Wednesday, February 22, 2006

tahniah Puan Habsah Jaafar!!

berkaitan ISU PANAS SEMALAM...

sungguh terharu dengan kesan ibadah haji yang diterima Puan Habsah..semalam di TV3...beliau nekad mempertahankan jilbabnya--suruhan Allah yang dicintainya.

though sebelum ini, beliau dan ramai lagi pekerja di hotel 5 bintang tersebut akan membuka tudung bile waktu kerja tiba dan memakainya semula bile tamat waktu kerja, kesan panggilan haji ternyata membina kefahaman dan penjiwaan penuh ketaatan dalam diri beliau..

teringat lagu nadamurni..
sepatutnya kembalinya jemaah haji
merupakan aset yang paling berharga
aset agama, bangsa dan negara
membawa pengajaran
membawa hikmah
dan juga akhlaq yang mulia
dengan aset itu
akan dibangunkan
agama, bangsa dan negara...

semoga Allah terus menyinari beliau dengan hidayah utk tetap teguh mempertahankan iman beliau..

apa peranan kita selaku 'ansar' kepada muhajirah seperti beliau? BERILAH SOKONGAN DAN BANTUAN YANG DIPERLUKAN!!!

apa yg boleh kita lakukan?? tulis surat beramai2 atas nama individu kepada akhbar2 menyokong beliau dan tindakan beliau...menyokong dan mempertahankan tudung..menyokong dan mempertahankan suruhan agama...menyokong dan mempertahankan agama sendiri...bagi yang mempunyai kemahiran menghasilkan karya seperti sajak, puisi etc, hasilkan karya ulung anda! bagi yg pandai menghasilkan cartoon, buatlah cartoon bermesej mempertahankan dan menyokong beliau...buatlah sesuatu dengan kelebihan yg anda ada..semoga dengan sekelumit usaha kita Puan Habsah dan ramai lagi wanita Islam dan wanita2 dari agama2 lain yang tabah mempertahankan suruhan agama dan ketaatan kepada Pencipta akan merasa lebih kuat dengan sokongan kita...ingatlah..our small collective contributions bring a BIG difference..a small step for one, a giant leap for all!!

isu yang timbul menggambarkan banyak perkara dan boleh dilihat dari pelbagai perspektif:
1-gap antara western dan Islam masih wujud hatta di Malaysia sendiri..mcm sama plak Msia dengan France etc..alhamdulillah pemerintah masih mempertahankan hak Muslimah utk bertudung.

2-Malaysian muslim women--yang memakai tudung telah dinobatkan sebagai world best oralist...tapi di Msia, bagaimana mungkin masih ada insan2 spt mereka yang memandang bahawa tudung menjadi penghalang kepada kompetensi dan kejayaan dalam bekerja??? Puan Habsah adalah pengarah akaun yang telah mempunyai lebih 10 tahun pengalaman di bidang tersebut! apakah pula kaitan tudung dengan halangan besar terhadap bisnes hotel tersebut?? KITA pula..sudah cukupkah daya usaha kita utk melakukan yg terbaik dalam semua yg kita lakukan demi membuktikan muslimah bertudung komited, profesional dan kompeten??

3-mungkin juga ia kes terpencil..kalau ya, apakah agenda pengusaha hotel tersebut??

4-tak baik pula su-uzzon, tapi better berwaspada...belum reda isu karikatur yg menggemparkan seluruh dunia, juga isu hak asasi terhadap tahanan Guantanamo, tercetus pula isu ini..atau sebenarnye isu2 seperti ini mmg banyak dalam masy..cume yg ini special sbb beliau berani stand up and voice out!!! maka akan timbul persoalan..sudah cukup banyak dan luaskan pergaulan kita dengan masy sekeliling (terutamanya di luar kelompok kita) sehingga mampu memahami isu2 yang kadangkala tak terfikirkan dek akal...pernah anda ketemu insan yang hidup di KL, dalam kesempitan wang utk menyara keluarga dengan kehidupan di kotaraya, selepas bertugas siang di pejabat, malam terpaksa bertugas di bar yang ternyata bayarannya lebih tinggi!!?? macam2 lagi kisah manusia..dan ramai yang ternanti2 gapaian da'wah kita...BERGERAKLAH!!!

5-walau Islam terus2an dicabar, jangan sesekali kita mengecil dan menghina agama lain..ingat pesan Allah agar jgn kita hina agama lain kerana ditakuti dengan kejahilan mereka, mereka akan menghina Allah dan RasulNya sebagai balasan kepada penghinaan kepada agama mereka. Islamlah agama yang sangat teliti dan memperuntukkan tatacara berhubung baik dengan penganut agama lain. justeru ia akan kembali kepada persoalan how to react to these issues? dalam masa yg sama tentu sekali kita perlu pertahankan tanpa syak segala suruhan Allah..

6-dalam konteks yang lebih besar...titik persamaan yg wujud dan boleh digunakan dalam memobilisasi sokongan penganut agama lain ialah...isu ini bukan sekadar isu larangan bertudung, tetapi ia adalah isu larangan mempraktikkan ajaran agama, hari ini mungkin ia berlaku kepada tudung, tetapi tak mustahil jika tiada tindakan ia akan turut menggugat hak memakai turban, cross etc. percaya atau tidak, hakikatnya, masih wujud golongan penganut agama lain yg tekun beragama (ataupun tidak); yg akan teguh berdiri mempertahan hak utk beragama dan menjalankan ajaran agama. juga..masih wujud golongan penganut agama lain yang turut merasa 'bersaudara' dengan org2 Islam dalam perkara2 kebaikan. contohnya: Isnin lalu. sebuah kuil buddha di Brickfield diketuai Dr. K Sri Damanandha menyerahkan RM500,000 kepada Yayasan Al-Mansoriah utk menyokong pembinaan rumah anak yatim di Aceh? tentu sekali mereka tahu rumah anak yatim itu akan memberikan pendidikan termasuk pendidikan agama Islam kepada mereka...

7-selain ibadah haji itu sendiri adalah kemuliaan berpeluang menjadi tetamu Allah dan berpeluang mendapat tarbiyyah Allah melalui ibadah haji...para pengurus jemaah haji dan para jemaah haji yg telah diberi kesedaran ttg kepentingan da'wah harus memanfaatkan peluang memprogramkan rakan taulan jemaah haji yg lain dengan kesedaran yg membasah dan membasuh jiwa..potensi insan2 yang berpeluang menunaikan haji sgt besar utk dimanfaatkan! berdoalah selalu insyaAllah dengan izin Allah, hidayah Allah akan menyinari hidup mereka dan membuka pintu hati mereka utk turut bersama atau setidak2nya menyokong usaha da'wah kita.

wallahua'lam..
bersama2 kita fikirkan dan cambahkan idea..bersama2 kita bertindak!

kerja besar untuk perubahan besar
nyemah_mulyaa

Tuesday, February 21, 2006

sesuatu yang sangat menarik hati telah dijumpai

sesuatu yg sangat menarik telah dijumpai!!!

eerrrgh..bile nak pegi ni!!

KARTUN VS KARTUN

KOLEKSI KARTUN ISLAMI (bertepatan dengan isu penghinaan dengan menggunakan cartoon baru2 ni)

where? library, UIAM Gombak
when? 20th--24th february 2006

organizer? IIUM Library, PKPIM, PERKARTUN

pegila maryam!!! pegila!!!

Sunday, February 19, 2006

bintang bergemerlapan di galaksi jihad

Hnm..bile nak sambung cerite ttg kembara ke bandung nih?? Ish..hm..cerite bandung terpaksa ditahan sebentar, sebenarnye tgh baca buku Syeikh Ahmad Yasin Bapa Intifadhah Palestin (Berjuang hingga ke titisan darah terakhir)..sangat best!!!so, tergendala sket cerite ke Bandung tu. InsyaAllah akan disambung soon (agaknye lepas habis buku ni kot hehehe)

Terjemahan dari sebuah syair Arab…

Kerusi rodanya yang hanya mampu bergerak dalam ruang yang terbatas…
Telah membuka di hadapanmu ufuk dan zaman yang luas
Kerusi roda itu..
Telah mengajar manusia erti perlawanan
Dan bukannya
Seperti kerusi-kerusi lain (pemimpin Arab) yang lari ketakutan
Dia (Syeikh) menikimati kelazatan sebuah kematian dan kebenarannya
Dalam perjuangan menjadi contoh dan ingatan


Semulia-mulia kematian adalah mati syahid
Wahai bapa intifadhah,
Kau akan tetap menjadi bintang yang bergemerlapan di galaksi jihad kami


Kerja besar untuk perubahan besar!!
nyemah_mulyaa

Tuesday, February 14, 2006

Tahniah wahai asy-syahid!!

Tahniah wahai asy-syahid! Tidurlah dengan damai….
(sempena memperingati 22 Mac 2004)

selangkah keluar
suci penuh harapan

selangkah kedepan
seluruh diri berserah pada Ar-Rahman

selangkah maju penuh ketenangan
redha dan diredhai TUHAN

selangkah keluar
menuju husnul khatimah impian…
hadiah syahadah idaman
buat yang teguh beriman

“Ayah, di luar kedengaran bunyi helicopter yang ingin memburumu..”
“Biarkanlah. Aku juga sedang menantinya di sini!”

dunia menangisi pemergiannya
biarlah…dia pulang dengan penuh bahagia
ke pangkuan Penciptanya

serpihan jasadmu yang berhamburan
darah merahmu yang melaut jauh di jalanan
menghimpun bermusim kenangan
seluruh kata juangmu datang bertalu
akan kami suburnyalakan di segenap jiwa
biar si keparat tahu mahalnya harga
menentang athfaal hijaarah,
mujahiddun filastiniyyun
junuudullah!!!

Tahniah wahai asy-syahid!
Tidurlah dengan tenang dan aman…
Akan kami sambung jalan juangmu…
Sehingga kebenaran meraja seluruh alam

Takziah saudara-saudaraku di bumi Quds
Takziah saudara-saudaraku seluruh kaum muslimin
Takziah diriku..

Sungguh!
22 Mac 2004
ia pesanan berdarah menusuk jiwa
ia bukti ‘perdamaian’ taghut laknatullah hanya sia-sia
ia luka yang membajai semangat juang
ia janji yang ditunaikan dan doa yang dimakbulkan!

nyemah_mulyaa
16 Muharram 1427H
(35 hari menjelang 2 tahun kesyahidan bapa intifadhah Palestin)

Monday, February 13, 2006

tiada kata henti utk menjadikan hidup penuh erti

Bagiku tidak ada kata henti untuk menjadikan hidup penuh erti, perhentianku kelak, ketika terbaring sendiri di perkuburan yang sepi.

Toto Tasmara
penulis Brotherhood (Aku Rindu Persaudaraan)

kembara ke bandung

dear blog,
sebetulnya sudah lebih 2 pekan aku nggak mengisi blog ini..haha..sudah berbaur bahasa indonesia! baru pulang dari kota bandung semalam...smpi jam 12 tengahari waktu malaysia.

cuaca di bandung seperti dijangka dengan keadaan geografinya yang terletak di antara pergunungan...sejuk!(tapi tak sesejuk winter di dundee la..haha)pagi2 aku bisa menggeletar..smpi ke tulang..tapi bila panas..boleh tahan jugak! smpi menggelupas gak sebahagian kulit muka..huhu..

banyak betul nak diceritakan...sudah tentu rihlah ke bumi Indonesia...yang paling menggamitku adalah buku2nya yang bisa menggilakan aku...MURAH, BANYAK PILIHAN, MENARIK!!!

dengan sedikit duit yang ada, alahamdulillah, berhasil membeli 13 buah buku dan majalah..tak ketinggalan, sempat juga beli koran PIKIRAN RAKYAT..nak tengok berita dari perspektif masyarakat indonesia..

kami menginap di DT (Daarut Tauhid)..specifically di cottage Darul Jannah 2, kemudian ke DJ1...Daarut Tauhid sememangnya tempat yang mengagumkan! dengan pimpinan akh Aa Gym dan bantuan ALLAH,ia berhasil mengetuk banyak pintu hati manusia!

tempatnya aman bangat! belum pernah ayah mak membiarkanku jalan bersendirian, apatah lagi di tengah malam...huhu..tapi di DT tak merisaukan...kebersihan...mmg ngetop! apatah lagi dalam keadaan rata2 bahagian masy Indonesia yang pernah kulawat kurang mementingkan kebersihan, DT mmg dasyat! hinggakan ke masjidnya pon! semua org sudah seperti maklum bagaimana aturannya menyusun sepatu! SANGAT tersusun!

ada yang meggelarnya mini makkah..saat hampir azan, penggerai sudah siap menutup kedai, bersiap2 semuanya menuju masjid Daarut Tauhid...kalau ada yang berjalan merentangi jalan ke masjid, tentu berasa sangat segan dan malu! seolah2 anda seorang saja yang tak ke masjid..

awal pagi yang meriah....kalau anda menginap di kediaman2 di sini, petugas hotel akan bertanya, "mahu saya kejutkan utk qiyam?" huhu..terharunye..rata2 masy di sini jam 2.30 sudah memenuhi masjid..kalau hari minggu, subuh masjid dah penuh, kene solat kat tepi2 jalan2..itupun penuh! duh! bayangkan! ada ke satu kawasan yang tiap2 minggu saat qiyam masjid penuh?? qiyam men! belum lagi solat subuh!!

hm..gitula kire2nye...so, ni baru introduction lho..(hehe)..bagi suspen sket..insyaALLAH catatan kembara penuh akan disiapkan dan dimasukkan...emangnya ini PR (keje umah/ homework) yang diberikan naqibah gue kerna nggak pergi ke prog PENA ahad lalu..heheh..

wallahua'lam..