Tuesday, April 17, 2007

bagaimana?

jauh sebelum periksa, makcik noriah menghubungi saya. minta menulis untuk jendela hikmah. u. saya sudah lama tidak menulis! tapi saya terima, tidak mahu menghampakan.

sebetulnya saya diminta menulis tentang "Pembentukan Remaja Beradab", tapi kata makcik, boleh juga kalau mahu menulis tentang penghayatan sirah di kalangan remaja. alhamdulillah semalam, setelah bergolek mencari idea yang hilang, saya sempat send emel kepada makcik endok (time kasih mr pres, time kasih alak!)

saya tak pasti, saya rasa saya mampu tulis lebih baik. -_-

ambillah yang mana baik..

Bagaimana Akhirnya Saya Menghargai Sirah Rasulullah

Oleh: penulis

“Barangsiapa yang tidak mengetahui sejarahnya, dia tidak mengenal asal usulnya dan dia tidak menemui jati dirinya”. Penulis pernah mendengar kata-kata ini ketika penulis menghadiri slot ‘Islam di Nusantara’. Cukup menarik! Persoalannya kini, sampai ke garis mana sejarah kita? Adakah sejarah kita bermula sekadar dari kelahiran kita ke dunia? Tentu tidak. Kalau ya, tentu sungguh singkat sejarah kita untuk dikaitkan dengan erti jati diri yang sebenar.

Sejarah kita yang dimaksudkan dengan kata-kata tersebut tentu merangkumi sejarah dari awal kewujudan manusia. Mengapa? Kerana jati diri manusia yang tulen tidak dapat difahami melainkan dengan menghayati sebab kewujudan manusia di muka bumi ini. Justeru, penghayatan sejarah manusia yang diceritakan oleh Pencipta manusia adalah amat penting untuk melahirkan manusia yang mengenal jati dirinya.

Dalam rantaian sejarah kehidupan manusia yang panjang, ada satu persamaan sepanjang zaman. Keesaan kepada Allah. Ya. Itulah garis lurus, putih dan bersih yang menjadi penyambung perjuangan dari manusia pertama hingga kini. Di sepanjang garis itu pula, ada sebuah fasa yang cukup menyerlah dari fasa-fasa yang lain. Itulah fasa perjalanan hidup insan agung sepanjang zaman; Muhammad Rasulullah s.a.w.

Persoalannya, berapa jauh jarak remaja kita dengan sirah Rasulullah s.a.w? Apakah dekat rapat sehingga hampir berada di bawah bayangan sirah baginda atau jauh panggang dari api? Jawapan kepada persoalan ini bisa kita temui sendiri tatkala melihat realiti remaja masa kini.

Ironisnya, penulis tidak begitu meminati matapelajaran sejarah ketika di sekolah, tetapi kecintaan terhadap matapelajaran sejarah mula mekar setelah tamat sekolah apabila penulis menemui kaitan sejarah melayu dengan sirah Rasulullah s.a.w. Sirah dan sejarah, kedua-duanya akhirnya dicintai sepenuh hati. Bagaimana akhirnya penulis menghargai sirah dan seterusnya sejarah tanah air? Banyak wasilah yang boleh digunakan untuk mengajak para remaja menghayati dan menghargai sirah Rasulullah dalam kehidupan.

Pertama, remaja harus dididik agar memahami kepentingan sirah Rasulullah dalam kehidupan seharian mereka. Remaja hari ini cerdik dan pintar. Mereka mendapat pendedahan dan maklumat daripada pelbagai sumber. Maka, tidak cukup sekadar kita mengatakan, “Sirah ini penting kerana Rasulullah itu Rasul yang terakhir” atau “Sirah penting untuk dihayati kerana Allah mengatakan begitu”.

Kebenaran kata-kata tersebut memang jelas. Namun, mengapa remaja tidak diberikan sebab yang lebih dekat dengan hati mereka, lebih-lebih lagi bagi remaja yang tidak pernah berpeluang mempelajari sirah tersebut apatah lagi untuk mengaitkannya dengan tujuan sebenar hidup mereka.

Justeru, didiklah remaja agar memahami dengan hati apakah kaitan penghayatan sirah dengan kelangsungan hidup mereka terutamanya sebagai remaja? Apakah pula kepentingan mereka menghargai sirah demi menjayakan misi hakiki hidup ini? Ternyata, hanya keyakinan yang jelas terhadap kepentingan penghayatan sirah ini bisa menumbuhkan kecintaan dan usaha dari dalam diri mereka sendiri untuk terus mencari dan menghayati sirah agung sepanjang hayat mereka.

Kedua, cara dan gaya mendidik remaja menghayati sirah harus bersesuaian dengan jiwa mereka. Bukanlah perlu keanak-anakan, tetapi perlu menarik. Bukanlah perlu terlalu kedewasaan, tetapi perlu mematangkan remaja dan melatih mereka berfikir sebagai manusia yang bertanggungjawab memikul amanah yang telah Rasulullah tinggalkan kepada kita setelah kewafatan baginda.

Dewasa ini, berapa banyakkah permainan beruunsurkan pendidikan dalam pasaran (sama ada dalam bentuk video atau kad dan sebagainya) yang dihasilkan untuk mengajak remaja menghayati sirah? Berapa banyakkan komik dan filem animasi dalam pasaran yang menceritakan tentang kehebatan perjuangan dan perjalanan hidup Rasulullah daripada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan sehinggalah beliau wafat?

Minda yang kreatif amat diperlukan demi menghasilkan produk-produk seperti ini yang menepati syara’, mudah diperolehi, dijual dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Malah, usaha penerbitan filem animasi seperti ‘Muhammad Utusan Terakhir’ perlu terus didokong dan disokong. Ternyata, usaha-usaha ini sebuah keperluan demi mengembalikan jati diri remaja yang unggul.

Ketiga, Rasulullah harus ditonjolkan sebagai tokoh di zaman remaja baginda. Bukankah baginda telah dilatih ketokohannya dalam bidang perniagaan profesional sejak berumur 12 tahun ketika baginda ke Syam bersama pakcik baginda, Abu Talib? Bukankah telah menyerlah ketokohan baginda sebagai ahli perniagaan remaja yang pintar membina strategi perniagaan berlandaskan nilai murni dan kejujuran?

Bukankah ketika zaman remaja, baginda dihormati oleh tua dan muda dan dikenali ketokohannya kerana akhlak baginda yang agung? Bukankah beliau tokoh remaja yang kehadirannya dinanti-nanti dan selalu menggembirakan? Bukankah beliau tokoh remaja yang kata-katanya dipercayai tua dan muda?

Selain Rasulullah sendiri, sirah juga telah menampilkan ramai tokoh remaja lain yang gemilang hasil didikan Rasulullah. Siapa yang tidak kenal ketokohan Tariq bin Ziyad, Abdullah bin Abu Bakr, Usamah bin Zaid, Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Fatimah binti Muhammad, Aisyah binti Abu Bakr, Asma binti Abu Bakar, dan ramai lagi tokoh remaja yang menonjol kewibawaannya dalam masyarakat.

Keempat, perjalanan sirah akan lebih mengesani hati jika pengajarannya dihayati. Remaja akan berasa dekat dengan sirah apabila mereka ditunjukkan dengan pesanan-pesanan penting yang tersirat di sebalik fakta. Bukan hafalan tarikh atau nama yang terlalu ingin ditekankan sehingga menjadi ukuran kefahaman terhadap sirah, tetapi kesannya kepada jiwa. Remaja yang mendapati sirah bisa mengetuk jiwanya yang gersang, akan mampu melihat pola sejarah manusia yang berulang lantas mengambil pengajaran daripadanya agar bisa mencipta sejarah yang lebih gemilang atau mengelakkan daripada terjatuh ke lubang kesilapan yang sama.

Penulis yakin ada usaha-usaha mendekati remaja demi mengajak mereka menghayati sirah Rasulullah. Tetapi usaha tersebut belum menjalar dan melebar ke segenap masyarakat. Tanggungjawab siapakah ini? Inilah tanggungjawab kita yang perlu dipikul dan disedari bersama, demi kepentingan bersama. Siapa lagi kalau bukan kita? Bila lagi kalau bukan sekarang?

kembalilah

There is no thrill in easy sailing when skies are clear and blue,
There is no joy in merely doing things which any man can do.
But there is some satisfaction that is mighty sweet to take,
When you reach a destination that you thoght you would never make.

saya suka mencabar diri melakukan lebih dr apa yang saya mampu.
saya pernah habiskan latihan matematik jauh sebelum cikgu memberikan arahan
saya pernah mencabar diri untuk melangkah ke pringkatt kebangsaan
saya pernah mencabar diri untuk menyempurnakan projek besar walau ditinggalkan project manager tiba-tiba
saya pernah mencabar diri menghafal kalamNya, menghabiskan pengajian 2 tahun lebih awal dan mendapatkan 1st class dalam pengajian dan juga kerja dakwah
saya pernah mencabar diri membawa 26 anak buah, bekerja dan belajar sarjana dengan maximum kredit


itu dulu. kini, saya kurang semangat itu. saya berjalan selamba. saya usaha. saya terima.

kasihan kamu MJ! ini bukan kamu. kamu yang saya kenal bersemangat tinggi! lupakah kamu pada Maryam Al-Muqaddasah? lupakah kamu pada Maryam bint Imran? wanita tabah yang dimuliakan Tuhan kerana ketaatannya!!

waktu kecil...

ada satu malam saya berpeluang menonton cerite tentang mr deeds yang sungguh baik hati. kemudian kisah hidup benar tentang seorang pemain besball yang unggul.

the other side of me. saya ada impian yang sungguh dalam. sejak kecil saya memang sukakan arts. saya bersama teman-teman bangsa cina belajar mewarna pelbagai teknik dan gaya. saya merantau ke pertandingan-pertandingan melukis dan mewarna. saya banyak dianugerahkan rezeki dan pengalaman di sana. sam ada dalam pertandingan yang sepenuhnya berbahasa mandarin atau english. (mmg sukar apabila yang anda fahami hanya nama anda!! yang lain semuanya anda tak faham. lebih-lebih lagi, bila anda tidak bisa memahami bilakah masa tamatnya pertandingan.huhu)

itu kenangan musim lalu. yang kemudian telah saya tinggalkan cukup jauh di belakang, tapi hakikatnya masih dekat rapat erat dalam jiwa. skill banyak yang sudah berkarat. paling tinggi saya kira apabila dianugerahkan silver award dalam japan international children arts competition. sijilnya masih ada. dalam bahasa jepun. sekali lagi. yang saya faham, hanya nama saya. hu

ya. itulah kenangan musim lalu. makin dewasa, impian masih ada. tapi keadaan belum mengizinkan. saya pernah kata, saya berhasrat melahirkan industri komik muslim. saya kira ada insan yang sudah memulakan fardhu kifayah ini hari ini. kemudian saya kata saya mahu membina Muslim craft. saya mahu produce islamic wrapping paper saya sendiri.

kini, saya baru ada buku kecil. saya tahu impian saya itu tidak mustahil. ia impian yang sangat dalam. walau sekarang sangat jauh dari apa yang saya sedang lakukan. saya pelajar bidang perbandingan agama. ya saya menulis. tapi jauh sekali dari menulis tentang islamic craft. saya lebih banyak menulis tentang mengurus manusia. jauh juga dari bidang sarjana saya kini--ya, perbandingan agama juga. tapi yang jelas, impian waktu kecil saya kekadang tertonjol jua dalam assignment saya.

kira2 2 atau 3 tahun selepas saya membentangkan assignment saya untuk subjek Evangelization & Christian Mission. tulisan sekitar topic contextualization strategy bertajuk "Marketing the Faith" menerusi komik ternyata menyumbang satu lagi A kepada sejarah undergrad saya. dan tahun ini setelah bertahun saya meninggalkan saat itu, saya didatangi the same lecturer hanya bertanyakan, "sister, bila awak nak buat apa yang awak present dulu? saya risaukan anak2 saya. bahan bacaan dan tontotan untuk kanak-kanak dan remaja sekarang amat menyesakkan nafas"

terkedu

bila?

mr deeds kata--setiap orang ada impian masa kecilnya, dan hanya sebilangan kecil yang bisa merealisasikannya. yet, impian itu masih ada jauh dalam diri kita dan ia impian yang mengukir senyuman di bibir kerana ia benar2 impian kita.

kata ayah pemain besball--sudah tiba masanya untuk kita tinggalkan apa yang kita mahu lakukan untuk kita sempurnakan apa yang patut kita lakukan

apa yang kita mahu tidak semestinya apa yang patut kita lakukan. dalam keadaan kini, saya kira, saya perlu utamakan apa saya patut lakukan. kalau ada peluang dan keadaan telah stabil, saya akan kejar impian waktu kecil saya. kali ini bukan untuk diri sendiri. kini saya faham, ia boleh dikejar jika ia adalah untuk kepentingan ummah.

hidup ini cukup singkat. rugi kalau kita hanya beramal untuk kepentingan diri. walhal dalam masa yang singkat ini, kita bisa melakukan amal yang memanfaatkan ummah dan juga diri. waktunya sama. amalnya beza. tiada siapa yang mendapat lebih atau kurang dari 24 jam.

be a history maker and a worlld shaker!!!

"Be a history maker and a world shaker."

Go where you have never gone before.

When you climb the tallest tree, you capture the best fruit.

"Is life so wretched? Is it rather your hands which are too small, your vision which is muddled? You are the one who must grow up."

biar ada ruang lagi

kemudian saya jalan-jalan lagi, bertemu dengan karya ju di blognya. nampaknya ju mmg rajin j
uga blogging. rajinlah daripada inspirasi kembara. blognya penuh kata-kata inspirasi. dan ada yang aku perlukan di saat ini.

"When a man has put a limit on what he will do,he has put a limit on what he can do." Life is too short to think small. Most people could do more than they think they can, but they usually do less than they think they can. You never know what you cannot do until you try."Never tell a young person that something cannot be done. God may have been waiting for centuries for somebody ignorant enough of the impossible to do that thing."

If you devalue your dreams, no one else will raise the price. You will find that great leaders are rarely "realistic" by other people's standards. The answer to your future lies outside the confines that you have right now.

^-^ bukan mudah menerima sesuatu yang kalau boleh tidak ingin kita dengar. untuk itu, selalulah sediakan minda bahawa anda akan mendengar sesuatu yang tidak ingin anda dengari. dengan itu anda akan lebih bersedia. sekurang-kurangnya, saat ini, kita tidak akan menolak bulat-bulat idea yang bertentangan, selepas duduk bertenang, barangkali idea itu akan ditilik semula dari sudut pandang berbeza dan ternyata akan kita temui cahaya di dalamnya. who knows!

Rasulullah pesan padaku dan pada kita semua supaya treat org lain dengan apa yang kita sukai untuk diri kita sendiri. belajarlah wahai diriku! belajar menghargai pandangan lain, dengan sepenuh hati!! kerana katamu sebagai manusia yang lemah, engkau tidak suka pandanganmu ditolak bulat-bulat.

ternyata benar! anak kecil yang dididik dengan kritikan yang tidak membina akan melahirkan org dewasa yang rendah harga dan keyakinan diri. dan perjuangannya untuk keluar dari gua kelam itu sukar dan lelah. kasihan.

aku?aku mohon permisi. aku rindu kembara. kembara jiwa hati nurani. kembara penuh inspirasi. cukup diri sendiri dan Tuhan yang kucintai sepenuh hati. tidak perlu sesiapa lagi. biar ada ruang lagi. mencari erti.

memang aku yang pinta
agar aku bisa hanya cinta sepenuhnya pada Pencipta
hanya
ya..
hanya pada Pencipta

semoga kita bisa berkawan sampai ke dalam syurga

kepada kawan
semoga tenang di sana

kepada kawan
minta maaf kerana lewat

kepada kawan
minta maaf
minta maaf
minta maaf T-T

kepada kawan-kawan,
terima kasih
terima kasih sangat-sangat
kerana memahami

terima kasih sangat-sangat
kerana ada di sisi
waktu hujan duri
waktu terik mentari

semoga kita bisa berkawan sampai ke dalam syurga
ya Allah
perkenankanlah!
T-T


-_-
hm..

kalau inilah jalan yang harus kutempuh

tidak perlu teruskan membaca entry ini jika anda sedang mencari fakta dan buah fikir baru tentang isu semasa. catatan ini sekadar catatan tentang salah satu fasa kehidupan. tentang manusia yang memang manusia. kadang-kadang berada di atas kadang-kadang berada di bawah, berusaha semahunya untuk tidak jatuh terus hingga tidak bisa bangkit lagi

tidak perlu teruskan membaca entry ini, ia kata-kata yang disimpul simpul, agak sukar untuk difahami maksudnya barangkali. bukanlah sehebat puisi sasterawan negara, sekadar kata-kata yang berlapik dan berlapis-lapis, tidak terus dan lurus.

kalau anda masih berdegil untuk ambil yang baik dan jauhkan yang keruh, silakan

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka


2 bulan 17 hari. tempoh yang cukup lama sehingga menyebabkan blog ini berhabuk tebal. setebal 3 inci. owh tidak. walaupun saya tidak memasukkan aksesori atau bunga baru, saya sapu blog ni hari-hari.

banyak sebenarnya yang mahu ditumpahkan di blog ini. cuma kerana sumber yang terhad, kita perlu memutuskan untuk menggunakan sumber yang terhad itu untuk perkara yang paling utama di antara yang utama.

2 bulan 17 hari--tempoh yang cukup lama untuk saya berjalan mengembara mencari inspirasi. memang. memang 2 bulan setengah ini banyak yang kusut. sampai kini masih kusut. setelah lebih 10 tahun saya tidak didatangi lelah, kini saya kerap diserang lelah serta merta tatkala saya stress. Allahuakbar. alhamdulillah. dan kerana saya paling tidak suka ubat, saya percaya kepada antibodi sendiri waalau harus tunggu hampir sebulan untuk setiap serangan pulih sepenuhnya.

pedulikan

semalam saya perolehi banyak inspirasi. thank u Allah! thank u sooo much. seperti manusia biasa, saya rasa lebih dekat denganNya bila saya menangis. tidak kira menangis dalam tawa atau duka. ya, semoga kita selalu dekat denganNya dalam tawa atau duka.

saya singgah ke blog sya z, kawan-saya-bakal-doktor yang selalu dikagumi penulisannya. dan saya menjumpai lirik lagu atas nama cinta UNIC


Atas Nama Cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

usah ditanya apa ertinya lirik ini kepada saya. yang penting ia penuh makna. ATAS NAMA CINTA. pernah anda baca karya Isa Kamari--judulnya Atas nama cinta juga. tapi ceritanya lebih penuh makna dari cerita saya (ia? ^_^) ya. saya kirra begitulah. Atas nama cinta karya IK adalah kisah benar tentang saudara seaqidah saya Natrah. kisah duka luka perjuangan menyelamatkan aqidah. saya tidak pasti apakah Natrah masih hidup atau tidak. hidup sebagai Natrah atau Maria? Allah yang Maha Tahu dan Lebih Tahu. Tapi saya mendoakan semoga Natrah tetap Natrah, hamba Allah yang beriman kepadaNya dengan sepenuh jiwa raganya.

saya juga berjuang untuk mengukuhkan aqidah. Allah Maha Tahu dan Allah Lebih Tahu. Ya Allah, ku yakini ketetapanMu, akan kugenggam erat rapat janjiku sampai ke dalam pintu hati, kalau inilah jalan yang harus kutempuh demi mendakap redhaMu, aku redha, aku dengar, aku tunduk dan aku patuh. cuma aku mohon, berikan kekuatan untuk aku menggalas beratnya anugerah ini. Ya. benar kata dijah, memang ini doaku yang dimakbulkan. biarpun ia pinta hasrat yang dikabulkan, ironisnya ia mengundang gusar di jiwa, sakit perit yang tak terkata. bukan aku seorang yang terluka. nun jauh di sana dan di sini, ada juga yang terhiris sama. minta maaf. perjalanan ini bukan milik kita sepenuhnya. hidup ini penuh dengan pilihan. kadang-kadang kita tidak bisa jelaskan sepenuhnya mengapa yang dipilih itu menjadi pilihan akhirnya. biar ia rahsia antara kita dengan Allah. kalau Allah mahu, rahsia ini akan terbuka di akhirat nanti. kalau tidak, biar ia terus menjadi rahsia yang semoga dengan beratnya menanggung kerahsiaan ini ada barakah dan redhaMu menanti.

kalau kita mengharapkan redha seluruh manusia, itu mustahil. amat mustahil. pasti ada yang suka pasti ada tidak. jadi harapkanlah hanya redha Allah. bukankah redha Allah itu jauh lebih bernilai dari redha manusia dan ia langsung tidak mustahil untuk diperolehi jika kamu benar-benar mahukannya!

benar! memang aku yang pinta, tapi tak kusangka ia seberat ini. semusim yang berlalu, bengkaknya masih ada. inilah ujiannya. tak perlu tertunggu-tunggu bilakan datang manisnya. bukalah mata, lapangkan jiwa dan rasakan manisnya sebuah kepahitan!!

ke mana?

ke mana inspirasi kembara hilang? tidak ke mana2, cume saya beralih arah sekejap. mewujudkan blog baru untuk diri sendiri -_- agar saya bisa keluar dari "kepompong tidak ke mana-mana" untuk saya berlari ke mana saja redha Allah ada

monday feb 12

T-T terima kasih ya Allah..
terima kasih..syukur hanya padaMU
atas anugerah dan kasihMU yang tak putus-putus
sungguh hamba yakin
bahawa orang-orang yang berkorban di jalanMU
tidak akan disia-siakan