Sunday, July 17, 2005

......SUJUD YANG MERDEKA......

Sujud itu menundukkan dahi,
Memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih kepadaNya,
Si jahil menyangkakan belenggu ke atas hamba,
Tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu,

Di dalam kemuliaan sujud,
Semua akan tunduk kepada muslim yg sujud,
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya,
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi,
Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang,
Meruntuhkan syirik,
Was-was di dalam diri si jahil,
Tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan,
Kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi,
Lantaran kehebatan dan kebesaranNya,
Sujud kepada Allah dan mengesakanNya,
Lalu mantap dan kuat,
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong.

Barangsiapa menghayati sujud ini,
Dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi,
Dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya...

~Abdul Wahab Azam, Majlah al-Muslimun, Tahun 1, pg. 961.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home