Saturday, January 28, 2006

makan besar...

wah..alhamdulillah...semua adik beradik akan ada kat rumah isnin ni..dah lama tak makan besar...ni tengah tunggu sorang lagi tak balik-balik..kekeke..isnin baru leh lepas...takpe tabahla hafal quran kat sana eh..

Tuesday, January 24, 2006

ukurannya pada isinya..

mengukir kategori umur manusia...
kayu pengukurnya bukan pada panjang pendeknya umur...
tapi BAGAIMANA KITA MENGISINYA...

pernah sekali saya menghadiri satu muzakarah, speaker satu slot tu bertanye, "rasa2 sepanjang umur awak sekarang ni..berapa banyak masa yang awak boleh bazirkan?". tiba giliran saya...saya menjawab, "kalau persoalannya berapa banyak masa yang BOLEH (mengikut kefahaman saya, bermaksud mampu) dibazirkan...jawapan saya...seumur hidup pon boleh dibazirkan"...

ya..kalau manusia mahu, seumur hidup pon boleh dibazirkan, tapi kita diberi pilihan..untuk membazirkannya ataupun tidak, sedang setiap pilihan pon ada consequences tersendiri...ganjaran dan balasan..take ur pick!

dulu..ketika saya mencongak2 masa depan, nak kerja apa dan sebagainya...akhirnya ayah berpesan..yang pesannya saya ingat sampai sekarang...hidup ni bukanla sangat berkisar tentang apa pekerjaan kita, bagaimana kita dapat menyara hidup, bagaimana kita nak mencari gaji etc...tapi ada persoalan yang lebih penting..bagaimana kita mengisi kehidupan kita...

ia persoalan yang lebih besar dan lebih menyeluruh...
ia persoalan yang akan membawa kita kembali kepada 4 persoalan pokok;
dari mana kita datang
ke mana kita akan kembali
mengapa kita dijadikan
apa tujuan hidup ni?

Monday, January 23, 2006

Filem palestin menangi oskar

Los Angeles, Khamis, 19/01/2006 - Pengarah filem Palestin "Paradise Now", Hanny Abu Assad telah memenangi oskar "best foreign filem" di pesta filem Golden Globe di Los Angeles, hari ini. Filem tersebut mengisahkan keperitan hidup rakyat Palestin dan juga perjuangan rakyat Palestin yang telah membawanya kepada aksi "pengeboman Syahid". Hanny yang tidak menyangka bahawa filem yang merupakan filem pertama keluaran rakyat Palestin diterima untuk anugerah yang berprestij itu akan memenangi oskar tersebut.

Pesta filem itu dianjurkan oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA) semenjak tahun 1944 lagi. Filem yang sama juga pernah memenangi anugerah Blue Angel Award for Best European Film di Berlin untuk tahun 2005. Assad menegaskan bahawa filemnya ingin membawa para penonton untuk memahami psikologi rakyat Palestin yang ditindas selama setengah kurun oleh rejim Zionis. Beliau juga ingin membawa mesej keamanan dan kedamaian yang "sebenar" lewat filem tersebut. Apabila ditanya samada filem tersebut akan mencetuskan kontreversi, beliau menafikannya dan mengatakan bahawa tiada apa-apa yang kontreversi di dalam filem yang menceritakan kebenaran kepada dunia terhadap rakyat Palestin.

Cerita tersebut mengisahkan detik 48 jam terakhir dua rakyat Palestin yang telah membesar bersama dan merancang bersama untuk meletupkan diri. Di penghujung filem, kedua-dua hero tersebut akhirnya mempertimbangkan semula keputusan mereka. Untuk melakukan penggambaran filem tersebut yang siap di Nablus pada tahun 2004, Assad terpaksa melepasi kawasan periuk api, serangan misil Zionis dan uga ugutan dari beberapa rakyat Palestin sendiri yang tidak mahu filem itu dihasilkan.

Note: sumber : al jazeera
penterjemah : maszlee malik"

Allahummansurilislam!

tomorrow...D-day..election day for the Palestinians..

Please make du'a for HAMAS candidates in the election on the 25th. US is funding others in order to prevent HAMAS from winning the election.

source: palestinkini.info

Oleh Maszlee Malik

25 Januari 2006 merupakan tarikh yang dinantikan oleh majoriti rakyat Palestin. Tidak kira samada mereka yang tinggal di dalam Palestin 1948 (Israel), ataupun mereka yang tinggal di Gaza dan Tebing Barat, mahupun mereka yang tinggal di kem-kem pelarian Palestin di negara-negara jiran seperti Lubnan, Jordan dan Syria.Tidak keterlaluan juga jika dikatakan, seluruh dunia juga turut ghairah menantikan tarikh tersebut. Dari Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), malah rejim Zionis Israel juga berdebar-debar menantikan tarikh tersebut. Itulah tarikh pilihanraya legaslatif Pihak Berkuasan Palestin (PA).

Pilihanraya yang berbeza

Apa yang menarik sangat mengenai pilihanraya kali ini?, ianya bukanlah pertama kali diadakan di bumi Palestin yang dijajah. Pilihanraya seumpamanya pernah diadakan pada tahun 1996. Apa yang istimewanya kini?, tidak lain dan tidak bukan penyertaan HAMAS yang merupakan pilihan popular rakyat Palestin. Penyertaan gerakan pembebasan rakyat Palestin HAMAS yang telah bersinar bintang mereka terutamanya selepas Intifadah 2000 telah menarik perhatian ramai pihak. Dunia bagaikan ternanti-nantikan apakah yang bakal berlaku.

Mana tidaknya, ketika rakyat Palestin sibuk ingin menjalankan hak mereka yang dijamin oleh sistem demokrasi, AS, EU dan Rejim Zionis telah masuk campur. Bermula dengan percubaan Rumah Putih yang gagal untuk menghalang penyertaan HAMAS di dalam pilihanraya tersebut, kemudian diikuti oleh EU pula yang muncul dengan ugutan untuk memberhentikan bantuan EU kepada rakyat Palestin jika HAMAS memenangi pilihanraya berkenaan. Rejim Zionis kemudian muncul selepas itu (15 Januari 2005) dengan ugutan untuk menganggu perjalanan pilihanraya dan juga kini menghalang calon HAMAS dari bertanding di Baitul Maqdis timur. Pada hari yang sama juga, AS telah mengugut untuk memberhentikan bantuan kepada rakyat Palestin berjumlah 350 juta Dollar Amerika setahun (berbanding 2 Billion Dollar Amerika kepada Rejim Zionis) jika HAMAS mendapat suara majoriti di dalam pilihanraya berkenaan.


Saban hari rakyat Palestin dibunuh !


Agak melucukan, di dalam keadaan rakyat Palestin dibunuh tiap-tiap minggu oleh tentera rejim, di kala kebanyakan rakyat Palestin masih lagi meringkuk di dalam penjara-penjara Zionis, di dalam keadaan jutaan rakyat Palestin masih lagi mendiami kem-kem pelarian, di kala Rejim Zionis enggan tunduk kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk memberhentikan pembinaan tembok pemisah, AS dan juga EU lebih bernafsu untuk menghalang HAMAS daripada menyertai pilihanraya. Usah ditanyakan apakah niat di sebalik usaha-usaha tersebut, yang pasti lobi Zionislah yang sebenarnya lebih berkuasa di dalam menentukan apa-apa keputusan yang akan diambil.

Antara alasan yang dikemukakan oleh Rejim Zionis dan juga EU dan AS di dalam usaha mereka menghalang HAMAS daripada menyertai pilihanraya tersebut ialah prinsip HAMAS yang berjuang untuk menghancurkan kewujudan entiti haram Israel. Antara lain juga alasan mereka ialah HAMAS sukar untuk dibawa berunding, dan yang paling utama ialah mereka meminta HAMAS melucutkan senjata dan membubarkan prinsip perjuangan mereka untuk memerdekakan bumi Palestin.

Walaupun HAMAS telah bersetuju untuk berunding dengan rejim Zionis (merujuk kepada wawancara radio Israel dengan Mahmoud Zahar, pemimpin tertinggi HAMAS pada 9 November 2005) menarik kenyataan mereka untuk menyaksikan kehancuran negara Israel, namun AS dan rejim Zionis tetap enggan menerima hakikat penyertaan HAMAS di dalam pilihanraya tersebut, apatah lagi untuk menyaksikan calon-calon HAMAS mendominasi PA. Lihat sahaja apa yang telah berlaku kepada calon HAMAS di Baitul Maqdis timur, Syeikh Muhammad Abu Tir dan enam calon HAMAS lain yang telah ditangkap oleh pihak rejim pada 15 Januari 2006 selepas berkempen. Walaupun beliau telah menegaskan kesediaan HAMAS untuk berunding dengan pihak rejim, namun itu belum lagi memuaskan hati rejim Zionis. Mereka mahunkan rakyat Palestin, khususnya HAMAS untuk meninggalkan terus perjuangan mereka dan terus melupakan kemerdekaan negara Palestin.

Maknanya, jika ada apa-apa serangan dan juga kezaliman pihak rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, HAMAS tidak boleh bersuara dan melawan kembali, apatah lagi untuk mempertahankan diri. Menyeru rakyat Palestin agar melucutkan senjata adalah umpama menyeru mereka agar memberikan tengkok mereka untuk disembelih oleh pihak rejim tanpa sebarang halangan.


Amerika dan rejim Zionis menafikan hak HAMAS menyertai pilihanraya


Rakyat Palestin mengutuk tindakan Rejim Zionis

Tindakan buruk rejim Zionis ini telah mendapat kutukan seluruh rakyat Palestin. Tidak kira dari fraksi mana pun mereka, apa yang dilakukan oleh pihak rejim Zionis menurut mereka adalah tindakan mencampuri urusan dalaman Palestin dan juga mencabul hak rakyat palestin untuk membuat pilihan. Mahmoud Abbas, presiden PA sendiri telah menyelar tindakan pihak rejim, yang padanya telah mengotori sistem demokrasi dan juga tidak menghormati hak rakyat Palestin.

Saeb Erekat, ketua perunding PA-Israel juga turut mengecam tindakan rejim Zionis yang dianggap sebagai melampau. Hatta Hannan Ashrawi, mantan wanita besi Palestin dan juga merupakan salah seorang calon yang akan bertanding di Baitul Maqdis timur, ketika ditemuramah oleh BBC telah mengutuk tindakan Rejim Zionis. Beliau menegaskan, bukanlah beliau bersimpati kepada HAMAS, tetapi apa yang dilakukan oleh rejim menunjukkan sikap biadap mereka dan juga tidak langsung menghormati prinsip demokrasi yang paling asas dan juga menganggu rakyat Palestin di dalam usaha mereka menjalankan tanggungjawab terhadap negara.

Pihak suruhanjaya pilihanraya PA pun telah menolak cadangan rejim pada 15 Januari yang menghalang HAMAS daripada bertanding dengan alasan bahawa segala persiapan telah lengkap diaturkan. Segala gambar calon HAMAS dan juga kertas undi telah siap dicetak. Apa yang berlaku menurut mereka benar-benar telah menganggu gugat kelancaran perjalanan pilihanraya yang bakal berlangsung pada 25 Januari nanti.

Jika dilihat kepada kebenaran yang telah diberikan oleh Ehud Olmert pemangku Perdana Menteri rejim Zionis kepada rakyat Palestin di Timur Baitul Maqdis untuk mengundi sebenarnya adalah di atas desakan Washington. Pada awalnya, sepertimana ketika pilihanraya pemilihan presiden PA pada tahun 2005 dahulu, pihak rejim enggan membenarkan rakyat Palestin di sana untuk mengundi dan menjalankan pengundian di dalam daerah tersebut. Jika tidak disebabkan oleh tekanan Washington, nescaya rakyat Palestin tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin yang mereka inginkan. Kebenaran mereka itu pun bersyarat, iaitu HAMAS tidak dibenarkan bertanding di kawasan berkenaan.


Ehud Olmert,pemangku Perdana Menteri Israel menggantikan 'bulldozer' !


Syarat yang amat pelik ini disebabkan oleh beberapa faktor, pertamanya, mereka merasakan kawasan tersebut adalah sebahagian daripada Israel yang mana pihak PA tidak ada apa-apa kuasa di sana. Yang keduanya, mereka merasakan jika pilihanraya dibenarkan di sana, bermakna pihak rejim mengiktiraf kawasan tersebut sebagai milik rakyat Palestin, dan ini bertentangan dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Zionis yang mengakui bahawa Baitul Maqdis adalah milik mutlak Israel dan juga ibu kota Israel yang abadi.

Mereka takuti juga jika dijalankan pilihanraya di kawasan tersebut, HAMAS akan memenanginya, kerana usaha HAMAS yang begitu didokongi oleh kebanyakan penduduk Baitul Maqdis. Penduduk Baitul Maqdis yang menghadapi penindasan dari pihak rejim secara berterusan sememangnya inginkan pihak yang lebih tegas dan berani di dalam memperjuangkan nasib mereka untuk terus kekal dan terus tabah di dalam menghadapi kezaliman Zionis.

Muhammad Dahlan yang ganjil!

Di dalam keadaan yang serba sengit dan celaru ini, Abu Zuhri, salah seorang juru cakap dan juga pimpinan tertinggi HAMAS menegaskan bahawa mereka tetap akan bertanding di semua tempat yang telah diletakkan calon-calon mereka. HAMAS juga menurut Abu Zuhri telah menyusun strategi demi memenangi pilihanraya yang disifatkan sebagai amat penting di dalam usaha mereka melawan korupsi dan juga salah guna kuasa oleh para pimpinan PA selama ini.


Kenapa Muhammad Dahlan begitu takut dengan HAMAS sehingga membuat tindakan yang ganjil lagi pelik ??


Di sudut yang lain pula, mantan Menteri Keselamatan Dalam Negeri PA, Muhammad Dahlan yang dikenali sebagai tali barut Zionis dan juga koruptor besar di kalangan pimpinan PA telah melancarkan kempen mengutuk dan mengecam HAMAS. Di bandar Ramallah, pada 15 Januari, beliau telah mengecam HAMAS yang disifatkan sebagai menjilat ludah mereka sendiri apabila bersetuju untuk menyertai pilihanraya yang pernah mereka boikot pada tahun 1996 dahulu di atas alasan ianya adalah hasil dari Oslo 1993 yang gagal.

Menurut beliau, pilihanraya sekarang adalah di bawah tajaan "Road Map" tajaan AS yang jauh lebih merugikan berbanding Oslo 1993. Menarik lagi ialah, di kala pemimpin PA yang lain sibuk mempertahankan penyertaan HAMAS di dalam pilihanraya yang bakal menjelang, Dahlan, sepertimana biasa mengutuk penyertaan HAMAS dan juga kewujudan HAMAS itu sendiri. Yang pasti beliau bimbang akan masa depannya yang akan digugat dan juga fail-failnya yang akan dibongkar oleh pihak HAMAS jika mereka berjaya menguasai PA nanti. "

bahagialah hati walaupun payah!

Mereka yang berjuang seringkali menangis lemah di sisi ALLAH, tapi ALLAH kuatkan dia di sisi manusia, berjuanglah kerana ALLAH, bahagialah hati walaupun payah, kerana itulah jalan ke jannah.

**thanx a million, nela!

Friday, January 20, 2006

berimanlah!

Keyakinan kepada ALLAH s.w.t adalah air kerohanian yang tidak pernah kering, menjadikan seorang mu'min tetap teguh ketika orang lain longlai berguguran dan tetap tenang ketika orang lain keresahan

Sunday, January 15, 2006

sambutan maal hijrah:lebih segar dan menyegarkan...

tetibe terfikir lagi...psl awal muharram yang tinggal 15 hari lagi...ape agaknye institusi dan badan2 berkaitan buat utk sambutan tahun ini..

hu...tulusnye, senanye saya selalu mengantuk dan bosan dgn cara sambutan maal hijrah saban tahun di msia...particularly dgn cara sambutan biasa dalam masy kita...tak habis2 dgn perarakan, sepanduk, cogankata, perhimpunan, anugerah, ucapan yang panjang dan menidurkan...bla bla bla

minta maaf sangat..bukan nak komen saje2..tapikan..saya rasa orang yang menghadirinye (kerana terpaksa) pun sangat bosan kan..

ape kata tahun ni dan tahun2 akan datang, buat la acara sambutan yang lebih segar, kontemporari, dan membasahi bumi hati..

contohnya:
1-mosque hunt/ mosque xplorace (masukkan acara Qiyamullayl perdana+ziarah kubur)
2-deklamasi sajak
3-pertandingan nasyid kontemporari hijrah
4-lukis poster, graffiti, mewarna, lukis cartoon
5-nescafe (atau pape company) kick start (heheh)..sponsor sape yg dapat membina karier berdasarkan penghayatan dari hijrah
6-teater: where are the ansar today?
7-konsert bersemangat: hijrah--can it passed unnoticed?
8-pasang bunting seluruh bandar
9-ziarah ke rumah2 org miskin dan bg bantuan
10-stem dan sampul surat khas sempena mengenang peristiwa hijrah
11-sms/ DL lagu percuma dari syarikat2 telekomunikasi ttg penghayatan hijrah
12-pertandingan memasak juadah maal hijrah
13-futsal hijrah
14-hijrah walk (yg ni kene blajar dr saff:)
15-kad istimewa maal hijrah
16-jualan buku, kaset dan VCD ilmiah besar2an sempena maal hijrah
17-pasang nasyid2 hijrah penuh semangat beberapa hari sebelum awal muharram ketika rehat di sekolah
18-edar suratkhabar maal hijrah percuma di tol2
19-prog bersih kubur
20-ziarah saudara baru
21-cycling ramai2 ke rumah org2 tua dan buat prog dengan mereka
22-bersihkan longkang dan tandas awam di kawasan kejiranan berhampiran..(Nabi smpi di Madinah, membina water system utk air bersih)
23-invent computer game--hijrah..
24-tayangan perdana filem dan drama penghayatan hijrah
25-maal hijrah top host
26-banyak lagi...

buatla macam2...banyak yg bleh dibuat...to make the presence of new hijry year being FELT...yang penting ruhnya...hijrah mengajar kita bahawa wherever Muslim goes, he should bring goodness to that land. Rasulullah berhijrah ke Madinah...Madinah menjadi tanah subur penuh rahmat...

wallahua'lam

'ibrah dari tempayan yang retak..

found this in sya z's blog..sangat menyentuh realiti..check it out!

try bace kisah tempayan yang retak...dan lihat ke dalam diri...

http://www.geocities.com/azdriana16/tempayan.htm

Moral of the story:
setiap dari kita memiliki kekurangan.
Tidak ada yang sempurna.
Namun, jika kita mahu,
kekurangan kita boleh dijadikan pintu mengukuh kekuatan.
Di sisi Tuhan Yang Maha Sempurna dan Bijaksana,
tidak ada yang dicipta sia-sia,
tidak ada yang terbuang percuma,
Jangan takut dengan kekurangan
kenalilah kelemahan
kerana di situlah akan kita temui KEKUATAN.


teruskan hidup dengan penuh semangat! hidup ini hanya sekali, hiduplah dengan penuh erti. aja aja fighting!!

Wednesday, January 11, 2006

ACCOUNT NOTICE??

ACCOUNT NOTICE!!

Your pahala balance is not sufficient to maintain your akhirat account...please top up your amalan to reload your syurga credit line. TQ

phewh! cute..tapi menakutkan eh kalau jadi kenyataan...nasib baik selalu ada inzaar....moga mendapat basyiirah-tergolong dalam ashaabul yamin..ameen ya Allah

BERGERAKLAH!!!

bergeraklah! kerana diam bisa mematikan. sebesar-besar keuntungan di dunia adalah menyibukkan dirimu tiap saat pada aktiviti yang memberikan manfaat paling banyak di akhirat.

menyia-nyiakan waktu adalah lebih bahaya daripada kematian kerana ia memutuskanmu daripada ALLAH dan akhirat, sedangkan kematian hanya memutuskanmu dari dunia dan penghuninya..

Ibnu Qayyim

berapa lama lagi awal muharram 1427H??

Soalan quiz hari raya qurban: BERAPA HARI LAGI KITA AKAN MENYAMBUT AWAL MUHARAM????

15 saat dari sekarang...tit tit tit tuuuuut..masa tamat..

tak ingat??? lorh...come on..duh..WAKE UP!!!

LAGI 19 HARI LAA!!!

lagi 19 hari kita akan menyambut tahun baru!!! 1 Muharram 1427H jatuh pada 31/1/06. Apa persediaan kita untuk menyambut tahun baru kita ni???

semasa pertemuan dengan akhawat Aceh di Rabbaniyah, ketika bertaaruf, salah seorang ukht berkata..."saya berhijrah pada tahun sekian sekian"..saya merespon: "berhijrah dari mana?"..beliau tersenyum..kemudian baru saya faham..aduuh..apela lambat sangat..isk..

hijrah yang beliau maksudkan...ialah hijrah dari seorang insan yang tercari2 arah kehidupan kepada penglibatan dalam jemaah utk menjadi insan khalifah daieah ilallah, yang jelas erti dan tujuan hidup...masyaAllah...belum pernah saya ketemu insan seperti ini..satu perkataan yang biasa didengar..tapi penggunaannya kali ini bisa buat saya menangis..berguling2 rasanya..

kalau begitu apa saya sudah berhijrah??? APA SAYA SUDAH BERHIJRAH??? YA ALLAH..APA SAYA SUDAH BERHIJRAH??? saya harap sudah..dan saya harap saya akan terus bersedia untuk berhijrah, menghayati dan terus menghargai erti hijrah...

kalau sudah..dulu ketika saya menjadi muhajirah di kalangan muhajirin dan muhajiraat...saya amat berterima kasih kepada para ansar yang menyambut dan membimbing saya...berkorban apa sahaja demi berkongsi nikmat iman dan islam penuh rahmat dengan saya....dan semoga pengorbanan yang saya lakukan demi hijrah itu diterima Allah....semoga ia kekal menjadi inspirasi buat bekal kembara kini dan akan datang...

kini, saya mahu menjadi insan bertaqwa di kalangan ansar yang sentiasa bersedia menerima dengan hati dan tangan terbuka sesiapa sahaja yang ingin kembali kepada Allah...semoga saya terus tabah bersedia mengorbankan segala yang termampu demi berkongsi rahmat iman dan islam milik Allah ini dengan seluruh alam...

saudaraku...ramai lagi potential muhajirin di luar sana...kitalah ansar yang mereka nantikan...nnti bila kita harus menjadi muhajirin...carilah ikhwah dan akhawat sefikrah seaqidah...merekalah ansar yang kita pasakkan thiqah dan ukhuwwah...walau di mana kita akan berkelana...

saudaraku...sediakanlah sambutan terbaik utk awl muharam ini..bak kata aisyah z...apakah ertinya sambutan yang baik itu? pada baju barukah? pada lauk pauk kah? pada kuih muihkah? tidak semestinya..kerana ada yang menyambutnya dengan tumpahan darah fi sabilillah...sambutlah ia dengan hatii tenang penuh tunduk dan syukur pada Rabbul 'Aalamien...kalau ada kemampuan...kita GEGARKAN INSAN SEKELILING KITA!!! biar mereka bukan sekadar TAHU tetapi bergegar rasa hati saat mengingatkan Muharram bakal tiba..saat mengenangkan peristiwa hijrah agung 1427 tahun yang lalu!!!

buat sesuatu!! masih ada masa!! sempat! tahun lalu..masih kuingat..kami berkumpul di ADM TR5, bersetuju membantu menampal poster di seluruh kampus...poster sambutan awal muharram..poster dengan kata2 yang menusuk qalbu membakar semangat membasahi bumi hati...WHERE ARE THE ANSAR TODAY???

tahun ini??? serlahkan kreativiti anda..jom kite semarakkan sambutan maal hijrah! yang kontemporari..yang menusuk hati...membasah nurani! jom!!!

p/s: sahabat2 di spore, tahun ni ada Hijrah walk lagi??? A walk to remember eh?

salam eid dari Turki

semalam...kuterima sms..belum pernah kulihat nombor ini..dalam banyak2 nombor international yg kusave..rasa2 nombor seperti ini belum pernah muncul di skrin..

haha..membaca msg baru tahu..mujur nesibe letak nama..kalau tak bingung juga memikirkannya..

"assalamualaikum. salamat hari raya kurban...may this eid bring happiness and peace for you and for your loved ones..jumpa lagi.nesibe"

huwa! sudah fasih berbahasa melayu nesibe nih! cayala!

untuk nesibe, eid mubarak! bak kata bibah, lets hope dat we'll hv enuf time 2 make more sacrifices fi sabililah. and may we get d chance to celebrate eiduladha in the Holy Lands..

nesibe yang bersemangat teguh..masih teringat saat assignmentnya dibuat atas tajuk McDonaldization..fewh! baru kutahu semangat ingin membebaskan palestin dalam diri sahabat Turkiku ini begitu kuat. saat Iraq diterajang lagi oleh US, dia memimpin sahabat2 Turkinya di UIA memasak makanan Turki yang sangat sedap, dan menjualnya di hadapan masjid, laku! seluruh kutipan jualan didermakan untuk mangsa perang--saudara seaqidah kita yang diuji di bumi Iraq!...teruskan berjuang sahabatku...teruskan berjuang...

catatan winter gathering MSM...inspirasi sebuah kembara..

to my dear friend,aisyahz, terima kasih banyak tulis ttg PMS..ia benar2 bekal inspirasi buat kembara ana di sini..sungguh! terima kasih banyak!! terima kasih tak terhingga..(amik sket letak sini eh)..sesape nak bace..bleh visit muharikah.blogspot.com.



Yang paling seronoknya, sudah ramai manusia mahu kembali pada Islam dan dahagakan bimbingan kita... Ada dari Germany dan Canada.Ada dari tempat yg tercorok di Uk yang ramai orang tak pernah dengar nama tempat itu.... Nak dapatkan Islam sangat payah kat sini sis jika tidak kita carikan sendiri... Nak memberitahu orang tentang Islam lagi susah sis, tak ramai daie moden kini yang sanggup bersusah payah menyewa kereta atau menaiki tren utk ke tempat yang perjalanannya 3-4 jam semata2 utk memberikan usrah selama 2 jam... tak ramai sis....di Malaysia jarang2 kita jumpa, kan? di sini? Alhamdulillah,suasananya makin rancak... mohon doa darimu sahabatku agar keadaan ini diteruskan sehinggalah Islam ini terpacak kukuh di dalam jiwa pemudi Islam ini.Kita mahu Islam tertegak di bumi ini sahabatku!

Kami balik dengan segunung doa,agar pertemuan ini tetap diteruskan.Payahnya nak melepaskan adik2 beradikku ini dari mataku... apalah dayaku untuk bersama2 mereka mengharungi ujian hidup di negara orang ini. Hanya Allah menjadi peneman kami....

Semoga mereka yang pulang mahu berkongsi apa yang mereka tahu pada manusia lain dan semoga mereka tetap tsabat di atas jalan tarbiyah ini...

Kami tetap bertangan terbuka menerima sesiapa sahaja insan yang dahagakan sentuhan ini...

Lagu tema kami; Satu tekad, masih tergiang2 di telingaku... Setiap kali berkumandang, tentu akan bergendang dahsyat kotak memoriku sehingga selalu sahaja terbit rasa sayu yang sukar digambarkan....

kisah kite beratur awal pagi menunggu bilik air yang sedikit
kisah kita berhimpit-himpitan tidur di dalam ruang yang kecil dan penuh dengan bunyi-bunyian

kisah kita duduk bersimpuh dan bersandar2 menahan kantuk ketika ceramah diberikan
kisah ketika kita menikmati permandangan di kota dan asyiknya kita perhatikan salji yang membentangi alam.

kisah kita makan berdulang berlaukkan ayam yang tidak pernah lupakan perut kita
kisah kita bersama2 berkenalan walaupun masa yang ada sangatlah sempit utk kita menjalinkan hubungan yang erat lagi...


terlalu banyak kisah kita...

namun kisah kita takkan bertitik di sini.. Takkan.!!
Selagi ukhuwah ini menyatukan kita, selagi itulah akan kita usaha agar kita tetap berada di atas paksi yang sama...
mencari mardhatillah dalam setiap langkah kita menuju kepadaNya.....

bila ada taqwa...

satu hari..dalam kereta, setelah 'terpegun' dgn kegelojohan dan kerakusan manusia di jalanraya yang tak sayangkan nikmat dan amanah nyawa...akhirnya ayah berkata: 'hanya kerana taqwalah manusia bisa jadi manusia bermoral hatta di jalanraya...walau tak sekolah tinggi'

ayah membuka cerita..dulu pernah ada org berhutang dengan ayah..sekitar RM1000..sedikit perselisihan dalam urusan orang gaji..begitulah agaknya...tapi kerana si penghutang ini masih ada taqwanya...dia tidak lari dari hutangnya, sedangkan kalau nak lari mmg boleh, ayah bukan jenis 'along' yang suka menagih hutang dan datang ke rumah tiap2 hari mengugut, dan insan ini, kalau dia larikan diri pun, tentu sukar untuk ayah kejar..

namun suatu hari...agak lama setelah peristiwa hutang berlaku..ayah terima panggilan dari Bank Muamalat. ayah disuruh datang. ada orang bayar hutang menggunakan duit zakat yang diterimanya. ya Allah! terkesima ayah! tau apa hamba Allah ni buat rupa2nya??? dia pergi memohon kat bank muamalat, dengan mengemukakan bukti bahawa dye insan berhutang...dan layak menjadi penerima zakat/salah satu asnaf zakat...dan bank muamalat luluskan permohonannya. ayah tak tahu rupa2nya dia hutang mak RM1k juga. lalu ayah ambil bahagian ayah sahaja dan pulangkan lagi RM1k. dah balik, bgtau mak, baru ayah tahu..haha..tak mengapalah...

mendengar cerita ayah...hati saya menangis...alhamdulillah..ada lagi manusia begini dalam dunia ni..(heh..ayat ape ni) mengagumkan..hamba Allah tu..tak tahu di mana dia sekarang...tapi dia telah mengajar kami bahawa manusia mmg bernilai bila ada taqwa...

Allah...

Monday, January 09, 2006

THE PILGRIMAGE OF LIFE by Mestica

We come from the four corners of the world
As brothers and sisters
Mukminin mukminat
The time has come to heed a call devine
Labbaikallahumma labbaik

To prepare for the coming of Akhirat
May we threat on the face of this world in barakah
The time has come the journey we must made
Labbaikallahumma labbaik

Here I am in your service here I am
Here I am in your service there’s no other
You’re the One is All Praise and All Bounty
You’re the One and only Sovereignty
You’re the One and there’s no other

The gathering is upon us
Labbaikallahumma labbaik
We pray for His blessing with all of the Might
Every race, color and creed unite
It’s a beautiful, most beautiful a sight

Here I am in your service here I am
Here I am in your service there’s no other
You’re the One is All Praise and All Bounty
You’re the One and only Sovereignty
You’re the One and there’s no other

Some will return, their heart and souls reborn,
Some will return, their grief replaced with joy,
Some will return, return to rahmatullah
The pilgrimage of life will lead you home

Here I am in your service here I am
Here I am in your service there’s no other
You’re the One is All Praise and All Bounty
You’re the One and only Sovereignty
You’re the One and there’s no other

tabahlah berjuang, wahai para pemuda!!!

Benarlah firman Allah:..
“Dan sesungguhnya Kami telah tulis di dalam Zabur,
sesudah Kami tulis di dalam Lauhul Mahfuz,
bahawasanya bumi ini
dipusakai oleh hamba-hambaKu yang soleh”

Dunia yang bermusim gersang
Dunia yang dikuasai nafsu dan lesu
Dunia yang dipenuhi wabak sengsara
Akan dilimpahi hujan
Akan direnjisi embun
Yang menyegarkan kembali jiwa ummah yang resah
Yang menyembuhkan sepi ummah yang gelisah
Berkat sinaran penuh gemilang
Berkat sentuhan tanpa paksaan
Berkat gegaran penuh ketaqwaan
Dari para pemuda yang ruku’ dan sujud pada Tuhan

Wahai para pemuda
Kalian adalah ruh baru
Yang mengalir di dalam urat nadi umat ini
Kalian menghidupkannya dengan sentuhan Al-Quran
Kalian adalah cahaya baru yang memancar terang
Menghapus kegelapan
Mengusir fahaman kebendaan
Menghidupkan hati dengan mengenal Tuhan

Kalian adalah suara lantang
Menggegar alam dengan nyalaan hidup yang gemilang
Warisan para anbiya’ terbilang
Khazanah hikmah para ulama’ cemerlang

Lakaran sejarah memapar kisah
Obor hemah kehidupan ummah
Agen perubah di kuburan jahiliyah
Menzahir misi manusia khalifah

Al-Farisi melihat dunia dengan mata hati
Al-Ayubi menyemat kebenaran kukuh di nurani
Yahya ‘Ayash mengejar syahid merindu Ilahi
Badiuzzaman tabah mencari kebenaran
Al-Fateh mengukuh keakraban dengan Tuhan
Anas An-Nadar mengejar kemuliaan di sisi Ar-Rahman

Pemuda penjunjung budi dan taqwa
Berbahagialah dengan berita gembira dari Tuhan
Susurilah jalan iman dengan penuh ketaqwaan
Yakinilah janji-janji Ialhi yang padat dengan kebenaran
Demi menzahir visi dan misi generasi awwaabun thoyyibun
Demi merealisasi wawasan Al-Abraar Al-Muttaquun

Wahai pemuda
Hari ini, kukuhkan barisanmu
Perteguhkan saffmu
Perangi permisivme yang menyesatkan
Hedonisme yang memesongkan
Materialisme yang memabukkan
Sekularisme pembawa sengsara
Megalomania yang kian menggila

Akhirnya saudara-saudaraku
Para pemuda permata istimewa
Di tengah kemelut akhir zaman
Siapakah yang lebih baik perkataannya
Daripada orang yang menyeru kepada Allah,
Mengerjakan amal soleh,
Dan teguh mengaku dirinya
Termasuk di kalangan orang-orang yang berserah diri?

Renunglah jauh ke dalam diri…
Siapa kita?? Dari mana kita datang??
Untuk apa kita dijadikan??
Dan ke mana kita akan kembali??

Sesungguhnya saudara-saudaraku,
Tiada makhluq yang kekal melainkan perubahan
Namun saudaraku,
Siapakah yang akan memikul tanggungjawab ini??
Meneruskan cita-cita ini?
Menjadi tenaga demi mengembalikan zat islam
Kepada umat…. yang kian tenat…


Sawaeid_ramiyyah
Nyemah_mulyaa

25 Jamadilawal 1425H
Jam 1743

Sunday, January 08, 2006

MOGA ADA SINAR DI MENDUNG TIMUR

minta izin ustaz saifulislam utk kongsikan catatan di bawah bersama yg lain melalui wadah ini, terlalu menyentuh hati, terlalu berharga untuk disimpan sendiri

menatap catatan perjalanan ini, mengingatkanku kepada Hetice Nesibe Ozturk, rakan seperjuangan yang telah pulang ke bumi Turki. apa khabar nesibe sekarang? uh..Zhannat Aldiyarova juga, telah berangkat ke Khazastan, menyambut eid di sana setelah berjaya menamatkan ijazah pertamanya di taman ilmu dan budi. apa khabar kalian semua? kata2 nesibe masih terngiang2.."I wish i know u much earlier..so dat we can share our xperience in jamaah with each other"..ya..me too..tak sangka sekali...dah grad baru tahu...alhamdulillah baru2 ini berkenalan dgn muna, tak mungkin aku lepaskan peluang kali ini, terus ku bertanya ttg penglibatannya dalam membantu ummah, cukup mengagumkan! she was born and raised in sri lanka, di sebuah bandar bernama Kandy, sedikit ke tengah Sri Lanka, justeru tsunami baru2 ini tidak melanda Kandy.

tapi, semangat kental dan jiwa besar muna sangat mengagumkan! Muna dan kawwan2nya mengumpul dana dari rumah ke rumah, dan pergi ke kedai ubat, meminta bantuan ubat2an. Dia sendiri pergi kepada mangsa2 tsunami di sri lanka yang kebanyakannya adalah Muslim yang tinggal di pinggir laut ddan bergantung kepada laut sebagai sumber pencarian..

Muna juga pernah tinggal di Kobe, Jepun selama 10 tahun. amazing! dari sri lanka tapi berupaya bertutur dalam bahasa jepun (uh..teringat pula saira dan saima arai--kembar jepun yg sangat tabah belajar arabic!)muna ada di Kobe sewaktu gempabumi melanda Kobe..diceritakan kepadaku dengan penuh semangat bagaimana gegaran tersebut menghancurkan bangunan2 dan menjadikan manusia sangat tak tentu arah...dan masjid tetap teguh terpelihara...

berkenalan dengan muna, nesibe, zhannat, saira dan saima...tentunya nikmat yang sangat berharga, semua berlainan bangsa dan negara, tapi kami percaya dengan wehdatul fikr dan wehdatul amal para muslimin atas persamaan iman kepada Allah..

semoga ada waktu ketemu mereka lagi, berkongsi cerita inspirasi buat meneruskan perjuangan...

selamat menghayati catatan di bawah...selamat berjuang saudara2ku bangsa Kurdi..semoga Allah sentiasa bersama kalian..


MOGA ADA SINAR DI MENDUNG TIMUR (catatan perjalanan di bumi Bani Osman 8 Januari 2006)

1996, lawatan saya ke Turki menjadi semakin kerap. Selalunya, saya akan bergilir, sama ada ke rumah Abdul Mutalip atau ke rumah Fatih di Gaye Vakfi, Yeni Sahra. Saya berazam pada tahun tersebut, saya mahu menghasilkan satu dokumentari tentang masalah yang dihadapi oleh orang-orang Kurdi di Turki. Duduk di dalam circle bersama kawan-kawan berbangsa Kurdi yang tinggal di Istanbul, telah membuka mata saya tentang betapa besarnya dugaan hidup mereka, namun terpinggir daripada mendapat liputan media.



Sering sahaja Abdul Mutalip membawa saya ke rumah kawan-kawannya yang berbangsa Kurdi. Majoriti mereka adalah pelajar di Fakulti Ilahiyat, Universiti Marmara Istanbul. Di dalam beberapa siri pertemuan saya dengan mereka, diskusi selepas solat Tarawih pada suatu malam itu, yang kekal dalam ingatan saya.



Salah seorang daripada mereka menelefon ibunya di kampung. Tentunya di timur Turki. Entahlah, saya sendiri kurang pasti sama ada di Bingöl atau pun di kawasan yang berhampiran dengannya.



“Selam aleyküm emak. Apa khabar?.... Oh begitu ke.... minggu ni siapa yang mati.... hmm, sabarlah mak ye... aleyküm selam!”



Terpegun saya mendengar perbualannya di telefon. Katanya, itu adalah perbualan biasa dia setiap kali menelefon emak di kampung. Katanya, minggu ni bapa saudaranya meninggal dunia. Semasa pulang dari masjid selepas bersolat Isyak, bapa saudaranya ditembak dan tubuhnya terjatuh ke dalam longkang. Entahlah siapa yang menembaknya, tetapi kami di kampung memang biasa mengesyaki ia perbuatan askar Turki.



Allah... begitu sekalikah kehidupan di sana? Mengapa nasib bangsa Kurdi begitu? Jumlah mereka cukup ramai, mereka bukan minoriti sebarangan di Turki. Saya juga sedar yang bangsa Kurdi ini menerima nasib yang sama, di semua negara mereka berada. Mereka minoriti di Iraq, Iran, Armenia dan Syria.



“Kerana itulah kita kena bebas dari Turki. Kita kena keluar dari negara ini!”, Bilal menyahut. Beliau begitu bersemangat. Tangannya menggenggam penumbuk dan berdiri sambil mengertap bibir.



Perbincangan yang hangat adalah perkara biasa. Mereka juga suka melibatkan saya supaya saya benar-benar faham apa masalah sebenarnya orang Kurdi di Turki.

“Kalau kamu nak keluar dari Turki, negara apa yang kamu nak bentuk? Apa asasnya?”, saya menyoal.



“Itu tidak penting. Yang utama sekarang ini ialah bangsa Kurdi mesti ada negara sendiri. Itu sahaja!”, kata Bilal.

“Kalau kamu bentuk negara Kurdi yang asasnya bukan asas Islam, kamu hanya mengundang masalah lain sahaja. Kamu dulu gemilang sebab adanya orang seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Bediuzzaman Said an-Nursi. Kalau kamu tak amalkan Islam dalam negara impian kamu, jika kamu menjadi majoriti, kamu akan tindas bangsa Turki sebagaimana bangsa Turki menindas kamu sekarang. Apa faedahnya?”. Saya memberanikan diri memberi komen.



Memang benar, bangsa Kurdi ni amat digeruni oleh orang barat. Bayang-bayang Salahuddin al-Ayyubi dan Bediuzzaman Said an-Nursi menghantui mereka semasa mereka bersidang di meja Saiks-Pico pada tahun 1919. Persidangan itu membincangkan agenda faraid penjajah terhadap tanah umat Islam yang diwarisi daripada kematian Khilafah Othmaniyyah yang menjelang, selepas kekalahan Perang Dunia Pertama. Di dalam persidangan tersebut, semua bangsa mendapat negara.

Lakaran peta di Timur Tengah dilukis mengikut kehendak barat. Namun, satu-satunya bangsa yang tidak mendapat negara bahkan peta dilukis bengkang bengkok kerana mereka, adalah bangsa Kurdi. Peta Turki, Syria, Armenia, Iran dan Iraq dilakar agar bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di semua negara. Ia adalah strategi jangka panjang ke arah melemahkan mereka.



Sebabnya mudah sahaja. Semasa Khilafah Othmaniyyah berada di ambang kejatuhan, bangsa-bangsanya telah memberontak. Bulgaria, Armenia, Arab, Slav dan sebagainya, semua bangkit menentang. Masing-masing mahu merdeka daripada ‘penjajahan Othmaniyyah’. Satu-satunya bangsa yang setia mempertahankan Othmaniyyah adalah bangsa Kurdi. Kerana itulah Ataturk telah membunuh ribuan pemimpin kaum Kurdi sebelum pengisytiharan pembubaran Khilafah Othmaniyyah dibuat.



Kuasa penjajah juga dibayangi oleh Salahuddin Al-Ayyubi dan Bediuzzaman Said an-Nursi. Pada mereka sifirnya mudah sahaja. Jika bangsa Kurdi diberikan hak bernegara sendiri, maka dengan segera mereka akan membangunkan kembali sebuah ‘Negara Islam’ yang baru sahaja selesai dipancung mati.



Itulah rasional saya ketika menyanggah pendapat Bilal.



“Aghh, kamu tahu apa? Kamu cuma mendengar, yang deritanya kami. Setiap kali pulang ke kampung, kami yang membasuh lantai rumah yang penuh darah kaum keluarga kami!”, kata Bilal.



Abdul Mutalip menepuk peha saya mengisyaratkan supaya saya tidak meneruskan kata-kata. Saya faham, dan saya merenung wajah Bilal yang sudah mula bergenang air mata. Kami berpelukan dan saling menepuk bahu. Sabarlah... dengan sabar yang indah. Itulah yang mampu saya ungkapkan.



Sukarnya untuk saya membuat kesimpulan. Akan tetapi, memori saya terhadap cerita rakan-rakan Kurdi ini timbul kerana saya teringatkan Hari Raya Aidiladha tahun itu. Kebanyakan rakan berbangsa Kurdi tidak pulang beraya di kampung. Walaupun harga tiket ke Diyarbakir pada masa itu hanya sekitar RM30, ia terlalu besar untuk kemiskinan dan penderitaan mereka.



Dan yang lebih penting, pulang ke kampung hanya mematahkan semangat mereka untuk belajar. Saya tidak terbayang untuk hidup di dalam suatu dunia yang soalan di telefonnya berbunyi, “siapakah yang mati minggu ini?”



Kuhulurkan doa moga kalian bersabar... moga ada sinar di mendung Timur...



Selamat Hari Raya Aidil Adha...



Allahu Akbar wa Lillah al-Hamd



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

8 Dzulhijjah 1426H / 8 Januari 2006

indahnya menjadi tetamu ALLAH...

9 Zulhijjah telah menjelma...hari arafah yang disunatkan berpuasa...berduyun2 jemaah haji menuju padang arafah utk berwukuh..aku jua menangis tersedu2 di sini..ya masih di Malaysia...kenape menangis? haha..setiap tahun pon begitu..setiap kali zulhijjah menjelma..dengar je lagu haji..dah rase sedeh..

sebab..tak berpeluang lagi menjadi tetamu Allah..betapa bahagianya menjadi tetamu Allah..dimuliakan sebagai antara dhuyufurrahman di rumahNya yang suci dan dipelihara...

insyaAllah akan terus berdoa dan usaha..semoga dapat menjaddi tetamu Allah sebelum mati..

teringat lagu nadamurni..

sepatutnya..
kembalinya jemaah haji
merupakan
aset yang paling berharga
aset agama, bangsa dan negara

membawa pengalaman, membawa hikmah,
dan juga akhlaq yang mulia
dengan aset itu
akan dibangunkan agama, bangsa dan negara


fuh...bayangkan kalau SEMUA jemaah haji berjaya memutihbersih hatinya setelah dibasuh dengan manasik al-hajj--puncak pengabdian pada Ilahi kembali ke tanah air dengan semangat membangun agama dan ummah! bayangkan impaknya besar! tapi ini tidak terjadi...alhamdulillah ada yang berubah..ada yang masih ditakuk lama..inilah manusia, kalau tak dari dulu Allah jadikan semua manusia baik..kan? inilah kehidupan..

9 zulhijjah akan berlalu, maghrib nanti, takbir hariraya yang kunanti2 dengan penuh makna akan dilaungkan dengan penuh izzah. eiduladha tahun ini mmhg lain dari yang lain...ia mmg hariraya penuh makna! eidul akbar!

3 bulan kebelakangan ini sedaya upaya kukorbankan seluruh jiwa raga utk misi hadiah istimewa aidiladha--aidiladha gift 4 life. kukorbankan masa, tenaga, wang...sehingga sekarang tengah diuji dengan kesihatan yang menurun dengan dasyat...semuanya demi sebuah hadiah hariraya penuh makna untuk saudara2ku yang sangat memerlukan. 9 zulhijjah: hari terakhir utk kami terima sebarang permintaan utk menjadi wakil melakukan ibadah qurban. setiap hari pon, aku berdoa, semoga Allah permudahkan urusan project qurban kali ini demi saudara2 seaqidahku. dan harini 9 zulhijjah, aku sudah boleh tersenyum riang walau dalam kepedihan menanggung sakit dan kepahitan menelan ubat yang pelbagai. insyaAllah, hariraya kali ini, akan ada manusia--saudara seaqidahku turut bergembira kerana usaha kerdil kami..semoga usaha ini bisa mengukuh iman mereka kepada Allah...

alhamdulillah, sahabat2 di IMUMS dan UIA juga turut bersemangat membantu. sumbangan yg kuperoleh dari 2 institusi ini menjangkau RM14k!! alhamdulillah! berkali2 kusebut pada mereka, walaupun setiap dr kita hanya menderma RM1, tapi ingatlah sumbangan kita sgt bermakna di hari raya ini. semoga dengan sumbangan ini, aidiladha kita dan mereka lebih bermakna...

ya..ia memang penuh makna...kepuasan yang tak terhingga...

some will return
their hearts and souls reborn

though i'm not one of the dhuyufurrahman this year, ya Rabb, i wish i could be one of those yang berjaya menghayati semangat eiduladha dengan sepenuh hati...semangat persaudaraan--gagasan ukhuwah islamiyah alamiyah, semangat pengorbanan suci penuh makna, semangat dan kesediaan utk menyerah diri pada Yang Esa..

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..walillahilhamd..

EID MUBARAK to everybody sempena eid al-adha tahun ini...