Sunday, March 19, 2006

Article 11???

Article 11: Kumpulan pelampau yang perlu segera ditangani

ROSLAN SMS

Nama kumpulannnya ARTICLE 11 iaitu satu gabungan badan-badan NGO dan individu yang ditubuhkan tahun lepas yang kononnya berjuang untuk mendaulat dan mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama ataupun jantina.

Semalam kumpulan ini dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia ataupun Bar Council telah menganjurkan satu forum di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya bertemakan Perlembagaan Persekutuan: Melindui hak semua pihak (Federal Constitution: Protection for All).

Menurut penganjur tujuan forum tersebut adalah bagi membincangkan kesan keputusan terhadap kes-kes Nyonya Tahir, Moorthy dan Shamala khasnya ke atas rakyat Malaysia. Forum tersebut berhasrat mendedahkan permasalahan perundangan dan mengemukakan cadangan-cadangan bagi membentuk satu sistem kehakiman dan perundangan yang akan bertindak mempertahankan hak semua pihak.

Antara ahli panel yang dijemput memberikan pandangan adalah Ivy Josiah Pengarah Eksekutif Womens Aid Organaisation (WAO), Prof Dr Shad Faruqi dari UITM, bekas Presdien Bar Council Dr Cyrus Das, peguam Malik Imtiaz dan Ahli Parlimen Umno Kota Bharu Zaid Ibrahim.

Lalu forum yang dihadiri oleh 750 orang peserta itu telah menbuat ketetapan untuk melancarkan kempen memungut tandatangan ke seluruh negara bagi menandatangani surat terbuka yang dialamatkan kepada kerajaan Malaysia. Antara kandungan surat terbuka tersebut sebagaimana dilaporkan oleh THE SUN:

The open letter observed that recent events showed that some judges have declined to adjudicate on pressing issues because they involved some elements of Islamic law, leaving litigants with no legal remedy.

The letter said the judges decision was a most unsatisfactory state of affairs and one which no civil society should have to endure.

We recognise that the spirit of the Constitution encompasses universal values of democracy, good governance, equality and respect for all. This is compatible with the principles of all faiths represented in Malaysia.

Surat terbuka tersebut melihat bahawa perkembangan sejak akhir-akhir ini menunjukkan yang para hakim enggan menghakimi isu-isu penting semata-mata kerana ianya melibatkan perundangan Islam, dan oleh itu menafikan hak perundangan ke atas para pemohon.

Menurut surat (terbuka ) itu lagi, keputusan-keputusan para hakim (dalam kes-kes ini) sunguh tidak memuaskan dan ianya tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah masyarakat yang beradab.

Kami (para penandatangan surat terbuka itu) mengiktiraf bahawa semangat Perlembagaan (Persekutuan) mempunyai nilai-nilai sejagat meliputi demokrasi, pentadbiran yang telus dan berhemah, persamaan dan saling hormat-menghaormati antara satu dan lain. Ini selaras dengan prinsip kepercayaan semua agama di Malaysia.

Kita sangkakan masyarakat Malaysia telah meletak ke belakang kontroversi kes-kes sensitif Moorthy, Nyonya Tahir dan Shamala. Isu ini telah pernah meletup sehingga ke peringkat tertinggi, dan ianya telah selesai dengan semua pihak mengiktiraf dan menghormati status quo yang sedia ada. Kita sangakakan begitu, rupanya tidak.

Rupanya masih ada pihak yang mahu membakar dan menghangatkan sengketa antara kaum dan agama khasnya melibatkan masyarakat Melayu Islam dan yang bukan Melayu dan bukan Islam.

Rupanya masih ada kelompok yang mahu memaksa masyarakat Melayu Islam agar tunduk dan akur terhadap tuntutan melampau mereka kononnya atas nama hak asasi dan prinsip kepercayaan semua agama sedangkan mereka dari golongan minoriti.

Berjaya juga kumpulan ini memperkakaskan dua-tiga individu Melayu yang memang pun mahu diri mereka diperkakaskan kononnya mahu menjadi juara semua kaum dan agama.

Nampaknya golongan yang mahu mengubah status quo yang ada ini masih berhasrat mahu meyakinkan kerajaan agar tunduk pada tuntutan mereka yang selari dengan tuntutan Inter Faith Commission ataupun IFC yang mahukan hak serba-serbi kerana kononnya status quo yang ada terhadap agama Islam di negara ini terlalu menyekat dan mengongkong mereka.

Mereka begitu bertekad dan berani sehingga mahu melancarkan pula kempen memungut tandatangan ke seluruh negara.

Saya berharap umat Islam dinegara ini berhati-hati dengan golongan ini. Kita semua kasihkan negara ini dan kita semua telah pun bersedia hidup dalam sebuah negara berbilang kaum yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Sudah hampir 50 tahun kita boleh hidup dalam keadaan demikian, maka mengapa tiba-tiba kita mahu benarkan satu kelompok kecil yang kononnya bijak sangat dalam bab hak asasi mahu merobah dan menghancur-lumatkan apa yang telah kita bina dan terima selama ini!

Malik Imtiaz tanpa memikirkan implikasi ucapan beliau telah berkata (dalam forum tersebut semalam):

The constitution is supreme. The lifestyle (rights) we have been promised by the Constitution, no one can take that away. Malaysia is not an Islamic State. The law of the land is a secular paradigm.

Perlembagaan Persekutuan itu hukum tertinggi. Tiada siapa dapat merampas hak dan cara hidup yang dijanjikan oleh Perlembagaan. Malaysia bukannya sebuah Negara Islam. Undang-undang negara ini adalah bersifat sekular.

Bolehkah kita terima manusia yang longgar seperti ini?

Pihakd kerajaan perlu segera membuat keputusan dan menghentikan tindak-tanduk kumpulan pelampau ini yang hanya akan mengancam status Islam dan memporak-perandakan hubungan antara kaum dan agama yang telah sekian lama kita bina bersama. Umno sendiri perlu bertindak terhadap ahlinya (Zaid Ibrahim) yang turut menjadi juara dalam tuntutan kumpulan pelampau ini.

Jangan sampai umat Islam bertindak balas, jangan menguji kesabaran umat Islam, jangan terlalu ghairah sehingga berani menjolok sarang tebuan yang selama ini tidak menganggu mana-mana pihak.

SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n3.blogspot.com/

Saturday, March 18, 2006

Dari Kota Bharu ke Manhattan (2)

Assalamualaikum wr wb,
Bertemu lagi...
Perjalanan yang panjang dan memenatkan
Perjalanan ke Stockholm mengambil masa 12 jam, merentasi ruang angkasa Thailand, India, Bukhara, Samarkhand, Moscow sebelum ke destinasi pertama Stockholm. Aku telah membuat beberapa persediaan untuk perjalanan panjang ini bersama buku nota dan beberapa buku bacaan.Paling lama aku boleh terlena hanyalah beberapa jam sahaja. Aku menuliskan beberapa noktah misi perjalanan ini :
· Berperanan membawa suara wanita Islam ke peringkat antarabangsa
· Mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan wanita khususnya wanita Islam antarabangsa
· Bertemu dengan pelajar Malaysia dan sampaikan risalah
· Bermusafir untuk melihat kebesaran Allah - ambil iktibar
· Berkongsi pengalaman bila kembali ( atas dasar inilah catatan ini dilakukan)
Sesekali fikiran ini melayang kepada detik-detik sebelum perjalanan ini. Laluan untuk sampai ke saat ini tidak mudah untuk aku dan keluarga. Banyak perkara yang harus diambil kira dalam membuat keputusan. Belanja yang mahal, wajarkah untuk organisasi? Meninggalkan keluarga dengan anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian intensif; adilkah untuk mereka? Meninggalkan klinik untuk tempoh yang lama, tiada aku maknanya pesakit yang datang juga akan turun dengan mendadak; bolehkah kami menanggung defisit ini? Dari awal aku telah mengusulkan agar dicari pengganti untuk menemankan Dr Har ke New York. Akhirnya aku bersyukur dengan bantuan Akhi Che Rahimi, suami penyayang yang sentiasa memberikan galakan , kami membuat keputusan untuk mengatasi segala cabaran yang ada dan akhirnya sampailah aku ke saat ini. (Inilah juga ciri-ciri yang aku dapati di kalangan semua suami akhawat 2 dari Mesir, 1 Jordan dan 1 Libyan yang tinggal di Ireland ) dalam kumpulan kami mewakili wanita islam di UN ini. Mereka adalah dari kaum lelaki yang begitu gender sensitif hasil dari pentarbiyahan syumul yang sanggup berkorban demi untuk dakwah ini.

Masa terus berlalu ; baca,tulis, tidur, makan, baca, makan dan akhirnya pada jam 10 malam ( 3 petang waktu tempatan) pesawat Boeing 747 MAS mendarat di Lapangan Terbang Alanda Stockholm yang putih diselimuti salji yang masih tebal. Kelihatan beberapa jentera berat pembersih salji dipinggir landasan. Juruterbang memaklumkan suhu diluar adalah - 5 C. Transit selama 1.5 jam kuhabiskan bersama seorang wanita India Mangalam berusia lebih separuh umur yang dalam perjalanan ke New Jersey mengunjungi keluarga abang iparnya yang telah menetap di Amerika selama lebih 30 tahun. Suami Mangalam telah meninggal dunia 2 bulan sebelum itu akibat Asthma dan komplikasi jantung. Beliau yang memiliki status permanent resident (green card) saban tahun mengunjungi US untuk mengaktifkan status penduduk tetapnya.

Tepat jam 4.30 petang waktu tempatan , kami berangkat menuju New York dalam perjalanan selama 6 jam . Hati begitu lega melihat Dr Harlina sudah sedia menunggu di lapangan terbang Newark, New Jersey. Brother Imam Shamsi Ali, warga Indonesia yang bertugas di Indonesian Mission dan juga Imam Masjid Islamic Centre New York sedia menjadi pemandu kami. Saki baki salji masih kelihatan di merata tempat. Sejuk terasa. Perjalanan ke Helmsley Middletown Hotel melalui jalan Broadway yang terkenal itu. "Culture Shock' aku melihat iklan yang terpampang ; inilah gambaran ekploitasi wanita dan lelaki diperingkat maksimum. Memang golongan ini memerlukan cahaya Islam untuk membebaskan mereka dari perhambaan meraka kepada nafsu dan diri mereka sendiri.

Pengalaman di United Nation akan menyusul.....

Wassalam

Dr Hafidzah
Manhattan 9/3/06

Dari Kota Bharu ke Manhattan (1)

ana kongsikan coretan Dr. hafidzah yg menyertai persidangan UN di Manhattan baru2 ni


Assalamualaikum wr wb,
Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi sekalian,
Pesawat MAS yang dijadualkan berlepas jam 8.45 pagi 2 Mac 2006 ditunda perjalanannya. Juruterbang mengumumkan dengan tertib bahawa terdapat kerosakan tayar kapalterbang yang harus dibaiki. Tayar ganti sudah diperolehi dan kerja-kerja pembaikan sedang berlangsung. Mereka juga sedang menunggu kedatangan 'co-pilot' gantian yang akan mengambil masa 1 jam untuk sampai. "Co-pilot yang dijadualkan bertugas tidak dapat hadir pada pagi tersebut. Lega dan puas hati dengan penjelasan, lebih 200 penumpang pesawat Boeing 747 menunggu dengan tenang dan penuh sabar di perut kapalterbang. Masing-masing melayan fikiran masing-masing. Aku menghidupkan kembali talipon bimbit untuk menghantar pesanan ringkas kepada Dr Harlina yang telah berada di New York untuk memaklumkan kelewatan ini.
Hari sebelumnya , sekitar jam 7 malam aku dihantar oleh suami dan anak-anak ke Lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu untuk memulakan perjalanan panjang ke New York; transit pertama di Kuala Lumpur. Anak kecil ku Solahuddeen 3 tahun dan Mujahid 5 tahun sibuk dan keletah bermain di ruang legar tempat menunggu. Mungkin dalam fikiran mereka tiada yang istimewa pemergian kali ini; umi hanya akan pergi sebentar ke Kuala Lumpur seperti yang dilakukan saban bulan. Tiba saat keberangkatan hati begitu sayu dan sebak mendakap satu persatu anak-anakku yang turut menghantar pada petang khamis itu . Kepada Aisyah, Fatimah ,Naim ,Maryam dan Firdaus ku titipkan pesan agar menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia dan beramal untuk Islam selain membantu menjaga adik-adik yang kecil. Ketika bersalaman dengan suami yang begitu penyayang, memahami dan banyak berkorban , air mata mengalir deras sendiri tanpa boleh ditahan. Ku pohon ampun dan kemaafan serta restu untuk perjalanan yang jauh ini; semua demi dakwah, menegakkan kalimah Allah dan membawa suara wanita Islam ke peringkat antara bangsa di United Nations. Kata-kata peransang suami membuatkan aku cepat-cepat mengusapkan air mata dan terus menuju ke balai berlepas. Lega hati ini melihat anak-anak semua melambai-lambai. Sekurang-kurangnya kali ini Solahudden tidak lagi menangis dan merengek kesedihan ditinggalkan.

Aku di ambil oleh adikku (yg ke 6) Nazri di KLIA sebelum menginap semalaman di rumah kakaknya (adikku yang 4) Salamah di Shah Alam. Malam itu kuhabiskan dengan berinteraksi dengan mereka dan anak-anak saudaraku selain mengkemaskan beg yang akan ku gunakan ke New York keesokkan harinya. Tepat jam 4 pagi seolah-olah aku dikejutkan untuk menyiapkan diri untuk perjalanan yang panjang ini. Setelah melakukan solat sunat musafir , Nazri menhantarku dan kami sampai di KLIA jam 5.45 pagi . Kami sampai awal maka proses mendaftar masuk berjalan dengan lancar. Aku menunaikan solat subuh bersama para musafir lain di surau KLIA. Selepas solat aku sempat menalipon dan menghantar pesanan ringkas kepada keluarga dan sahabat handai untuk memohon didoakan oleh mereka.

Alhamdulillah akhirnya Kapten mengumumkan bahawa kami bersedia untuk berlepas dan tepat jam 10.49 pagi pesawat mula bergerak laju membelah awan ruang angkasa Sepang untuk perjalanan tanpa henti ke destinasi pertama Stockholm Sweden.

Ramainya Orang Sweden
Hampir separuh dari penumpang kapalterbang terdiri dari warga Sweden. Mereka semua baru menghabiskan percutian musim sejuk mereka ke negara bercuaca panas seperti Thailand dan Malaysia. Kebanyakan mereka bercuti ke Phuket ( Antara yang terkorban dalam tragedi Tsunami 26 Disember 2004 adalah warga Sweden) dan transit beberapa hari di Malaysia sebelum pulang semula ke Sweden. Ramai juga dari kalangan mereka yang sudah lebih separuh umur, ada yang bertongkat tetapi mempunyai semangat dan keinginan yang tinggi untuk melancong dan melihat negeri orang. Duduk bersebelahan dengan warga Swedish ini aku berusaha untuk menyampaikan mesej Islam semampu mungkin. Semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka dan menjjadi orang yang berjalan di atas mukabumi dan melihat kesudahan orang-orang terdahulu yang engkar.
Bercakap tentang warga Swedish mereka adalah orang yang termaju di dunia. Sekadar melihat beberapa indeks;Kadar kematian ibu mengandung mereka adalah yang terendah di dunia, Kadar celik huruf juga amat tinggi dan mereka mempunyai paling ramai wakil wanita di Parlimen (40% - 2004). Semoga akhirnya hidayah Allah bersama mereka sekiranya mereka benar-benar terkumpul dalam golongan orang yang berfikir.....
Bersambung.................
Wassalam,
Dr Hafidzah

Thursday, March 09, 2006

Kembara ke bandung (siri 4)

8.00pm WIT : Dinner di Dapur Teteh

setelah solat jama’ taqdim, mak mengetuk pintu kamar, mak, ayah dan lain2 akan mendahului kami menuju ke Dapur Teteh. Kami harus berjalan sendiri ke sana nanti. Haha! Belum pernah mak dan ayah biarkan kami berjalan sendiri dalam kawasan baru, apatah lagi pada waktu malam. Tapi, benar! Di sini sememangnya dipercayai. Damai dan aman!

Seketika kami tiba di Dapur Teteh, ketika kami baru hendak memesan makanan, azan isya’ berkumandang dari masjid Daarut Tauhid. Waiter diam seketika menghormati dan menjawab azan! Uh! Kalaula semua waiter kat restoran lain camni…

Kuliah maghrib tadi belum habis, disambung sedikit lagi. Wait..wait..kami di restoran! Macam mana bias dengar tafsir Ar-Rahman yang disampaikan di masjid??? Di sini, da’wah memang disokong dengan teknologi. Di seluruh Daarut Tauhid, anda bisa mendengarkan atau menonton ceramah yang disampaikan di masjid, sama ada melalui televisyen atau radio.

Bukan sekadar itu! Selesai kami makan malam, kami berjalan pulang menuju hotel. Jalanan kelihatan sibuk! Bayangkan apa pula tarikan malam itu? Yang menghimpun seramainya manusia duduk berteleku di atas jalan, di tepi jalan, lantaran masjid penuh! Jalan menuju hotel kami ditutup, manusia memenuhi bahagian kiri jalan itu (jalan kanan dikhususkan utk kereta yang perlu masuk), manusia turut memenuhi dataran depan kedai swalayan berhadapan dengan masjid! Akhirnya kami sekeluarga membeli jus alpukat dan duduk di tepi gerai. Dari situ, kami dapat menyertai kemeriahan yang menarik sejumlah manusia ini—kuliah dari Aa Gym. Screen besar dan tv diletakkan di merata2 tempat, sehingga tak melampau untuk mengatakan yang SELURUH warga Daarut Tauhid (termasuk para peniaga yang sedang meniaga, para pengunjung yang sedang makan malam/ membeli belah) bisa mendengarkan ceramah dan melihat wajah penceramah! Menakjubkan!

Yang lebih menakjubkan tentunya isi kuliah tersebut! Benar2 membasahi bumi hati! Inilah yang kucari sejauh ini—kekuatan yang dimulai dengan sesuatu yang berupaya membasahi bumi hati! Aa Gym bercerita dengan gayanya yang bersahaja, memikat hati dan menyusup ke jiwa tentang—MEWARISKAN YANG TERBAIK!!! Sebagai bukti kita beriman kepada adanya hari Akhirat, dan semua manusia akan mati, mewariskan yang terbaik adalah kemestian! Hidupnya kita di dunia ini haruslah menjana manfaat selama mana kita hidup, malah selepas kita mati pon!

Nabi Ibrahim membina Kaabah yang manfaatnya melata hingga hari ini! Bayangkan! Tanya diri sendiri—apa pula kebaikan yang kita wariskan??? Tulislah sesuatu kerana ilmu yang dimanfaatkan pahalanya berlanjutan walau setelah kita mati, begitu juga dengan amal jariah dan doa anak yang soleh.

Beliau turut menyentuh tentang ‘belajar daripada kesusahan’. ‘Rumput yang tumbuh di kawasan gersang, akarnya lebih kuat dari rumput yang tumbuh di kawasan subur’….Di kesempatan itu juga, dipromosikan kutipan infaq yang akan berjalan sebentar lagi untuk membina sebuah lagi masjid di sebuah lagi kawasan di Bandung yang akan dibangunkan seperti kawasan Daarut Tauhid.

Dikongsikan juga seminar terbuka nasional utk menyokong Rang Undang2 Anti Pornografi dan memohon sokongan penuh daripada para hadirin.

Seketika sebelum kuliah berakhir..seorang wanita bernama Ibu Suparni bersuara di microfon hadirin. Kufikir ibu ini mahu mengajukan soalan. Rupa-rupanya…dia memohon untuk diislamkan. Terkesima aku seketika..benar! Benar-benar terkesima!

‘Aa Gym..mohon saya diislamkan…’katanya mengakhiri kisah hidupnya. Ya Allah…Allah..besarnya rahmatMu! Syukur atas hadiah hidayahMu..

Lalu ibu itu diajar mengucapkan syahadah disertakan maksudnya dalam bahasa Indonesia. Alhamdulillah..aku tidak nampak di mana ibu itu, kalau dia ada di hadapan mata, mahu sekali aku memeluknya dan berkata, ibulah saudara seiman kami!! Allahuakbar!!! Seluruh kasawan itu bisa mendengarkan saat keislaman ibu Suparni! Lalu, Aa Gym mengakhiri sesi penuh makna malam itu dengan doanya…Aku redha dengan ALLAH sebagai Tuhan, dan Islam sebagai Deen, dan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul…

Kami sekeluarga bangun dari tempat duduk di tepi gerai..dan berjalan menuju hotel…diam..hati menangis…penuh syukur..di sepanjang perjalanan, para petugas mengutip infaq mendapat sambutan hangat! Kain2 yang digunakan utk mengutip infaq penuh!MasyaAllah alhamdulillah!!

----------
nota kaki: pewh! habis pon kisah hari khamis, lepas ni hari jumaat plak..bersambung..

kembara ke bandung (siri 3)

1.45 WIT : ‘Penerokaan’ disambung!

Hujan rintik2..aku, marhamah, mak dan makcik sharifah masih mahu teruskan. Ayah dan pakcik2 mahu tinggal di bilik sahaja. Baru sahaja hendak menyarung sepatu, baru kami perasan, sepatu2 kami telah disusun oleh pekerja hotel! Peraturan menyusun kasut di sini adalah meletakkan kasut mengarah keluar. Bukan seperti arah kasut tatkala kita hendak memasuki hotel. Ini memudahkan kita tatkala mahu keluar. Susunan kasut sungguh tersusun! Sekali lagi rasa segan menerpa. Kalau ada yang tidak menyusun kasut dengan betul di sini, tentu sekali akan merasa sangat segan. Ini sudah menjadi disiplin komuniti Daarut Tauhid.

Pekerja di kaunter hotel perasan kami belum bergerak sejak tadi, kreatif memikirkan cara terbaik mengharungi rintik hujan dan bersedia menghadapi ‘ramalan cuaca’ ayah. Ayah meramalkan hujan akan bertambah lebat. Huhu..seketika bapak yang tadi di kaunter sudah tercegat di pintu menghulurkan payung2 untuk kami. Terima kasih pak!

Daripada pemerhatianku, Daarut Tauhid tidak seperti pesantren lain. Masyarakat di sini dibangunkan, bukan sekadar dari pengisian rohaniahnya, tetapi juga kehidupannya. Ala-ala arqam, dari segi pembangunan ekonominya. Sungguh berjaya!

Antara syarikat/ perniagaan dan institusi yang berjaya dibangunkan dan digunakan sebagai wadah da’wah ialah:

1-Masjid Daarut Tauhid
2-Klinik Kesihatan (lengkap dengan ambulance yang cantik!)
3-Hotel (Daarul Solehah, Daarul Jannah 1&2, MQ Guesthouse, Pondok Sofia, Daarul Muthmainnah etc)
4-Kedai serbaguna
5-Tadika (atau TK)
6-Pos Polisi
7-Perusahaan air—MQ Jernih
8-Departemen Pendidikan
9-Departemen Da’wah dan Sosialisasi
10-Pakej ‘Wisata Rohani’
11-MQ Dry Clean & Laundry
12-Rumah anak yatim
13-Gema Nusa
14-Toko Buku
15-MQ TV Production House
16-MQ.fm
17-MQ Animation
18-MQ Publication
19-Kedai2 gambar
20-Butik/Busana Muslim (Busana Thoma’ninah etc)
21-Dompet Peduli Ummat
22-Farmasi
23-Muslimah Center
24-Restoran (Café Daarul Jannah, Daput Teteh etc) dan kedai-kedai makan
25-MQS (Mutiara Qolbun Salim)
26-MQ production
27-MQ Multimedia
28-MQ Tours & Travel
29-MQ Consumer
30-emq event management
31-MQ guesthouse
32-MQ solution
33-ITSANA Mulia
34-MQ Barokah
35-MQ Printing
36-MQ Sound System
37-MQ Retail
38-MQ Fashion







Tidak cukup sekadar itu, sesungguhnya masyarakat setempat memang mendapat ‘rahmat’ kehadiran pesantren Daarut Tauhid di situ. Banyak sekali rumah2 yang memaparkan nota ‘kamar kosong masih ada’—ramai sekali yang mendapat bisnes dengan kehadiran ramai pengunjung di sini.

Kembara ke bandung (siri 2)

11.05am WIT : berhimpun di Café Daarul Jannah. Lunch! Yum yum!

Melalui makanan, kita bisa mengenal persamaan dan perbezaan budaya. Alhamdulillah, untung sekali sepanjang kembara, aku tidak alah dengan makanan berbeza. Pendek kata, boleh saja mencuba pelbagai makanan baru tanpa masalah sakit perut. Kali ini, aku dan ayah mencuba nasi tembel special! Salah satu specialities Daarut Tauhid! Memang enak! Nasi panas dibungkus dalam daun pisang. Ditambah dengan sayur-sayur segar, ayam, tauhu dan tempe goring panas turut dihidangkan…pergh! Cukup menyelerakan! Ditambah pula dengan layanan penuh senyuman daripada para pekerja café DJ ini, tambah mendamaikan.

Sempat juga, sementara menunggu hidangan yang dipesan disiapkan, aku berlegar2 sekeliling café. Poster2 sekeliling café memang menarik hati! Poster-poster yang penuh dengan mesej membasah hati. Belum pernah aku bertandang ke café hotel dengan hiasan seumpama ini. Kebanyakannya lebih memilih untuk hiasan gambar2 pemandangan sahaja. Di pintu masuk, ada tabung infaq dan helaian bulletin diberi percuma. Baru kuteringat, di kaunter hotel tadi pon begitu, ada tabung infaq dan bulletin percuma. Malah, radio yang dipasang di café ini juga pengisiannya islamik, dari saluran MQ.fm.


12.10pm WIT :

Selesai menunaikan ‘hak perut‘, kami mula berjalan keluar, hasrat hati ingin berjalan2 keliling Daarut Tauhid—bertaaruf dengan DT yang cukup popular ini. Setiap langkah kami berjalan, ada sahaja yang mengagumkan kami! Dari manusianya, kebersihan persekitaran, kesopanan dan senyuman yang sentiasa mekar mendamaikan, keindahan binaan bangunan hinggalah kepada tong sampah yang bermesej!

Baru beberapa meter, ramai sekali manusia bergerak menuju ke arah yang sama! Pelik sekali! Ada jualan murahkah?

12.20pm WIT : Zuhr!

Azan berkumandang! Patutlah! Bukan jualan murah, tapi panggilan Allah! Mengagumkan sekali! Bagai mini Makkah, para peniaga menutup barang jualan, serta merta meninggalkan gerai dan berjalan menuju masjid. Kerana kami bermusafir, kami memang bercadang utk solat jama’ di bilik, jadi kami masih melihat2 dengan penuh selamba. Namun, akhirnya rasa segan menerpa diri dengan teramat sangat. Lebih baik kami menangguhkan hasrat kami, dan pulang dulu ke bilik. Berjalan menyongsang dari arah menuju ke masjid, pendek kata, menyongsang arah yang dituju kebanyakan manusia, rasa segan tambah menebal! Pendek kata, kalaulah ada orang yang masih duduk selamba tak menunaikan solat, di Daarut Tauhid, tanpa teguran pon, anda akan terasa segan yang teramat! Huhu..belum pernah aku melancong ke tempat sebegini!


Hari Pers Nasional!

Antara kemestian dalam jadual kembaraku setiap kali berjaulah, ialah menonton berita dan membeli Koran. Semua ini membantu untuk kita melihat dunia dari kaca mata dan perspektif penduduk setempat. Sempat tadi setelah usai solat jama’, menonton berita. Oh! Hari ini Hari Pers Nasional! Baru kutahu! SBY (Susilo Bambang Yudoyono) merasmikan acar nasional tersebut. Tepat sekali dengan kepanasan isu karikatur Denmark yang membangkitkan amarah muslimin sedunia, SBY mengingatkan bahawa kebebasan press bukan mutlak! Huhu..

kembara ke bandung (siri 1)

Khamis 9 Februari 2006 (10 Muharram 1427H-Hari Asyura)

5.00 am : 9 orang ahli kembara menaiki 2 buah kereta menuju ke KLIA

Tentu sekali aku bersemangat! (heheh..kalau berjalan,aku memang semangat!) Setelah sekian lama aku tidak menjelajah dan berkembara, inilah saatnya! Memang ada kos lepas dengan pilihan ini. Sebetulnya, kembara ini memang telah dirancang sejak November yang lalu, alhamdulillah mak berjaya mendapatkan 2 tiket Air Asia percuma ke Bandung. Ya! Gratis 100% huhu..tapi masih perlu bayar airport tax. Aku memang pencinta kembara. Entah mengapa, tapi aku memang suka berjalan dan melihat. Yang tersurat dan tersirat. Membina dan menghimpun kekuatan diri. Bekalan meneruskan kehidupan mendatang.

Dalam perjalanan, aku kemaskan ingatan semula, ‘kerjarumah’ yang diberi oleh naqibahku kerana tidak hadir bengkel menulis artikel. Kerjarumahnya ialah—menulis catatan kembara ini yang turut merangkumi: kesan kembara kepada keluarga dan diri sendiri, ‘ibrah daripada jaulah, teknologi da’wah yang dapat dikongsi, dan kepentingan rehlah/ jaulah. Berat bunyinye! Jadi macam lawatan kerja?? Haha..Tapi, sekurang-kurangnya selain misi-misi jaulah yang telah kugariskan, homewok ini bisa buat jaulah jadi lebih terarah.Mudah-mudahan..”Berehat dengan menukar kerja”..kata Ust Alias.

7.55 am : Pesawat AK 966 berlepas ke Bandung dari KLIA

Perjalanan 2 jam, kami isi dengan ma’thurat, tilawah dan iadah, sejak pagi tadi tak sempat. Sambil-sambil mengalas perut yang sememangnya lapar, kami mendengar alunan nasyid dari MP4. seketika pengumuman bergema. Mata terasa berat, semalam memang tidur lewat sebab bersiap. Hari terakhir sebelum berangkat, memang banyak yang perlu disempurnakan. Kami tidur cuma 2 jam.

8.45am WIT : mendarat di Bandara Husein Sastranegara, Bandung

9.15am WIT : menaiki 2 buah taksi menuju Daarul Jannah 2, Gegerkalong


sebuah taksi dengan perjalanan menuju Daarut Tauhid hanya memakan kos sebanyak Rp35,000. Alhamdulillah, supir kami ramah sekali. =) Diceritakan dengan penuh semangat sedikit sebanyak tentang Bandung dan mayoritas penduduknya yang beragama Islam. Seperti biasa, perkara yang perlu dijangka di Indonesia ialah macet! Masih teringat saat tenggelam dalam macet di Jakarta, untung sekali

saat bertapak di dataran Daarul Jannah 2, angin pergunungan menerpa. Sedari tadi hujan memang turun renyai-renyai. Bandung memang kawasan di antara pergunungan. Cuaca memang sejuk! Hati terasa nyaman dan damai.

Seketika berehat, perut berkeroncong. Waktu baru 10.50am WIT. Haha..tapi di Malaysia kan sudah 11.50am. Sememangnya sejak pagi tadi kami tak sempat bersarapan dengan sempurna, berlari2 menuju balai berlepas, baru membuka bekal roti, dah dipanggil masuk. Dalam pesawat, bekal roti dikongsi-kongsi.

takde tajuk

16days tak masukkan post baru!! wahahaha..hm..memang busy! duh!

jangan tunggu masa lapang untuk berjuang (dlm konteks ini menulis..hehe)
kerana kehidupan mmg tidak menyediakan kelapangan
orang yg menunggu masa lapang utk berjuang
akhirnya akan tidak berjuang
atau hanya menempel di tepi medan

waha..xpela..ade bende lain yg terpaksa diutamakan daripada menulis kat blog buat masa ini..

hmm..rakyat bangun menentang Thaksin dan Arroyo
India bergolak lagi..benarkah 'pertentangan 2 agama'?? apakah yg sebenarnye berlaku?
Gerila ETA bom Bilbao, Spain..ape dah jadi?
Laluan kargo Gaza ditutup!! (Cis Zionis!!) bekalan makanan disekat!!
RMK-9 akan dibentangkan akhir bulan ini..apa reaksi dan tuntutan kita sebagai rakyat??
harga minyak naik..semua pon naik..

sebenarnye terasa sangat bes sebab baru habiskan baca buku:
1-PEACEMAKER F-3000 (ada 6 buah cerite yg bes! termasuk Bara Di Langit Gaza)
2-Syeikh Ahmad Yasin: Bapa Intifadhah Palestin
3-Biografi Muhammad bin Abdullah

sekarang tgh baca buku Prahara Budenovsky (btol ke eja ni?) cerite ttg mujahid di Chechnya melawan Russian dulu..

banyak lagi buku nak dibaca..kalau sewa n wat library, boleh kaya ni..haha..pesta buku antarabangsa PWTC dah dekat..

dulu sgt semangat gi pesta buku msia, tapi sebenarnye kalau nak dibandingkan dgn pesta buku indonesia dan mesir, nothing eh..bisa gila klu gi pesta buku kat sana! kat indonesia, siap ada islamic book fair, bukannye setahun sekali tu, tapi akan diadakan di kebanyakan wilayah utama di Indonesia..so kalau termiss, bleh gi kat wilayah lain..

sebut psl indonesia, teringat plak airport polonia medan terbakar..hancus..hangus..habis..teringat plak pengalaman suka-suka kat airport tu, tpt transit utk ke aceh...

my spec dah 2 minggu hilang..2 MINGGU!!! aduh..dah cari tak jmpe, nak gi kedai wat baru, garu kepala, mana nak cari duit, tak buat, tak nampak, org cakap, angguk jela..huhu..nak buat, mak takde masa nak kuar plak, dedua kete kene pakai...bersyukurlah atas nikmat penglihatan yang sihat..huhu

weekend ni, 3 orang akhawat akan nikah+walimah!! baarakallahu lakunna..

tulah dye post: takde tajuk. org kate, kalau tak tahu nak tulis ape, tulis je..(cam pernah wat latihan ni dulu, masa writing class kat matric)..supaya latih aliran idea..haha..

insyaAllah dlm masa terdekat akan masukkan post yg tersusun dan teratur n ade tajuk la..dah siap, nak kemaskan dgn info yg lebih bagus n tepat..

wallahua'lam. fi amaanillah