Tuesday, January 05, 2010

Ahya & Ahna: Fidaa' rindu ^_^



assalmualaikum kakak ahna & kakak ahya,
cuaca kat malaysia these days redup..malam2 kadang2 huja lebat. fidaa' ras sejuk jugak though kat sini tak snow ^_^

kakak ahna & kakak ahya nanti nak balik bawa baby sekali kan? nanti kita main sama2 ye. fidaa' boleh tolong jag baby. hopfully by that time, fidaa' dah boleh lari2.boleh kita main kejar2 atau hide and seek (sorok dalam tudung mama ngan mak long pon oleh kan ^_^)

harapnye by that time jugak, ayah chik dah dapat cari mak chik (baca: zaujah ayah chik ^_^) jadi boleh mak chik main kejar2 dgn kite semua kan. main zus tang boleh jugak!! ajak raiyan sekali. bile dah ramai2, kite boleh join kelas renang berirama abati dan uncle nik. yeay!

nnti kite usrah sama2. kakak ahna bleh jdi naqibah. modul? ala..kita mnta kat kelab aulad.

skrg fidaa' tgh enjoy main dgn pen. fidaa' suka lukis kat kertas. tp kertas kecikla. jadi kreativiti fidaa' tersekat. mama bagi fidaa' belajar lukis kat tangan ngn kaki fidaa' dan jugak tudung mama ^_^ barula kreativiti out of the box! kan!

hehe..ok..fidaa' nak sambung dengar lagu pizza in his pocket by zain bikha. jap lagi naik kereta boleh dengar surah2 pilihan. banyaknye surah! jom kita hafal sama2

ok kakak ahna & kakak ahya. fidaa' nak kene tolong mama buat thesis. jumpa lagi ^_^







Monday, January 04, 2010

bila akal menganggur

akal menganggur? owh!

nampaknye bukan manusia sahaja yang menganggur. lebih teruk dari itu kalau akal manusia yang menganggur itu menganggur.

akal itu ada tugasnya. ada peranan dan tujuan kenapa diciptakan. untuk berfikir dan semoga yang difikirkan itu menambahkan iman.

jadi kalau satu hari kita memutuskan agar akal kita menganggur, atau memutuskan agar akal kita akan di'menganggurkan' secara beransur-ansur, oh malangnya!

kata pak sayid sabiq: "sesungguhnya setiap anggota itu ada tugasnya....Islam menghendaki agar akal itu bergerak dan melepaskan kekangannya, segera bangun dari tidur nyenyaknya, kemudian mengajak untuk mengadakan perenungan dan pemikiran.pekerjaan yang sedemikian itu termasuk inti peribadatan kepada Tuhan."

see! berfikir kalau kene caranya pun bleh dapat pahala. jadi kalau kita menganggurkan akal kita..dapat apa?

kata pak sayid sabiq lagi:"MENGANGGURKAN AKAL dari tugas yang semestinya itu akan MENURUNKAN MANUSIA itu sendiri KE SUATU TARAF YANG LEBIH RENDAH DAN LEBIH HINA DARI TARAF BINATANG..."

keadaan pengangguran akal inilah yang sebenarnya telah membina tembok penghalang besar untuk manusia mengenali hakikat dirinya, jiwanya dan alam semesta ini..yang semua itu sepatutnya mampu membawanya mengenali Penciptanya.

itulah kuncinya!! kita harus bangunkan ummah ini agar menggerakkan akalnya, membangunkan jiwa dan fitrahnya agar 'celik' kepada realiti. mudah bicara dari bekerja. tapi apabila bicara itu diterjemahkan kepada amal, bergandalah pahala.

ayuh!! ingat ini dalam setiap denyut nadimu. masukkan ini dalam setiap misimu!!

bagaimana?? ayuh kita kongsikan bagaimana!
----------------------------------------------
nota kaki: saya baru berbahas tentang apakah perlu tuition [yang kini tumbuh bagai 1000 keturunan cendawan (baca: banyak sangat!!) selepas hujan] direbrand kepada nama yang lebih positive agar lebih membangkitkan akal dan melahirkan manusia rather than robots?

saya rimas bila manusia cuma tahu menghitung A. cuma tahu berlumba anak siapa yang boleh membaca dulu..tak peduli bila anaknya tahu solat dan berda..kenal Penciptanya..rimas sungguh!!

kesimpulan daripada perbahasan dan perbincangan: pusat tuition harus diberi nama yang menjelaskn fungsikan sebagai pusat sokongan pembelajaran.

sekola tetap menjadi pusat pendidikan utama. kalau tak budak2 tak payah pergi sekolah, pergi tuisyen je. jadi dalam kelas fikir boleh main, sebab nanti ada tuisyen kan.

corak pengjaran di pusat tuition juga harus meneguhkan apa yang diperolehi di sekolah. lebih bersifat homework coaching, bukannya mengajar semuanya dari awal. kemudian beri latihan tubi yang bertubi2 sehingga kita semua lupa bahawa kita adalah manusia. bukan robot.

yang mahu dibina dan dibangunkan agar kita dilihat oleh Allah harus dipedulikan. titik

bila fidaa' dan ilham demam


Ya Allah, jadikan mereka asset agamaMu yang taat kepadaMu


bila fidaa' dan ilham demam, inilah jadinya..both kene pakai cool fever ^_^ aiyoo!

----------------------------------------
bila fizikal sakit,
semoga jiwa tetap teguh berzikir pada Pencipta

bila fizikal sakit,
semoga akal tetap mengerjakan tugasnya

kuatkan semangat!!
semoga ujian fizikal ini menambahkan iman