Tuesday, July 12, 2005

musafir dalam kembara mencari cinta

saya...insan kerdil di sisi Tuhan...
musafir dalam kembara mencari cinta Tuhan...
hanya itu yang saya cari dalam kembara ini,
singgah sebentar di kampung dunia,
menghimpun bekalan iman dan amal,
untuk ditimbang di mizan akhirat yang abadi....
saya meyakini seluruh manusia adalah bersaudara kerana kita bertuhankan Allah Yang Esa...
maka atas keyakinan ini,
saya meyakini,
KITA SEMUA layak merasai belai kasih Tuhan tanpa diskriminasi...
perjuangkan cinta Tuhan!
hanya ini yang saya cari dan akan terus perjuangkan di sepanjang kehidupan di dunia yang sementara ini....
ganbatte wahai para khalifah semua!
selamat berjuang wahai adik beradik semua!
moga kita bertemu semula sebagai tetamu Allah yang dimuliakan dengan wajah yang bersinar2 di tamanNya kelak...
Allah did not promise that life would be easy,
but He promised that He will be by our side,
in every step we take...
to support and help us...
as long as we are in His path...
seeking and hoping...
dying to gain His love and mercy...

duhai saudara seaqidah dan seTuhan...
teruskan tabah dalam kembara ini,
moga dapat kita saling memberi manfaat sesama insan,
agar seramai mungkin berjaya di alam kembara ini,
menyempurna misi khalifah KITA,
mengimarahkan bumi dengan hukum agung Pencipta seluruh diri..

moga graduasi dari sekolah hidup ini dengan mendapat anugerah pelajaran diRaja--Raja seluruh alam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home