Monday, May 29, 2006

presiden Karisma walimah!!!

alhamdulillah!! thummal hamdulillah...baarakallahu lakuma wabaaraka `alaikuma wajama'a bainakuma fi khair

gambar ni panas lagi...'baru cuci'..hehe..kejadian semalam..

mnta maaf akh naim dan kak nussaibah sebab tak dapat datang.mnta maaf sangat


seriousnye naim...


kak nussaibah dengan tenang menurunkan tandatangan...


sooo sweeeet! ^__^


pasangan pengantin n naim's frens


semoga diberkati Allah..

Sunday, May 28, 2006

sharing moments of huffaz





perbualan tadi dengan sahabat yang berkelana di dataran syam..


NJ: kite ade nak citer kat awak
NJ: tapi tak tulis kat blog
NJ: lupa
Me: ape?
Me: tak saba nih
NJ: aritu kite pegi program tu kan, program mcm sharing moments of huffaz
Me: sharing moments of huffaz!!
Me: besnye!!
NJ: best sgt....
NJ: pastu kan ade sorg pempuan ni
NJ: dye amik engineering
NJ: 3rd year kalo tak silap
NJ: palestinian
Me: waaaah!!
NJ: skolah rendah n menengah dye kat al-quds
NJ: ngan hebron kot
NJ: pastu
NJ: dye buta
Me: berjuang..
NJ: i really cried n mmg tgh nangis pun skrg haha jgn ade org pandang suda
NJ: dye hafal quran
Me: ya Allah...
Me: besnye awak boleh jmpe dye!
Me: isk isk jeles
NJ: kite nak sgt jmpe dye!
NJ: tapi kt nampak dye atas pentas je
Me: lorrr.
NJ: huhu
NJ: dye share la
NJ: cane dye ngafal smua
NJ: mmg kt rase downgraded sgt
NJ: but in a positive way nsyaAllah
Me: hu..kalau ade kesempatan jmpe dye
Me: bgtau dye betapa bersemangatnye para pemuda msia memeperjuangkan isu palestin...cakap ngan dye, jgn risau..mereka tidak bersendirian
Me: uuh...
Me: besnye
NJ: yep i wish i could tell that to all palestinians here
Me: dye hafal lepas dye buta ke?
NJ: dye takde sentuh dye buta bila
NJ: tapi dari cara dye ckp, it's not recently
Me: owh..
NJ: dye ngafal dari mendengar


ya Allah...tabahkan hati kami menghafal kalamMu..
semoga ia mengalir bersama darah2 kepemudaan kami berjuang di jalanMu
semoga ia berdegup bersama denyutan jantung dan nadi kami berzikir mengingatiMu
Ya Allah...bantulah...
beginilah kami berehat..
berehat dalam berjuang...
menyempurna misi khalifah..
semoga KITA terus tabah...

Saturday, May 27, 2006

JOM SELAMATKAN AL-AQSA

ana menerima 'qarar' dari akh presiden agar KNLians semua datang memberi sokongan ke Himpunan
Mahasiswa Islam Malaysia untuk Palestin di Masjid Jamek 26/5/06 jam 2ptg. alhamdulillah ALLAH berikan kemudahan utk datang menyertai...


pamphlet kempen JOM SELAMATKAN AL-AQSA! anjuran gabungan mahasiswa Islam Malaysia


isi pamhplet


bekalan di jalan juang...da'wah secara tak langsung..


wan anwar--ameer karisma international berucap


ikhwah


takbir akhawat bergema! teruskan berjuang para akhawat sekalian!!! boleh tahan bilangan akhawat yang hadir, tu belum masuk yg terlewat datang...kesian betul adik2 PJ & akhawat kz1 & yg terkandas di KL central yang terlewat sampai..takpe, insyaAllah ada ganjaran daripada Allah untuk hambaNya yang ikhlas

setelah semua beredar, tiba2 ada seseorang mendekati kami..banyak juga soalan yang ditanyanya..hehe..saya yang naik 'pelik', antara soalannya, "2 trak polis kat situ tu ada kaitan dengan perhimpunan ni ke?" haha..barula perasan ada 2 trak kat situ, tapi tak nampak polis2nya..mungkin secara kebetulan 2 trak tu ada kat situ, alhamdulillah perhimpunan berjalan lancar..lalu saya bertanya semula kepada encik yang bertanya: 'encik ni siapa?' (haha..selamba jek)..rupa2nya encik yang bertanye seorang wartawan akhbar X..


salah satu trak yang ada



dalam perjalanan balik...di dalam komuter, Allah takdirkan duduk berhadapan dengan adik2 SMS XXX..adik2 form 2,masa yg sgt sesuai..keluarla soalan2 bonus utk adik2 tu sehingga membuatkan penumpang2 di sekeliling memandang. "adik2 pernah tgk badge2 mcm ni (merujuk kepada badges brotherhood)..ade org penah jual tak kat sekolah adik?" "kat sekolah pernah buat program berkaitan isu palestin?"

"tak..tak pernah..ade abang2 IPT masuk, tapi buat prog ttg cara nak mengawal marah..camtula"
"tak taula kalau buat prog palestin ade org nak pegi ke tak"

huwa...adik2 yang akak kasihi...ape dah jadi dgn pelajar2 sekolah sekarang????
hidup bukan untuk buat kerja rumah jek? bukan untuk menghadap buku dan menghafal jek!!
hidup lebih bermakna dari sekadar itu!
bukalah hati..luaskan pandangan!!!

"owh...adik, kisah palestin lebih hebat dari cara mengawal marah..adik2 akan terkesan dengan kisah hidup kawan2 sebaya adik...mereka sepatutnya berhak mendapat pendidikan mcm adik, tapi hak mereka dinafikan...disekat dalam perjalanan ke sekolah, dibunuh, diserang...dipisahkan dari kawasan sekolah dengan tembok2 tinggi...."

akhirnya..komuter tiba ke destinasi tujuan mereka, bandar tasik selatan.
"akak, kalau akak nak masuk sekolah buat program, akak boleh liaise dengan cikgu XXX atau ust XXX"

"terima kasih adik, selamat berjuang, belajar rajin2"

NANTIKAN ROQ YANG BAKAL MENJELMA!
LAKUKAN SESUATU!!!
bila lagi kalau bukan sekarang?
di mana lagi kalau bukan di sini?
SIAPA LAGI KALAU BUKAN KITA??

Thursday, May 25, 2006

MISI!!!



Assalamualaikum wbt,

Ikhwah & Akhawat pendokong KARISMA sekelian,

Bagi Modul Pemantapan Fikrah, berikut antara modul peringkat Wibawa yang akan dilaksanakan:
Konsep dakwah, persediaan, method & wasilah
Dakwah untuk Amar maaruf nahi mungkar
Konsep & Kepentingan Amal Jamaie
Fasa-fasa perjuangan Rasulullah dalam Kajian Seerah
Sesi Latihan Pembangunan Muqaba
Konsep & amali hubungan silang jantina dalam Islam

Bagi Modul Perbandingan Agama & Ketamadunan, berikut antara modul peringkat Wibawa yang akan dilaksanakan:
Pengenalan kepada Doktrin Agama Budha, Hindu & Kristian
Hubungan diantara Budhisme, Taoisme & Konfusianisme
Konsep Hinduisme
Konsep Islam Liberal
Konsep fahaman 'Black Metal'
Konsep Kristianiti
Bagi Modul Kemahiran, para perantis MISI 2006 akan didedahkan dengan berbagai modul kemahiran kendiri bagi memantapkan jatidiri, keupayaan pengurusan dakwah dan kreativiti:
Asas Kemahiran Menjahit
Asas Kemahiran Memasak
Kemahiran Keusahawanan
Kemahiran Penulisan Akademik & Kreatif
Kemahiran Pemikiran Sistemik
Kemahiran Penyediaan Persembahan Multimedia
Kemahiran Menyelenggara Kenderaan
Kemahiran Pengucapan Umum
Kemahiran Mengingat
Kemahiran Rekaan T-Shirt MISI 2006

Bagi Modul Empowered Leaders In Training (ELIT), berikut antara modul peringkat Wibawa yang akan dilaksanakan:

Komunikasi Inter & Intra personal
Disiplin diri & Pengurusan Masa
Pengurusan & Perancangan Kewangan

Wahhh...menarik tu...hmm memang rugilah kalau tak join MISI 2006!!!

dan jangan lupa juga...Projek utama yang akan dijalankan dalam MISI 2006:

Projek KASIH UMMAH: Solidariti Palestin: Kempen kesedaran kepada masyarakat di lokasi terbuka dan strategik tentang isu Palestin

Projek KHIDMAT MASYARAKAT: Program sehari menyantuni masyarakat kampung, bergotong royong sambil bermuayasyah, memasak lauk kenduri serta diakhiri dengan jamuan bersama masyarakat kampung

KONSIS 2006: Setiap Perantis akan menyertai sepenuhnya KONSIS sebagai sebahagian daripada aktiviti berjadual MISI, temui ikhwah& akhawat mahasiswa berbagai wadah dari seluruh negara.

PERKASA MISI 2006: Uji & mantapkan keberanian, ketahanan minda dan kelasakan fizikal anda dalam PERKASA MISI yang dijadualkan khusus untuk para perantis yang tahan lasak dan berjiwa besar.

Oleh itu jangan lepaskan peluang ini, daftarlah sekarang!!

Penyertaan bagi MISI kali yang pertama ini adalah masih terhad untuk 40 orang sahaja, oleh itu sila bertindak segera, pastikan anda bersama dalam program tarbawi intensif selama sebulan yang julung-julung kali diadakan diperingkat nasional.

Tarikh: 3 Jun hingga 30 Jun 2006


Tempat: Desa Saujana, Sungai Merab, Bangi, Selangor Darul Ehsan


Yuran: RM200 sahaja


SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KERDIL INI...
SEMOGA MISI BERUPAYA MELAHIRKAN KHALIFAH ALLAH YANG KENTAL SEMANGAT JUANGNYA..
SEMOGA IA CAHAYA MENYINARI HATI
MEMANDU KE JALAN MENUJU KEMENANGAN DAN TURUNNYA BANTUAN ALLAH..
ameen

huwa...isk isk..sedehnye

saya tak salahkan orang yang menulis pendapatnya (in italic) seperti di bawah, barangkali inilah public opinion masyarakat dek kerana disuap dengan sumber media pro-zionist...KITA YANG TAHU WAJIB bgtau mereka!!! apa kita nak jawab depan ALLAH nanti kalau kita tak bgtau???apakah adil bagi kite menentukan apa yg mereka buat tak betul tatkala kita hanya mendengar dari mulut musuh mereka, dan sedikit pun tak mengkaji apakah berita ini betul (walau isinya memijak2 KITA--umat ISLAM!!!??)

dr XXX is right when he said: 'Minta tlg sangat hamba Allah tu pi dengar penjelasan tentang isu ni. Paling dekat esok (26/5)kat Mesjid Sentul.Katakan padanya he's doing a big favour to himself kalau dia pi dengar. Kalau tidak pity on him. Macam kata XXXX apa dia nak jawab macam tu pada Allah sebab apa dia tidak mahu bantu rakyat Palestin??'



Saya memang sangat simpati dengan rakyat Palestin, sampai kalau berita di TV kadang kadang tak larat nak tengok kerana diri akan berasa geram bila melihat pembunuhan dan kerosakan harta benda.

Saya rasa apa apa usaha suicide bombers ini adalah amat sia sia dan akan melibatkan rakyat yang lain akan terbunuh bila Israel bertindak balas. Sudah sekian lama usaha PLO tak mendapat rahmat dari Allah , kalau tidak sudah tentu akan terhasil keamanan. Pihak PLO pula , terutama pemimpin nya hanya hendak mengumpul sebanyak harta yang boleh dari pemberian antarabangsa. Lihat lah isteri Arafat hidup dengan senang lenang.

Apa lah salah nya Hamas mengubah dasarnya untuk menerima kewujudan Israel ? Kalau mereka berbuat demikian, sudah tentu pressure akan dikenakan oleh masyarakat antara bangsa terhadap Israel supaya semua pelarian boleh balek ke negara asal mereka dan boleh membina hidup mereka semula. Excuse yang mereka kata mereka dijajah oleh Israel adalah kurang tepat kerana United Nations juga turut terbabit dalam pembentukan Israel. Yahudi juga mempunyai hak terhadap tanah Betlehem yang terletak dalam negri Palestin.

Sudah cukup lah rakyat Palestin membunuh diri dengan menjadi pembunuh berani mati kerana sudah berpuluh tahun sudah berlalu namun nampaknya usaha mereka tidak mendapat rahmat dari Allah, bahkan usaha mereka menyebabkan lebeh ramai rakyat Palestin sendiri yang akan mati disebabkan membalas dendam oleh Israel.

SELAMAT HARI GURU!!!




SELAMAT HARI GURU!!!

tadi sempat memenuhi jemputan adik2 agar alumni ramai2 memeriahkan sambutan hari guru di SIAB. sungguh kreatif adik2 ni! antara permainan yang dianjurkan:
1-menghias muallimah (hias betul2 ni, dengan pakaian sedia ada, mereka pakaikan lagi, jadi model tu! feweet! ^___^)
2-one on one--permainan yang sungguh mengasyikkan dan strategi (atau kenakalan) yang brilliant!
3-belon & lidi (bes gak! never tot dat it is possible utk pecahkan belon dat way..huhu)
4-pertandingan mewarna utk muallimah (sape kate pertandingan mewarna utk kanak2 je? org dewasa pon enjoy tau colouring!)





let me read 4 u what i wrote in the last 2 pages of my latest lil book: HADIAH TERISTIMEWA...
sesungguhnya menjadi seorang guru adalah suatu anugerah yang tak ternilai harganya. Biar betapa peritnya jalan yang dilalui demi mendidik generasi masa depan, biar betapa pedihnya menggalas bebanan, bergelar seorang guru tetap menjadi pengalaman terindah yang sentiasa membasahi bumi hati. Hari-hari bergelar seorang pendidik tentu tidak akan dilupakan sehingga akhir hayat.

Ingatlah duhai para pendidik yang tabah, teguhkan hati di jalan juang, kuatkan jiwa demi mendidik generasi khalifah yang memahami dari mana mereka datang, mengapa mereka dihidupkan, dan ke mana mereka akan kembali..

selamat berjuang dengan tabah..di hujung sana pastinya ada rehat yang panjang, indah dan kekal..



Wednesday, May 24, 2006

semoga hidup kita yang sekejap ini berbaloi...

"dunia ini ibarat pentas lakonan,
manusia itulah pelakon & pengarah utamanya,
al-quran & sunnah itulah skripnya,
malaikat itulah jurugambarnya,
islam itulah jln ceritanya,
kiamat itulah kesudahnnya,
padang mahsyar tmpt penganugerahannya,
rasulullah s.a.w pelakon terbaiknya,
Allah jurinya,
syurga atau neraka trofinya.
Oleh itu penuhi filemmu dgn episod perjuangan yang cemerlang.."

Sunday, May 21, 2006

shout-out outta love

from my usrahmate...Good insight my fren..You have got many points there!


SICK
That's what a visit to JAKIM's website made me feel.
Misi JAKIM:
Berperanan sebagai sebuah " Agensi Pusat " yang unggul dalam
menguruskan pembangunan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan ummah
yang progresif dan berakhlak mulia.

Ah is it so? Really ah? So flowery,la-di-da words.

Then why is it that its site is full of kursus pengajaran al-
Quran,fiqh,tafsir,haji and kursus nikah. Besides having a
pertandingan nasyid of course.As always. Is Hal Ehwal Islam
pertaining to these things only? It is bad enough that MALAYSIA does
not recognize islamic law as "law of Malaysia" legally, or that the
SOCIETY thinks Islam is just about halal food,mahkamah syariah,i.e
kes cerai/rujuk artis/masjid when the word Islam pops into their
heads.

But should an ISLAMIC DEPARTMENT which specifically operates towards
development of Islam itself confines Islam to rituals only. Doesn't
Islam connects to every aspect of our daily life rather than the
ones above only? Why does it not talk about these things also.Islam
is wholesome for goodness sake.Music,fashion,women's rights,good
deeds,bravery,sports,science,nature.All are islamic!

And again, the word ummah.Is it not including us,TEENS also?. I'm
tired of being in mosques full of old people only. Or hearing
islamic talks that has no appeal sense to the young crowd at all. At
the start of 'tuan-tuan dan puan-puan sekalian',we would go zZz.(I
would confess that I never manage to stay up for the after prayers
khutbah hari raya aidil adha...until now still!).And I'm 23 this
year.Things never change.

Islam is cool, it's fun.But the islamic department do not even have
allocations or room or even a youth wing to attract the youngs.No
channel, no funding, no programs for them except for maybe kursus
dakwah or pertandingan hafazan.

And then they go wild at teens romancing by the lake,kissing,wearing
sexy clothes.Yes! Lets capture their pictures,put it on those cheap
tabloids and dont forget to put that black mark over their eyes so
people would not recognize it and it will be sensational! Then the
society,the politicians or the religous people would go tsk-tsking,
wondering out loud (on purpose) of what is becoming of their teens
today.Things were not as they were during their dinosour times.And
the cycle of shifting the blame begins.

Yet they never learn, to open their eyes,reach out and connect to
the teens.And they never feel what these teens felt. Miserable,cold
and wet.Lost their religion without knowing it.Because they are not
taught to know it.They lose their grip because they cannot feel it
anymore. They are neglected.Well, I for one feel neglected.

The teens do not bother about islam today coz even the islamic
department do not bother to bother about them at all. Such a waste
of fresh and young energy.And such a misconception of Islam being a
dull and no-no religion are they creating by being silent and doing
nothing for the youth.

Perhaps JAKIM should be called department of rukun-rukun islam and
death/marriages/harta sepencarian aspects of Islam.Maybe my words
are harsh.But I love Islam, and the Muslim youth. So perhaps i can
call this a shout-out outta love.

P/S: and about the JAKIM's misi...you can forget progresif dan
berakhlak mulia

Thursday, May 18, 2006

Siri 13-SAYONARA JAKARTA




wa...dah nak kene balik ke? tanak balik boleh tak? huhu..tak bleh..sudah masanya kembali ke medan...


ikhwah bersalam sebelum bergerak ke ruang check in...terima kasih atas hadiah ukhuwah yang diberikan..semoga Allah pertemukan kita lagi di jannahNya


sayonara jakarta...sayonara...

Siri 12-KE DEWAN PERWAKILAN PKS JAKARTA!



pada hari ketiga 16/5/06, sebahagian dari kami di bawah pimpinan akh rama pratama--menteri belia dan sukan indonesia bertemu dengan ahli2 parlimen yang lain...

alhamdulillah, walau tidak berkesempatan ke parlimen, kami sempat bersilaturrahmi di pejabat PKS Jakarta..kedudukan bangunan yg sangat strategik, betul2 bersebelahan masjid dan toko buku, di hadapannya ada taman untuk public...

keadaannya teratur, nampak baru, baru lepas renovasi barangkali...ada pelbagai bilik dan ruang yang pastinya merancakkan lagi aktivitas mereka...


salah satu poster yang ditampal di papan kenyataan...menarik! konsert la tahzan..IZIZ pon ade!

Siri 10-AKHAWAT, TERUSKAN BEKERJA!!!

semakin dekat bahtera diri kepada ALLAH
semakin kuat ribut taufan melanda
biar rebah jangan berubah!
biar terbuang teruskan berjuang!!
senyumlah duhai mujahidah mencari syahid!!


usaha ke arah mengembalikan bumi ini tunduk kepada hakimiyah Allah tidak akan berjaya tanpa penglibatan akhawat...

di kebanyakan negara di dunia, memang tumpuan kepada perkembangan kecemerlangan akhawat belum diberikan sebaiknya, namun alhamdulillah mereka nampak kepentingannya, berikan sedikit masa lagi..insyaAllah anda akan saksikan gelombang akhawat pejuang agama Allah yang akan memberikan impak yang bukan sedikit buat perjuangan ini...

bro dari Australia memberitahu, sisters memang penuh dengan kualiti yang perlu dimanfaatkan...ada satu projek tu, kuantiti mereka sedikit, tapi bila diberikan tugas, hasil mereka berkali ganda lebih baik dari bros...

di turki bahkan di Indonesia, gelombang akhawat yang memberikan sumbangan penuh makna tercatat dalam sejarah kegemilangan mereka...

uh..bukan mengangkat bakul kaum sendiri..mari kita menggerakkan resolusi secara objektif.

the point is..jgn membazirkan potensi besar sisters yang ada di sekeliling anda! isu kepimpinan sisters yang kurang menonjol kerapkali dibincangkan, isu kemahiran khususnya public speaking, sisters yang terlibat dalam proses decision making etc...

analisis keupayaan dan potensi besar akhawat di semua peringkat,dari yang bergelar manager sehingga ke YB sehingga ke gadis kilang..SEMUANYA MEMPUNYAI POTENSI UNTUK DISUMBANGKAN BUAT ISLAM!

bukankah kita ini khalifahNya? yang tugasnya MENGURUS ALAM!!!

ayuh, akhawat, teruskan bekerja dengan efektifdan strategik!

Siri 11-IYS



rabu 17 mei 2006, Gema Keadilan mengadakan International Youth Seminar di Hotel Aryaduta, Jakarta..akibat kes2 pengeboman di hotel terkemuka jakarta, kawalan kselamatan sangat ketat, untuk masuk ada beberapa kawalan keselamatan...beg yang kami bawa juga harus melalui kawalan keselamatan..




guest book...i'm no 9!


cenderahati dari penganjur..




BINA POTENSI BANGUN GENERASI!!!

Siri 9-LUGHATUL QURAN...DI MANAKAH KITA?

pertemuan di peringkat antarabangsa...menghimpunkan wakil dari pelbagai latar bahasa...justeru, khidmat translator mmg diperlukan.

indonesia--->english--->arabic

arabic--->indonesia

arabic--->english

turkish lang--->english, arabic, indonesia

cantik sungguh kepelbagaian ini...

tapi akhirnya, tersentak jugak...rugi sungguh tak dapat bertutur dengan baik dalam bahasa arab! its the language dat i've learnt since i was in the kindergarten! hahaha...malu jek sendiri...bukan tak bleh..tapi rasa kene brush up..

sejak di maahad ahmadi, memang bahasa arab diberi keutamaan habis2an..masa tu mmg boleh cakap la...kalau nak soh wat presentation pon, sume bleh cakap cair jek, to ahmadian, SPM arabic paper is kacang..sekarang??? wooho...ironically, selepas masuk UIA, keutamaan mmg diberikan kepada english...

alhamdulillah my arabic tak la hilang terus..tapi honestly, mmg kene brush up habis2an

alhamdulillah masih faham butir kata perbualan dan nasihat yang diberi..especially by mustafa mohd tahan...sungguh rugi gamaknye kalau tak dapat faham kata2nya yang dituturkan dalam bahasa arab..SUNGGUH INDAH! setiap butir katanya bisa buat hati menangis...tunduk mengenang di manakah diri...sungguh! zuqnya tak seperti kita memahami terjemahannya...

bahasa arab tetap harus difahami dalam menerusi bahasa arab..itu saja caranye utk kita memahaminya secara tepat...kerana ia sungguh indah..tidak dapat ditandingi...apatah lagi bahasa al-quran..tentunya lebih indah dan menyentuh bumi hati...

lughatul quran kita...di mana ia kini?

Siri 8-GILA BUKU!

oleh kerana mobilnya digunakan untuk menghantar delegasi dari negara lain dahulu, we decided to walk to the toko buku..hehe..pada waktu itu, ikhwah sudah bertolak dahulu menaiki kereta..menarik juga berjalan kaki ni...di tgh kesibukan kota jakarta, tiba2 ada sebuah bas, kami menahan bas tersebut dan menyambung perjalanan, sehingga tiba di jalan berhampiran jalan keramat kwitang kecil, kami turun dan berjalan kaki menuju toko yang dihajati


jalan keramat kwitang kecil

sepanjang jaulahku ke indonesia, toko buku adalah tempat utama yang harus diziarahi, tidak mengapa tidak singgah ke tempat2 bersejarah seperti monas dll, sudah cukup mendamaikan hati andai berkesempatan melayan hati di tengah lautan buku yang menguatkan jiwa...





toko buku pertama yang kami tuju sangat sederhana, tapi di sana kami bisa dapatkan bekalan2 di jalan da'wah yang kami cari-cari, hampir segala buku pergerakan ada di situ...DENGAN HARGA YANG SANGAT MURAH!!! barangkali kerana sewa tempat yang murah, kos pengangkutan yang rendah dll...maka harga jual sebuah buku dapat direndahkan...kedai buku itu memang sederhana, seperti sebuah kedai di tepi lorong sempit...

...kalau ada yang memerhatikan gelagat kami di toko buku tu..pasti ada yang hairan..kedatangan kami delegasi KONSIS barangkali suatu rahmat pintu rezeki mencurah2 buat pemilik toko tersebut. kami sahaja membelanjakan berjuta2...buku kami dibungkus dalam kotak2....

setelah ke jalan keramat kwitang, ada yang singgah sebentar di toko gunung agung...ust arif dan akh hendro berlari2..kerana sebetulnya kami memang mengejar masa, takut terlepas flight pulang...


toko gunung agung...

usai shopping buku, baru terasa penatnye..memang penat..huhu...baru terasa laparnya...tapi, harus mencari musolla dahulu untuk solat jama' taqdim...kemudian baru mengisi perut...

maka selepas ke gunung agung, kami menuju posko PKS jakarta...di sebelahnya ada masjid...dan bersambung dengan binaan masjid, sebuah lagi toko buku...toko wali songo..yang juga terkenal di jakarta...



hari itu, aku cuma berhasil mendapatkan 21 buah buku, 5 daripadanya dibeli khusus buat projek SISMA. 21 buku memang sangat sedikit, hasrat hati mahu memborong lebih banyak lagi..dalam rombongan akulah yang paling sedikit membeli..


resit belianku di jalan keramat kwitang cuma sehelai...

inilah hasil belianku



antara buku yang paling kusayangi...al-milal wan nihal karya syahrastaani dan trend pluralisme agama karya dosenku yang sangat kuhormati--dr. anis malik taha; mendapat gold medal dari IIU islamabad sebagai PhD terbaik




6 buku yang sempat dicapai di toko wali songo...first in the to-be-read list: al-fateh!

Siri 7-TEMAN JAULAH

Siri 6-SEBUAH PENGORBANAN

saya tidak dapat menceritakannya secara detail di sini..tapi inilah yang saya pelajari dari pertemuan di jakarta...erti tadhiyah yang sungguh tinggi...saat itu, saya menangis, terkenang saat Rasulullah duduk bersama para sahabah...bertanya: "siapakah yang sanggup di hantar ke Yaman..ke...dan ke..."

para sahabah tanpa sedikit pun memikirkan siapakah yang akan menjaga isterinya, bagaimanakah dia akan meneruskan hidupnya di negeri asing? apakah terjamin keselamatannya di negeri penuh huru hara itu? dan lain2 persoalan lagi...terus menawarkan diri mengembangkan da'wah di negeri baru!

Ya Allah..tiada yang sanggup melakukannya melainkan mereka yang memiliki tarbiyah dan tadhiyyah yang sangat tinggi...hanya kerana Allah dan hanya kerana keyakinan bahawa Allah akan melindungi dan meredhainya..mereka bersiap lantas terus berangkat...

bersyukurlah andai anda bisa bertemu dengan insan2 seperti ini di zaman ini..mereka ada...namun mereka tidak membangga2 diri kerananya..kerana ini bukan tugas pergi melancong, ini bukan tugas yang bakal memasukkan RM dalam poket dan perut anda..ini bukan tugas bersuka ria...inilah amanah yang perlu dilakukan demi kelangsungan nadi umat ini yang terus berzikir pada Pencipta..

inilah sebuah pengorbanan..yang kalau kita tak mampu melakukannya dan turun ke medan..jgn sewenang2nya memperlekehkan itu tak betul dan ini tak betul...

inilah hadiah sebuah keikhlasan..tanda janji untuk hidup dan mati hanya kerana Allah...

Siri 5-HADIAH UKHUWWAH

Segala puji bagi ALLAH yang mentautkan hati2 kita

Sungguh saya benar-benar terharu…meeting SOU dimulakan dengan sesi taaruf secara informal..ia dipenuhi dengan ruh yang menghidupkan perbincangan menjadi sesi yang sungguh menyentuh jiwa…

Pengenalan diri kerap kali dimulakan dengan kata2: akhukum fillah/ ukhtukum fillah (saya saudaramu kerana Allah)…dan ternyata yang paling menyentuh hati ialah kata2 mas’ul Thailand:uhibbukum fillahi jamiian (saya mencintai anda semua kerana Allah), alhamdulillahillazi allafa baina qulubina (segala puji bagi ALLAH yang mentautkan hati-hati kita), faasbahna bini’matihi ikhwaana (dan kerana nikmat itulah kita menjadi saudara)

Ya Allah…pernah anda ketemu suasana sebegini dalam any international conference?? Kebanyakan dari kami memang belum pernah bertemu sebelum ini, inilah yang pertama, tetapi kesatuan fikrah--wehdatul fikr yang diasaskan atas dasar iman kepada Allah mempertemukan kami sebagai saudara…yang ikatannya lebih likat dan pekat dari ikatan saudara sedarah—seibu seayah! Segala puji bagi ALLAH….

Networking

Networking tentu sekali menjadi salah satu agenda utama setiap kali kembara. Alhamdulillah, untuk kembara kali ini, networking berhasil dijalinkan dengan akhawat dari organisasi berikut:

1-PPI (Pelajar Islam Indonesia)
2-Biro Pembangunan Belia ISMA
3-Mitra Inti Foundation
4-IIFSO Turkish chapter
5-KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia)
6-MHI (Himpunan Mahasiswa Islam)

Selainnya, kerana tiada wakil akhawat, networking dengan wakil dari Turki, Australia, Vietnam, Thailand etc dipertanggungjawabkan kepada ikhwah.

Doa Rabithah

Akhir pertemuan, doa rabithah dibacakan oleh seorang akh dari wilayah bergolak Thailand, empangan air mata mbak faridah yang duduk di sebelahku sudah pecah, aku sudah teresak2 menahan tangis…ia doa yang sangat mengesani jiwa..dalam doa, kami membayangkan wajah saudara2 kami..semoga Allah tetap menyatukan hati kita atas jalanNya..

Hadiah Ukhuwwah


cenderahati dari Spore


cenderahatidari SOU, Gema Keadilan dan akhawat KAMMI


cenderahati dari australia & turki..



Ketika kami mahu bergerak memasuki ruang check-in, akh fahmi berkata: “souvenir dari ikhwah indonesia yang belum ada kan”…beliau merujuk kepada hadiah2 dari turki, Australia, Singapore dan lain2..sedang beliau memohon maaf kerana tidak sempat memberikan cenderamata..

Saya senyum, lantas menjawab: ukhuwah itu juga hadiah yang bermakna

Saya amat yakin di saat itu, akh fahmi & akh hendro yang dipertanggungjawabkan mengiringi delegasi msia sudah amat penat…mereka bekerja dari hari pertama kami tiba di Jakarta..berulang alik ke bandara kerana masa ketibaan delegasi yang tidak sama…mengiringi kami ke toko2 buku yang dipinta, dan melayani kami sebagai tamu yang dihormati…akh fahmi malah sanggup mengambil cuti pada hari terakhir itu demi menyempurnakan tanggungjawab beliau…

Saat akh fahmi & akh hendro bersalaman dan berpelukan dengan ikhwah…sungguh mengharukan….kapan bisa dipertemukan lagi….

kami tinggalkan anda duhai ikhwah akhawat yang kami cintai kerana Allah…dalam peliharaan Allah….kalau kita tidak ditakdirkan bertemu lagi di dunia, semoga Allah pertemukan kita di jannah..

ukhuwwah inilah yang menghadirkan kekuatan..kita berjalan..kita melihat dan kita mentafsir…saat diri ini merasa sangat lemah dan saat ragu, apatah lagi jika bisikan syaitan makin hebat dipromosi…saat itu Allah mentakdirkan diri ini bertemu dengan ikhwah akhawat yang kental semangat juangnya…yang istiqomah atas jalannya…kerapkali ini yang membekalkan inspirasi segar…siapalah aku kalau aku memutuskan diriku dari jemaah yang lebih besar..sungguh! benar sekali pesan syed qutb: kita ini mata rantai dari perjuangan yang panjang..risalah yang dibawa sejak manusia wujud di muka bumi sehingga kiamat nanti…kita bukanlah pemulanya mahupun pengakhirnya…kita adalah sebahagian dari kisah perjuangan panjang dan penuh ketabahan…bukan hanya kita yang berjuang…kita tidak keseorangan…dengan hadirnya ikhwah akhawat yang berkongsi visi, kita saling memotivasi dan memperkuat antara satu sama lain…kita mengkoreksi diri, apalah sangat kita dengan kendongan usaha kita yang sedikit, belum lagi hasilnya….yakinlah kita tidak keseorangan di jalan da’wah…yakinlah!..

Siri 4-PESAN DR. MUSTAFA AT-TAHHAN



inilah yang sangat saya tak sabar2 untuk berkongsi dengan kalian semua..inilah yang saya kira mutiara yang sangat berharga yang saya kutip dari pertemuan di jakarta...cara dan gaya saya menyampaikannya tentu berbeza..ayat beliau SUUUNGUH menyentuh hati...dan anda hanya bisa mendapatkan kepuasannya jikaanda mendengar sendiri dari beliau...inilah saya kongsikan secebis dari yang sempat dicatat..

1-al-mustaqbal lilislaam, la syak walaa raib (masa depan adalah milik Islam, tiada sedikit pun sangsi dan tiada ragu tentangnya)...inilah yang merupakan salah satu elemen yang perlu kita yakini jika kita mengaku sebagi muslim..bukankan ia telah dibentang dengan panjang lebar dalam karya maaza ya'ni intimaai lil islam?

2-walaakin laa budda bil `amal...faqad nahtaaj an na'mal
tetapi ia tidak mungkin direalisasikan melainkan dengan amal, melainkan kita bekerja bermati2an untuknya, maka yang diperlukan adalah kita terus bekerja!

3-qum faanzzir! qum wasta`iiduu
bangkitlah dan berilah peringatan! bangkitkah dan bersiaplah!!!

4-innallazi ya`iisyu linafsihi qad ya`iisyu mustariihan walaakin ya`iisyu soghiiran fsayamuutu saghiron

sesungguhnya orang yang hidup hanya untuk dirinya, maka dia akan hidup dengan penuh kerehatan dan kesenangan, tetapi kecil (sumbangannya kecil, kehidupannya kecil dan sempit), dan dia akan pulang ke pangkuannya Tuhannya sebagai insan kecil (yang tidak dipandang)

faammal kabiirullazi hamila haazal amruthaqiil, wahuwa masyghuulun bil amal wadda'wah famaa lahum min naum

dan orang2 yang besar itu (orang2 yang dipandang mulia) ialah orang yang menggalas tugasan berat ini, dan dia sibuk dengan amal dan da'wah, maka tiadalah baginya kerehatan (dalam kehidupan duniawi)

faqad madho `ahdun naum
sesungguhnya masa tidur telah berlalu!

5-yanbaghi an na'mal lailan wanahaaran faqad
yang dituntut ke atas kita cuma bekerja bersungguh2 siang dan malam sahaja! (siang dan malam SAHAJA? perhatikan balaghahnya)

6-nahnu nantasir bihusnil mu'amalah ma'allah wa ma'annass
kita akan menang kerana hubungan kita yang baik dengan Allah dan sesama manusia

7-asas amal kita adalah tarbiah!

8-ketika menceritakan saat mereka membawa seruan da'wah ke bumi Africa, penduduk di sana berkata: "aina antum??! nahnu nantazirukum munzu zaman" di manakah kamu selama ini?? kami telah menantimu sejak sekian lama (menanti cahaya Islam dan sebaran da'wah)

kullul muslimiin fil `aalam yantaziruunakum...seluruh muslimin di dunia menanti kamu!

izaa ahsanna at-ta'aamul, sayadkhuluunannaas fi diinillahi afwaaja
jika kita peroelookan muamalah kita, maka manusia akan masuk ke dalam islam secara berbondong2


9-Kita akan keluar dari dewan ini dengan penuh keyakinan bahawa Islam akan menang dengan keberadaan kita....Allahuakbar!

siri 3: SOU





koran republika yang diberikan kepada semua peserta sebagai cenderahati...

siri 2: IIFSO


banner IIFSO menyambut kedatangan kami...


salah satu berita yang menarik hati di dalam koran 15/5/06...hebatnya! apa khabar upaya kita di Malaysia? saya diberitahu akan ada demo ahad ini 21/5 untuk menyokong undang2 antipornografi dan pornoaksi..sayang sekali tak sempat join..



berita mengenai IIFSO juga dilaporkan 2 kali dalam koran republika. http://www.republika.co.id/koran_detail.asp?id=248195&kat_id=94

Selasa, 16 Mei 2006

Indonesia Tuanrumahi Pertemuan IIFSO

JAKARTA -- Generasi muda Muslim harus berperan dalam pembangunan peradaban dunia. Hal ini dikatakan Wakil Sekjen International Islamic Federation of Student Organization (IIFSO) untuk kawasan Asia Pasifik, Rama Pratama, Senin (15/5), saat membuka pertemuan regional IIFSO di Jakarta.

Pertemuan sehari yang digelar di Hotel Sofyan Betawi itu dihadiri oleh peserta dari Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Thailand, Kamboja, Singapura, Vietnam, Australia, Pakistan, dan Indonesia sebagai tuan rumah. Pertemuan ini dirancang untuk memperkuat kerja sama antara organisasi pemuda dan pelajar Muslim di kawasan Asia Pasifik.

Secara khusus, kata Rama, pertemuan ini merupakan kelanjutan dari pertemuan puncak IIFSO, Februari lalu di Algier, Aljazair. Selama ini IIFSO merupakan federasi yang berusaha menghimpun semua organisasi Islam di seluruh dunia. Dalam kesempatan tersebut Sekjen IIFSO, Abou Bakr Abdul Fatah dari Belgia, mengatakan, pertemuan ini juga dimaksudkan untuk menciptakan akses bagi pemuda dan pelajar Muslim dalam memperjuangkan hak-hak mereka.

Pada saat yang sama, tegas Fatah yang baru saja menduduki posisinya Februari lalu, pertemuan ini juga menjadi tempat bagi generasi muda Muslim untuk memperjuangkan dan mewujudkan cita-cita Islam, yakni dunia yang adil dan sejahtera.




http://www.republika.co.id/koran_detail.asp?id=248632&kat_id=417
Jumat, 19 Mei 2006

Indonesia Tuan Rumah Pertemuan IIFSO

Pertemuan sehari itu membahas tentang program kerja organisasi tiga tahun ke depan. Salah satu pekerjaan rumah dari pengurus baru yang terpilih bulan Februari lalu adalah membuat database organisasi pemuda dan pelajar Islam se-Asia Pasifik. Selain itu juga mengajak aktif kembali anggota-anggota lama yang selalu absen dalam kegiatan-kegiatan IIFSO. Ke depan, mereka juga akan menggalang program pertukaran pelajar/pemuda Islam di Asia Pasifik. Mereka juga akan menggelar berbagai pelatihan untuk anggotanya.