Monday, August 08, 2005

aku mu'allimah?

hello blog! lama tak jenguk. sorry sangat. banyak perkara berlaku dalam seminggu dua ni. hakikatnya mmg banyak nak tulis, cuma masa mmg tak mengizinkan.

Makin banyak kita pelajari dalam hidup, makin besar cabaran dan ujian yang menimpa, makin berat tanggungjawab yang kita pikul, makin istimewa kita di sisiNya kalau kita berjaya mengharungi tahap lebih tinggi ini dengan penuh ketabahan....

Memang perit bermujahadah...lebih2 lagi bermuhadah mengukuh nafsu metmainnah DALAM DIRI SENDIRI. orang tak nampak, dari luar nampak takde pape yg berlaku, tapi hakikatnya dalam diri penuh kecamuk perang. berperang dengan diri sendiri.

kerapkali aku genggam dalam2 rasa hati...kerapkali aku pejam kuat2 dan kukepal erat jari jemari. ALLAH!!! kuat betul tipuan syaitan ni. lagi banyak ayat Quran dihafal, lagi berat ujian yg dihadapi..Ya Allah...geram betul aku dengan puak2 syaitan nih!!! geramnya!!!

justeru, dalam doa, kupinta penuh harap, dalam diri menghampiri garis2 futur...kuatkan jiwa ini ya Allah menhampirkan diri denganMu....tabahkan diri ini terus mujahadah mencari redhaMu..

penantian panjang doa ini sedikit sebanyak mula menampakkan hasilnya....ternyata memang banyak perkara berlaku dalam hidup di luar dugaan dan perancangan kita....impian selalu dipahat ideal, tapi kerapkali ada sahaja insiden tak dijangka mencelah di sana-sini menduga ketabahan hati menjejaki cita.

tak pernah terlintas dalam hati nak jadi cikgu..walaupun guru ganti...tapi betapa hikmahnya Allah menetapkan aku di medan ini...hakikatnya lebih kepada pemurnian hati ini dan penyucian diri ini...ya..aku! yang menjadi cikgu....hakikat menjadi guru lebih banyak mengajar aku tentang hakikat hidup...setiap hari ada sahaja perkara2 yang nampak kecil dan temeh, tetapi memberi kesan mendalam buat hati ini...

tentu tak seorang pon dari murid-muridku akan menyangka yang sebenarnye ketetapan Allah agar aku di medan ini...hakikatnya aku lebih banyak belajar dari mereka....aku? ya..aku...irony kan...cikgu yang lebih banyak belajar. malah dari murid sendiri!

Allah..betapa hikmahnya ketetapanMu...menetapkan aku di medan tarbiyyah ini...astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah...

1 Comments:

At 3:13 AM, Blogger amicus curiae said...

akum..m.J,is that u?? kalau betul ana nak link kat blog ana...huhuhuu...boleeehhllaaaa..

guardian angel;
AtiF

 

Post a Comment

<< Home