Monday, November 09, 2009

di atas landasan apa anda memberi pendidikan kepada anak anda?

kata sayid sabiq dlm bukunya aqidah islam, pola hidup manusia beriman: "penanaman aqidah adalah saluran terbesar yang paling tepat dalam memperolehi cita-cita pendidikan terbaik"

"teranglah bahawa penanaman aqidah dalam hati dan jiwa adalah setepat2 jalan YANG WAJIB DILALUI untuk menimbulkan unsur-unsur kebaikan....bahkan akan memberi saham terbanyak untuk membekali jiwa sesorang dengan sesuatu yang lebih bermanfaat dan lebih sesuai dengan petunjuk Allah"

atas landasan apa pula anda memberikan pendidikan kepada anak anda?
atas landasan aqidah atau landasan selainnya?

saya percaya metod kepada landasan aqidah ini banyak dalam Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi saya percaya banyak yang belum dikaji dan digali untuk dimanfaatkan buat ummah.

pengkaji2 di Barat telah dengan banyaknya membuat kajian berkaitan Faith development di kalangan kanak2 agar mereka dapat mengkaji cara terbaik membekali anak mereka dengan akidah trinity.

kita telah ada bekalan untuk hidup selamat. yang kita cuma perlu lakukan lagi adalah membaca, menggali, menganalisa untuk mengoptimumkan yang Allah beri. Ali KWJ teguh mempertahankan Rasul ketika peristiwa hijrah sedangkan beliau hanya kanak2 ketika itu, tetapi dengan bekalan aqidah yang kukuh,tindakan yang lahir adalah menakjubkan!

jadi atas landasan apa kalian mendidik anak kalian?
marilah dalam bahtera selamat dengan mengambil aqidah sebagai landasan

doakan saya selesai thesis dengan cemerlang. semoga ummah beroleh manfaat dengan amal kajian tersebut.
---------------------------

hasil sedikit pembacaan kami suami isteri menghasilkan sebuah buku jurnal stimulasi yang sangat praktikal, tetapi memerlukan disiplin yang kuat untuk menjalankannya...beberapa rakan kami yang memperolehi cahayamata telah dihadiahi jurnal ini. semoga telah dimanfaatkan dan akan terus bermanfaat

Sunday, November 01, 2009

Cool School Holiday Program~ Alhamdulillah, yeay!!

layari cutisekolahwow.blogspot.com

*click pada gambar untuk paparan lebih besar
JOM JOM JOM!!!

bila fidaa' demam

bila fidaa' demam
kami terbayang macammane la agaknya mak ayah ummi babah jaga kami waktu kami kecil dulu
sebab bila fidaa' demam
mmg tak dapat nak tidur malam
berapa hari demam
banyak tula tak cukup tidur

bila fidaa' demam
kami bertambah sayang pada fidaa'
kerana unconditional love tidak akan tergugat samada dalam keadaaan susah atau senang




bila fidaa' demam
sebenarnya Allah mengingatkan kami kepada besarnya pengorbanan ibu bapa kami

bila fidaa' demam
sebenarnya Allah nak ingatkan kami
yang fidaa' milik Allah
pinjaman dari Allah
biarpun kesakitan melahirkannya suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan
suatu hari Allah akan mengambilnya semula



jadi bila fidaa' demam
aqidah kita mesti kukuh teguh
mesti kendalikan dengan baik khauf dan raja'
hanya kepada Allah kita bergantung
berharap
berdoa
dan selalu taat



bila fidaa' demam
semoga ia menjadikan kami semua hamba Allah yang lebih taat kepadaNya

----------------------------
**gambar2 di atas adalah gambar 7 hari pertama fidaa' di dunia

alhamdulillah fidaa' dah berusia 1 tahun 10 hari. sekejap je kan masa berlalu. gigi dh 8 batang. 4 atas 4 bawah. mcm2 fidaa' dh cakap.

aba for abati
mama for mama
akit for sakit
ba-teng for button
bo for ball

pandai tata, salam orang, angkat tangan tinggi2 kalau kita cakap "siapa nama fidaa'" atau "siapa soleh..." dan yang sewaktu dengannya

dh berdiri pegang2 sambil jalan...berlatih lagitu..insyaAllah tak lama lagi boleh berdiri sendiri dan jalan

his passion? duk dalam kereta, berdiri tempat driver, specifically kat stereng, picit signal, lampu, air, sume lah..haha
lagi dengar lagu mars pks guna hp abati
tok mama fidaa' kata fidaa' ni ada musical intelligence, bile dengar rentak lagu fidaa' akan gerak ikut rentak yang didengar..
suka tengok youtube~type: nasyid kanak-kanak atau cerita dan lagu anak islam

semoga fidaa' menjadi hamba Allah yang taat, sepenuh jiwanya dan sepanjang hayatnya

cadangan untuk hospital yang ingin mesra wanita Muslim

....jua cadangan untuk sesiapa yang ingin membuat aktiviti ziarah hospital khususnya kepada pesakit wanita

1. beritahu tentang aurat dan bantu mereka menutup aurat, kadang2 pakaian hospital mmg tak membantu untuk menutup aurat. tapi kali ke2 saya masuk wad, saya dapat lebih ramai pesakit wanita yang pakai tudung. mmg sebuah perjuangan sebab kadang2 malam2 time tidur pun tak pasti boleh buka tudung atau tak. bayangkan orang yang duduk lama kat wad!

2. selain memberikan maklumat tentang bagaimana solat ketika sakit, berikan juga maklumat secara ringkas dan mudah difahami tentang darah wanita dan bila masih perlu solat dan bila sudah tidak perlu.

sebelum ke hospital, alhamdulillah saya telah menyemak 2 buku berkaitan darah wanita. alhamdulillah buat bekalan untuk teguh solat walaupun tengah bleeding..dan walaupun hingga ada nurse datang ke katil dan menyatakan pendapatnya bahawa beliau merasakan saya tidak perlu solat kerana sedang bleeding. dengan sedaya upaya saya memaklumkan apa yang saya baca adalah selagi bayi belum keluar secara keseluruhannya, selagi itu saya perlu bersolat.

---------------------------

pengalaman bersolat dengan mengangkut botol air yang disambung ke tangan. huhu