Thursday, February 01, 2007

kembara mencari kekuatan 1

Bismillahirrahmanirrahim

Hidupmu sementara
Takkan bererti tanpa kau isi
Ibadah padaNya

kau milikNya...kau milikNya
serahkan hidup dan matimu kepadaNya
kau milikNya...kau milikNya
tiada tempat untuk kembali selain padaNya

sahabat
sejenak kita berhenti
untuk berfikir
bahawa sesungguhnya segala yang ada di dunia ini
adalah milik Allah semata
semuanya akan kembali kepadaNya
tak terkecuali diri kita

-sebahagian lirik lagi ”kau milikNya” dendangan kumpulan Alveoli di Festival Nasyid Indonesia

semoga kembara ini mengembalikan kekuatan cinta dan taat kami padaMu
semoga kembara ini meneguhkan iman menguatkan taqwa
semoga kembara ini membawa kami kepada akar kehidupan ini
agar kami sedar letak duduk kami
di bumiMu
di langitMu
di tanahMu
di lautan kasihMu


SEBUAH CATATAN KEMBARA PENUH INSPIRASI
buat diri sendiri ^_^ -_-)
MISI PEDULI MANGSA BANJIR 2007
”GENERASI MUDA KITA PEDULI!!”
21-23 JANUARI 2007
JOHOR DARUL TAKZIM




Dalam gusar dan kelibutnya kelam dasar hati
Aku mencari kembara penuh inspirasi
Aku mencari kekuatan dalam diri
Aku mencari sebuah makna penuh erti
Diri harus kuat lagi
Kerana perjalanan masih panjang
Diri harus tabah lagi
Kerana perjuangan masih belum selesai

sungguh kembara ini perlu dicatat ditulis
kerana keyakinan kepada kepastian mati
dan amal jariah yang boleh dibawa pergi



19-01-07 JUMAAT Lorh..dah cuti ke??
sehari sebelum tahun baru. Ramai betul orang di stesen bas. Ape kene dengan hari ni? Tetibe ramai orang balik! Pelik! Hoho.betapa sibuk melayari kehidupan di jalan ini! Sampai lupa esok bermulalah cuti mid-sem! Aduuh! Memamng betul2 lupa! Mana tidaknya, malam ini kami akan menyertai adik2 bakal graduan MH-I yang akan menamatkan pengajian mereka di sekolah hidup madrasatul Hayah Islah; graduan pertama MH-i!! Allahuakbar!! Esok awal2 pagi pula kami akan menyertai battalion graduan di KGN.

Sedang asyik bersarapan dengan adik seusrah-Khadijah Azman, kami yang sememangnya sedang bengong dan pening dengan musim exam etc dengan tak semena-menanya bersepakat untuk menyertai misi membantu mangsa banjir. Terus diketik nombor manihah (sepupu usrah) dan anak usrah—nihlah johari, harap-harap dapat bermu’ayasyah lebih dan ‘berusrah dengan nihlah dan manihah menggunakan method jaulah’. Lebih-lebih lagi, antara modul 6 ialah modul dakwah dan empati dengan masyarakat—sungguh tepat pada masanya! Serampang 5 mata! Merawat kesakitan jiwa, mencari ketabahan yang hilang, melatih anak usrah dengan praktikal dakwah di medan, meluaskan networking dan sentuhan dakwah tanpa paksaan kepada masyarakat, serta melatih diri dengan kemahiran misi kemanusiaan. Sungguh!! Hakikatnya kembara kali ini bukan semata-mata bantuan untuk mangsa banjir, tapi bantuan untuk diri sendiri! Demi sebuah janji yang pasti, perjalanan ini tidak boleh berhenti! Biar tersungkur, jatuh dan berdarah sekalipun, perjalanan ini harus diteruskan!


21-01-07 AHAD Berehat dengan cara menukar kerja!
Kata ustaz Alias, tidak ada rehat dalam dakwah, yang ada hanyalah ‘berehat dengan cara menukar kerja’. Kata ustaz haniff, “bukan rakan seperjuangan yang sebenar, jika kita membiarkan saudara bersendirian di jalan dakwah sedangkan kita berehat di rumah. Bukan rakan seperjuangan yang sebenar, jika kita tidak merasa bersalah untuk datang lewat dan pulang awal sehingga saudara kita harus memikul kerja yang lebih dari kita untuk menyempurnakan sesuatu urusan. Bukan rakan seperjuangan yang sebenar jika kita sentiasa menolak kerja kepada saudara kita sehingga kerja kita menjadi kerja dia dan kerja dia kekal menjadi kerja dia”. Wahai diri, ketahuilah! Aku mahu menjadi rakan seperjuangan yang sebenar! Kerana itu aku harus kuat dan tabah untuk terus istiqomah!

Dalam diari hidup ini, kembara memang selalu penuh inspirasi. Diri ini banyak dibesar-kembangkan dengan inspirasi dan tarbiyyah dari kembara di bumi Ilahi. Diri ini banyak diajar tunduk mencium bumi dan kagum melihat langit dari kesan tarbiyyah sebuah kembara. Tarbiyyah sebuah kembara memang banyak membuat hati menangis! Untuk itu, perjalanan melihat orang yang lebih susah dan teruk diuji dari kita selalu menjadi pilihan apabila diri rasa lemah tak berdaya.




8.00malam
Taklimat dari Chief de Mission
Doa untuk para pejuang

8.30malam
kembara para pejuang bermula! Allahuakbar!!
Iringan nasyid-nasyid perjuangan yang pernah popular sewaktu zaman remaja. Penuh makna dan membasahi jiwa. Nasyid-nasyid dulu memang evergreen!


22-01-07 ISNIN Aja aja fighting!! ^_^
1.05pagi
Tiba di Parit Kemang, Senggarang
Indahnya berada di kampung!! Jauh dari hutan kaca dan batu yang menyesakkan!! Kampong memang selalu mendamaikan!!

5.30pagi Solat Fajr

7.00pagi
Sarapan
(Jazaakumullah kepada Pakcik Kasman, Makcik Hasnah dan kak mimah kerana menyediakan bekalan untuk para pejuang kembara ini. Sungguh enak!)

8.00pagi
Ketibaan pejuang-pejuang di kalangan ikhwah
Taklimat untuk hari 1
Kultum membasahi jiwa

Kami dimaklumkan ikhwah SAFF-Perdaus yang sepatutnya menyertai kami tidak dapat turut serta di saat akhir. Kata Presiden SAFF, “Kita dah nak pergi.. dah standby with our ful packs! skali last minute driver kita kena kerja, n none of us can drive.. n so it was too late.. sayangnya...”. Asalnya kami sungguh berharap dapat menimba ilmu dari akh hafiz yang pernah ke Aceh, Sri lanka dan bermacam misi kemanusiaan sebelum ini. Tetapi perancangan Allah Yang Maha Bijaksana mengatasi segalanya. Tentu ada hikmahnya ^_^


9.00pagi
ke majlis daerah Yong Peng
ke Pusat Bantuan Banjir, Sek. Keb Sri Bertam


MEMASAK a.k.a MU’AYASYAH!!
Memang adat pejuang kene bersedia to expect the unexpected! Benar kata akh turmizi! Semasa membuat keputusan untuk menyertai misi ini, yang terbayang memang membantu membasuh rumah-meladeni kanak-kanak, remaja dan wanita-serta memberi bantuan kewangan dan barangan kepada mangsa banjir. Tidak terfikir langsung tentang memasak! (-_- memang belum berkesempatan baca dengan teliti report ahli misi DERU sebelum ni, patutla tak alert!huhu) Ternyata, MEMASAKlah tugas pertama yang diserahkan kepada kami sebaik sahaja sign in di pejabat pengurusan mangsa banjir Sek Keb Sri Bertam.

Yeeeha~seperti mana datangnya para pedagang Islam ke tanah melayu adalah untuk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Raja sekalian alam, begitulah datangnya kami ke bumi Johor bukan semata untuk menghantar bantuan material. Ada kerja BESAR untuk perubahan BESAR!!

Sambil menyiang ikan, memotong sayur, menghiris bawang etc, hati harus berkomunikasi hingga ke hati. Para mad’u harus dikenali latar belakang dan keadaannya. Memang menguji skill para pejuang. Memasak kali ini tak seperti memasak di rumah. Pisau memang tidak cukup untuk memotong. Kalau adapun pastinya hak peribadi mana-mana mangsa banjir. Kehilangan barang2 dapur persendirian sedikit sebanyak menyebabkan ’security separa ketat’ dibuat untuk mengelakkan kehilangan. Akhirnya kami diberi pisau lipat! Tak mengapa. Hati gembira dapat meringankan beban saudara. Sungguh terharu melihat kesungguhan para pejuang yang lain berusaha dalam penuh senyuman dan semangat untuk menyediakan hidangan makan tengahari lebih cepat dari yang selalunya






membantu anggota SMART memunggah barang untuk memasak. Apa tu SMART???? -_- memang malu bertanyakan soalan sebegini pada anggota SMART—hu, tanda mahasiswa tidak banyak membaca! Tapi demi ilmu, harus ditanyakan jua, biar malu sekarang!! ^__^.

**FAKTA—anggota SMART hanya terdiri dari kalangan lelaki.




Mula kerja merewang di lautan anak-anak sekolah. Bermu’ayasyah mempraktikkan teori dakwah yang dipelajari. Hakikat ramainya 400 orang mangsa yang menginap di sini hanya terzahir tatkala hidangan selesai disediakan. Waaaah~barula nampak raaaamainya 400 orang tu!



siang ikan tau! (jangan siang jari!! perjuangan panjang lagi ni!!)







HANYA dengan SATU blender, sebesen besar cili2 ni perlu dikisar!! Huhu..mmg sampai nak meletup dibuatnya mesin tu. Kira2, dengan intensive training kali ni, dah mahir betul abang2 blender dengan segala macam petua yang dikongsi makcik2 di sini.

IKLAN—Tempahan tenaga mahir abang2 blender yang ikhlas dan ihsan untuk mana-mana kenduri kahwin. Sila hubungi 015-5100155 ^_^




hijaunya!! Setenang hijau warna hati kami, setenang warna syukur kami padaMu!!


chef cilik mendapat training dari awal!! Intan ^_^ yang comel sedang direkrut oleh kak nina—bakal pelapis chef2 yang memasak dan melayani dari hati, demi menghasilkan masakan enak menyentuh naluri, membasahi bumi hati, bahawa seluruh diri hanya milik Ilahi


waaaah!!!
Nota: ini bukan sungai tempat menahan jala. Ini adalah taman permainan di belakang masjid daerah yong peng. Taman permainan untuk kanak-kanak yang bertukar menjadi swimming pool dan tempat menangkap ikan bagi kanak2 yang tidak mengerti bahayanya berbuat demikian!!


kepada bakal relawan DERU—kalau berpeluang memasak untuk mangsa banjir, jangan lupa makan sedulang dengan mereka. Sungguh terharu melihat para pejuang makan sedulang dengan adik2 sekolah menengah yang sudah tidak lagi mahu bersekolah (antara aktiviti mereka di tengahari: baring-baring dan menghisap rokok merenung masa depan). Siapapun mereka, pasti ada teladan kisah dari sekolah kehidupan yang boleh dikongsi dan diceritakan. Siapapun mereka, semuanya adalah potential mad’u, semuanya berhak mendapat sentuhan rahmat Islam!


ikhwah menunjukkan skill sambil dinazir oleh abang Azman—ketua Chef di sini.

2.00 petang
Menghadap Yang Maha Esa. Solat jama’ & Qasar di Masjid Jamek Yong Peng.
penatnya tak terkira! Kalau ikhwah tak miscall, tentu kami dah sambung rehlah di masjid ^_^ mencari kekuatan tambahan dengan makan ais krim ^_^

2.45 petang
ke Pusat Bantuan Mangsa Banjir, Sek Keb Sri Bertam
Memasak makan malam+motivasi remaja+aktiviti kanak-kanak+”kursus solat”+bantuan bola sepak+etc






”Pakcik ada berapa orang anak” ^_^ hee.. Akh Ajil sedang melakukan networking dengan salah seorang pakcik yang sedang makan


”adiiik ^_^ dasyat betol!! Sampai panjat2 meja tu!! ”nak buat cemane kaak, abang mujadin a.k.a mujahid buat swan kecik benor” memang dasyat skill abang2 dan kakak2 ni!! Boleh kire public opinion leadership di kalangan kanak2 tak ni? ^_^


AJARKAN KAMI SOLAT...

Ajarkan kami solat
Ajarkan kami erti syukur
Ajarkan kami erti sabar
Ajarkan kami erti tunduk dan patuh
Ajarkan kami erti menjadi hamba
Ajarkan kami erti menjadi khalifah
Ajarkan kami siapa kami
Ajarkan kami erti hidup ini
Ajarkan kami erti bertuhankan Allah
Ajarkan kami wahai abang-abang
Ajarkan kami duhai kakak-kakak
Ajarkanlah kami
Biar kami mengerti
Bahagianya ada iman di sisi
Bahagianya hidup untuk Ilahi
Ajarkanlah kami
Biar kami memahami
Hidup ini tiada erti
Hidup ini tiada isi
Tanpa tunduk dan patuh
Pada Raja sekalian diri


Hati tersentak. Jiwa terkedu. Saat kami bertanya, berapa rakaatkah solat ini dan ini, mereka sekadar meneka! Ada jawapan menjangkau 5 dan 6 rakaat! Tanda jelas solat bukan rutin harian. Ini sebuah tanggungjawab! Amanah terpikul di bahu kami untuk mengajar anak2 ini tentang pentingnya solat—bukan setakat bagaimana mendirikan solat. Lantas, kami mengajak mereka ke taman ilmu—bangunan kecil yang dijadikan surau, mengikut pandangan mata kasar, bangunan kecil ini memang tidak mampu memuatkan keseluruhan 400 mangsa banjir yang ada. Kerana kanak2 yang menghadiri ’kursus solat’ kami pun sudah memenuhi ruang yang ada. Barangkali mereka solat di kelas atau solat bergilir2.

Saat kami bermu’ayasyah dengan remaja puteri, kami tanyakan soalan famous—”apa sebenarnya yang kite kene cari dalam hidup ni? Kalau adik2 mati kejap lagi, rasa2 berbaloi tak hidup ni?”

”Tak berbaloi”
”Kenape?”
”Sebab saya belum habis lagi enjoy hidup ni puas2”


dum!!!!!

Sikit2 kami ceritakan dari hati. Dari mana kita datang. Kenape kita dijadikan. Ke mana kita akan kembali.






Tunduk dan sujudlah adik-adikku...The shortest distance between a problem and its solution is the distance between your knees and the floor. The one who kneels to Allah can STAND UP to anything!

Ketika ’kursus solat’ bermula, makcik2 dalam lingkungan umur nenek2 baru selesai menunaikan fardhu asar. Terharu. Begitulah gambaran yang terzahir di wajah mereka yang rata-rata sudah memasuki usia emas ini. Walaupun pasti mencecah ke kaki, bersungguh2 mereka berikan telekung mereka untuk dipakai oleh anak-anak kecil ini.

”Nak, terima kasih sebab ajarkan cucu makcik solat....”
”Di rumah, atuknya suruh solat, tapi dia melawan...tapi bila anak2 ajarkan, nak pula dia ikut..makcik syukur sangat pada Allah....”


Hati menangis. Ada banjir di bumi hati.




Saudaraku, hadirlah ke sini. Bawalah bantuan buat hati. Hati mereka dan hati kita. Ramai yang datang menghantar material cuma. Tak ramai yang datang mahu mengisi jiwa.


YB MELAWAT KAWASAN ^_^

5.30 petang
para pejuang dibawa ke Temehel melihat sendiri susana banjir setinggi 1.5m

6.00 petang
ke Kampung Paya
(pengalaman menaiki sampan mengharung banjir sedalam 2m, melihat kereta selam, dan rumah-rumah yang ditenggelami banjir termenung)


ADA BANJIR DI BUMI HATI

Menyentuh lukisan alam
Merenung kanvas kehidupan
Ada air di tasik mata
Tatkala merasa susah senang saudara
Ada banjir di bumi hati
Tatkala mengagumi keagunganMu Rabbi

Takungan air di belahan jiwa
Membentuk jutaan rasa
Merangka satu warna
Putihnya hati
rahmat acuan fitrah yang suci

Lautan iman memang ada pasang dan surut
Sungai iman kadangkala tenang kadangkala kusut
Biar surut jangan kemarau
Bimbang hilang sedar diri
Biar kusut jangan mati berpintal
Bimbang lenyap akar budi

Bahagia juga banjir di bumi hati
Agar kami kenal siapa hina siapa Raja
Agar kami mengerti siapa hamba siapa Pencipta


6.50 petang
ke Sek Sri Bertam mengucapkan salam wida’

7.20 petang
Solat jama’ di Masjid Yong Peng

9.00 malam
Pertemuan dengan ikhwah akhawat di Pejabat JIM Batu Pahat mendengar pengalaman berharga JIM Batu Pahat menguruskan DERU

10.50 malam
Makan malam di Parit Kemang
Terima kasih makcik, pakcik dan kak mimah kerana menunggu kami hingga lewat malam, masakan dari hati memang sentiasa berjaya menyentuh jiwa!)

11.30 malam Ibadah senyap


MARA KE SISI!
Maralah ke sisi sahabatku
Biar kita sebaris sebahu
memikul anugerah
menghargai amanah

Maralah ke sisi masyarakat
Maralah bersama Islam ke lubuk hati mereka

Maralah menggenggam obor risalah
Buat membina jiwa sejahtera

Maralah dengan tabah dan gagah
Buat membina hati merdeka

Maralah dengan izzah
Buat menjana ummah berjaya

Maralah jangan berundur
Biar dunia tahu
Bahagianya mendapat rahmat
Tenangnya mendapat berkat
Kerana iman sudah beraja di hati
Kerana taqwa berlari ke sisi



23-01-07 SELASA Caiyok Caiyok!!

8.00 pagi
Sarapan pagi
Post mortem
Taklimat Hari 2

10.00 pagi
Tiba di medan perjuangan ke-2: Pusat Pemindahan Mangsa Banjir, Sek Keb Senggarang (membantu memasak makan tengahari untuk 1000 mangsa banjir. Menemui semua mangsa banjir di kelas2 yang dihuni mereka di sekurang-kurangnya 2 blok 3 tingkat. Mengedarkan gula-gula untuk kanak-kanak. Menyampaikan bantuan kewangan. Membantu pihak NSTP menyampaikan bantuan. Membersihkan sampah di seluruh kediaman. Menjadi pendengar setia kepada luahan hati mangsa banjir khususnya warga emas)

12.50 tengahari
Makan Tengahari di Restoran Sup Simpang 3
Solat Jama’

2.30 petang
ke kolam Udang (weee~ketenangan yang dicari~)
Pejuang bertolak pulang

7.30 malam
Tiba di rumah Dr. Basri (Timb YDP Negeri Sembilan)
Makan malam

10.15 malam
Bertolak ke taman ilmu dan budi.


Perjalanan ini memang sungguh istimewa! Antara sebabnya—kerana ia berlaku di awal tahun baru. Perjalanan ini memang istimewa kerana kami berpeluang merenung diri membina potensi sepanjang perjalanan sebagai muhajirin dan muhajirah. Perjalanan ini memang istimewa kerana kami punya saudara ansar yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dengan senyuman. Agar kami bisa pula menjadi ansar kepada muhajirin yang lain. Perjalanan ini penuh makna kerana ia menguatkan keyakinan kami pada kasihNya. Perjalanan ini memang penuh makna kerana ada erti keimanan pada sebuah perjalanan hijrah.

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

~dendangan Deevotees (Hijrah Menuju Allah)




Kembara hijrah kali ini memang penuh makna
Ada rahsia kekuatan
Ada genggaman ketabahan
Ada lakaran keazaman
Ada tersirat lagu ketaatan
Memahat iqrar sebuah kesungguhan

Dari Allah kita datang
KepadaNya kita pasti kembali

Benarlah rakaman wahyu
Bahawa semuanya akan kembali kepadaNya
tak terkecuali diri kita

*******

Benar kata mujahid—”kadang2 tiada kata yang dapat menggambarkan rasa”. Catatan ini sekadar secebis perkongsian kenangan, peringatan buat diri yang selalu lupa, warisan buat generasi akan datang, tanda iman pada kepastian sebuah kematian, bahawa ilmu yang bermanfaat itu amal yang berpanjangan.


PENGHARGAAN
DERU JIM
Akh Dr. Samsudin Kamaruzzaman
Akh Zairulshahfuddin
Akh Masiri & Isteri
Ikhwah akhawat JIM Batu Pahat
Hj Kasman Ismail & keluarga
En. Subari, Sek Keb Sri Bertam
En. Azman Arifin
Pakcik Johari Maaruf
Akh Abdul Azim Ismail
Akh Yaakob Yusof
Majlis Daerah Yong Peng
Adik beradik misi
Semua yang menyokong dan terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kembara ini

Sebaik-baik ganjaran adalah bagi mereka yang beramal, fani’ma ajrul `amilien
GENERASI MUDA KITA PEDULI!!
ALLAHUAKBAR!!!



Inspirasi Kembara
Muharram 1428H