Tuesday, July 19, 2005

Hong Leong Islamic Bank!! Fuiyo!!


Harini..satu lagi lesen utk local Islamic bank diluluskan untuk dijalankan operasinya di Msia—yg ketiga dalam negara selepas RHB dan another one..e..commerce..something..tapi yg ketiga ni sangat menarik, dari nama pondah irony, HONG LEONG+Islamic!! Heh

Senanye prejudis la kalau cakap bende ni ironis, tak kreatif dan sangat la terikat dengan rock logic. Ape, hong leong tak leh wat Islamic bank, tapi mmg la berdasarkan rock logic dan kebiasaannye, kalau dengar je hong leong, jauh sekali la nak kaitkan dengan Islamic bank, lebih2 lagi di msia.

Tapi apa yg terjadi harini membuktikan bbrp perkara:
1-islamic bank semakin diterima sebagai system ekonomi yang dipercayai dan menguntungkan.
2-non Muslim pon acknowledge bende ni, amacam muslim? Sedar tak?—I mean sedar tak yg non Muslim pon akur dengan system islam, dan sedar tak yang system islam mmg bagus???

Masih mahu ber’tuhankan’ system riba yang hakikatnya menguntungkan golongan tertentu yang mengaut untung hanya dengan bergoyang kaki je?

3-its either da’wah islam dengan cara menyebarluaskan manfaat system-sistem islam, antaranya ekonomi telah menampakkan cahaya di hujung tunnel, atau potensi non-muslim di msia dengan kesungguhan yang mendalam untuk mencari dan mengetahui tentang Islam.

Lastly, teringat satu perkara my lecturer told us mase amik evangelization and Christian mission, mase tu tgh discuss ttg contextualization @ enculturalization. Kire dalam evangelization, perkara ni sangat berkesan. Mereka menjauhkan umat islam dari islam yang sejahtera, memula dengan cara menjauhkan mereka dari agama, or secularization, lepas tu baru la ditarik masuk ke Xtian. Maknenye, org yg semakin jauh dr agama, though dye lom masuk agama lain, sudah agak2 di ambang bahaya. Antara cara yg berkesan ialah by making the presence of secularism/ Xtianity being felt in the community.

Contohnya, ada satu kampong org islam ni. Ada satu masjid, tetibe derang bina kandang khinzir around d mosque. Though derang tak mencemarkan masjid tu, tapi KEADAAN membuatkan rasa cam lain.

Sama la cam yg ada sekarang, culturalization telah membuatkan org melayu islam sendiri segan nak tutup aurat, rasa pelik kalau yeye je menutup aurat dan meninggikan syiar islam kat khalayak ramai. Rasa pelik je kalau tatau who was the 1st msian idol, atau sape winner AF dll, camtula lebih kurang.

So, sebenarnye untuk mewujudkan masy atau community, apatah lagi negara yang mesra sistem islam, ia bukan kerja sehari dua, atau seorang dua. Tengoklah Rasulullah, strategi dibina dan digerakkan bertahun2. pasak dipacak kukuh demi menjadi asas kepada perkembangan pesat mendatang.

Maka, di sebalik kritikan, mmg ada perkara yg perlu disyukuri di bumi bertuah ini. Contohnya, ada perkara yg tidak sempat dilakukan oleh jemaah duat, tetapi sebanrnye telah dilakukan oleh sektor korporat dan juga kerajaan—sama ada intentionally or not.

bersyukur tidak bermakna sudah berpuas hati 100% dgn keadaan di Msia. Mmg banyak lagi yg perlu diperbaiki dan dianalisis kalau2 ada langkah yg boleh mempercepatkan usaha mengembalikan Islam ke tempatnya semula. Tapi, hakikatnya, sedar atau tak, kita saling memerlukan dan tindakan kita saling memberi kesan antara satu sama lain…besar atau kecil…dekat atau jauh…

so, prinsipnya harus diasaskan atas landasan yang betul. Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah ttg bagaimana berinteraksi dgn muslim berpotensi, tetapi belum menerima hidayah utk menyedari dgn lebih mendalam kewajipan2 muslim, juga bagaimana berinteraksi dengan kafir zimmi yang baik terhadap muslim….

Ternyata ada perkara yang mungkin kita bersetuju dengan seseorang, tetapi bile sampai waktunya, jika ia melanggar benchmark yg digariskan dalam Quran, kita tetap kene tak bersetuju dengannya, begitulah sebaliknya…

Wallahua’lam

~economics was one of my fav subject kat sekolah dulu..mmg minat, tatau lagi bile leh blaja semula dgn lebih mendalam bende ni. Tapi, kalau tanye sekarang, tatau banyak, terhad setakat silibus spm ma! Tu cam 1st time blaja econ bebetol. Pastu dah focus kat bende lain.

1 Comments:

At 1:17 AM, Blogger Maryam said...

ade mase jenguk a hanan2jahid.blogspot.com .. cam akhawat tu... isk.. dpt link kat blog sander... si sander itu pun.. aiyok! hehehe

 

Post a Comment

<< Home