahasa ibunda mereka. - Bernama

0 Comments:

Post a Comment

<< Home