Monday, September 29, 2008

38weeks old

dear blog,
alhamdulillah baby is 38weeks old today. dah 9 bulan 2 minggu. menunggu hari, detik dan waktunya. menunggu ketetapan Allah yang telah tercatat di luh mahfuz. menunggu dan bersedia untuk menggalas amanah baru yang pasti sarat dengan cabaran dan jua hikmah untuk direnungi.

damailah duhai hati, tenanglah menanti, sesungguhnya ingatlah selalu ia memang sebuah perjuangan dan jihad, kerana itu ketika saatnya tiba, jadilah diriku ibu yang tabah dan kuat....

alhamdulillah dan insyaAllah berkesempatan berpuasa penuh tahun ini. still remember few days before ramadhan, prof za cakap, its up to me to decide, nak puasa atau tak, dengan keadaan baby yang tak menentu, i decided untuk puasa jugak. alhamdulillah menjelang akhir..Allah masih kurniakan kekuatan..

dear baby, bersaksilah, mama telah bacakan the whole qurĂ¡n untuk baby, semoga ia tertanam di jiwa dan terserlah dalam seluruh hidupmu, bersaksilah kita telah sama dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk teguh berdiri, mengoptima kekuatan yang masih berbaki untuk sama2 merasai nikmatnya ramadhan kali ini, bersaksilah bahawa kita telah berusaha sehabis baik untuk menjadi sekuat wanita di zaman Rasul yang walaupun sedang hamil, tetap ingin bersama dalam barisan yang terkehadapan..

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunkan dosa2ku..damaikan hati ini, kurniakan kekuatan untuk teruskan hidup dan berbakti, kurniakan kekuatan kepada kami untuk meneruskan perjuangan mencari redhaMu, sepenuh jiwa dan sepanjang hayat kami