Sunday, July 17, 2005

dialah orang yang berbahagia...

Dr. Yusuf Al-Qardhawi berpesan:

Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah,
Anda hidup untuk pemikiran yang benar dan kukuh,
Untuk aqidah yang terbesar,
Yang menyelesaikan urusan silam yang lampau,

Jawablah soalan yang disoal oleh orang-orang yang tertanya-tanya,
Semasa mereka menghayati petunjuk,
Dari manakah aku datang?
Kemanakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan?
Adakah aku hidup kembali?

Lalu bersinarlah keyakinan dalam jiwa,
Terusir segala keraguan yang nakal dan derhaka,
Terdidiklah fikiran yang waras,
Terciptalah akhlak yang mulia,
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus.

Hidupmu akan dikurniakan nilai,
Oleh Tuhanmu,
Agar hidupmu terbina,
Supaya matamu memandang di segala ufuk,
Ke arah cita-cita yang tinggi dan mulia.

Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat,
Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’.
Kau tudung bumimu dengan langit,
Dan para malaikat menjadi saksi,
Itulah aqidah Islam untuk Muslim yang bahagia,
Itulah asas,
Itulah tiang serinya,
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik dengan namanya,
Dialah orang yang berbahagia..

Yusuf Al-Qardhawi, Majalah al-Tarbiyyah al-ISlamiyah, Tahun ke-6, pg. 278.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home