Tuesday, December 27, 2005

"TAK TAHU NAK MAKAN APA"

oleh Maryam Jailani


“Tak tahu nak makan apa”. Seperti biasa didengari. Tapi di mana ya? Pertama, barangkali kata-kata ini kita dengar saat dihidangkan pelbagai jenis juadah, sama ada ketika hendak berbuka, ketika memilih makanan di restoran atau di majlis-majlis makan. Pendek kata, kepelbagaian nikmat makanan yang kita nikmati seringkali menjadikan kita sukar membuat pilihan.

Namun, jauh di sudut dunia yang lain, kata-kata yang sama turut dituturkan oleh saudara kita, bukan kerana limpahan makanan, tetapi kerana tiada makanan! Mereka tidak tahu hendak makan apa kerana tiada apa untuk dijadikan makanan! Ironi yang mengharukan, tetapi saya amat pasti ironi ini bukan sekadar untuk memilukan suasana, hakikatnya, ia mengajak kita menjadi insan berfikir dan bertindak. Barulah berbaloi kepiluan ini.



FAKTA MERUNSINGKAN

Program Makanan Sedunia mencatatkan 24,000 saudara kita mati kebuluran setiap hari! Lebih menyesakkan nafas, 78% daripada jumlah ini adalah golongan wanita dan kanak-kanak. Isu ini bukan perkara baru. Walau dunia diuji dengan tsunami, taufan dan gempa bumi baru-baru, isu kebuluran tidak lenyap begitu sahaja. Justeru, wajarkah kita menggunakan alasan bencana-bencana ini untuk melupakan isu kebuluran yang mengorbankan nyawa saudara-saudara kita setiap hari?

18% daripada 33.6 million populasi Sudan, 55% daripada 25.1 million populasi Iraq, 49% daripada 70.7 million populasi Utopia, 750,000 penduduk Somalia, 500,000 penduduk Timor Timur, 70% daripada 28 million populasi Afghanistan, 36.1% daripada 14.1 million populasi Kemboja, 30 million penduduk Bangladesh dan ratusan ribu rakyat Palestin hidup di bawah garisan kemiskinan.

Persoalannya, bagaimanakah hal ini boleh berlaku sedangkan terdapat cukup makanan bagi setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di dunia ini? Lebih memilukan, isu kebuluran ini menghantui negara yang majoriti penduduknya Islam!

Di manakah kita jutaan saudara mereka yang belum diuji dengan kesengsaraan sebegitu rupa? Di manakah kita saudara mereka yang selalu mencanangkan gagasan persaudaraan Islam sedunia yang gemilang? Hakikatnya, kesenangan yang datang kepada kita jua adalah ujian—untuk menilai apakah kita benar-benar bersyukur dan di manakah janji kita saat mengaku beriman; janji sebuah persaudaraan yang diikat kukuh atas dasar kesatuan aqidah! Di manakah kita saat mereka mengharungi kehidupan sengsara penuh ketabahan tanpa sedikit pun putus asa untuk terus hidup? Di manakah kita di saat ini?


HADIAH ISTIMEWA AIDILADHA

Tidak tergambar betapa gembira dan bersemangatnya saya saat melihat beberapa badan bukan kerajaan di Malaysia seperti Muslim Aid, Al-Amin Serve, JIM International, MACMA, Hidayah Centre dan Yayasan Al-Jenderami yang berusaha sepenuh jiwa menyediakan pakej hadiah istimewa Aidiladha saban tahun. Pelbagai pakej disediakan demi memudahkan golongan yang berkemampuan untuk melakukan ibadah qurban dan menyedekahkannya kepada mereka yang amat memerlukan. Inilah hadiah Aidiladha yang sungguh bermakna tanda ingatan dan tiupan semangat agar mereka tabah meneruskan kehidupan. Program seumpama ini juga hakikatnya mampu mengajar kita menghayati ruh sebenar ibadah qurban. Kalaulah kita benar-benar ingin menghayatinya, apakah kita tidak rela menghadiahkan daging qurban kita kepada saudara kita yang ternyata lebih memerlukan?—yang hanya berpeluang mengecapi nikmat zat protein daging sekali setahun (itupun kalau ada yang sudi menderma), jauh sekali menikmati peluang untuk memilih seperti kita—ayam, lembu atau kambing—sup, rendang, kari dan sebagainya.


LAMBANG KEIMANAN DAN PERSAUDARAAN

Maka sesungguhnya sedarlah di saat ini, bahawa sumbangan yang kerdil daripada kita memberi implikasi positif yang besar kepada mereka! Jauh lebih bermakna daripada bantuan makanan yang diberikan, ia lambang keprihatinan dan ingatan yang sangat mendalam terhadap mereka nun jauh di sana! Salah seorang penerima daging qurban tahun lalu berkata, “Pemberian anda di hari raya ini membuktikan kehangatan persaudaraan Islam atas dasar iman kepada Allah. Pemberian anda adalah inspirasi penuh makna. Ia mengukuh pegangan kami terhadap iman dan Islam. Kami akan terus berjuang demi Islam biarpun diuji dengan kemiskinan. Ketahuilah…pemberian anda…akan diingati selalu..dan selamanya…”

Sementara masih ada masa, jadilah kita insan yang sensitif menyahut seruan Allah untuk memberikan makanan yang kita sukai kepada insan-insan yang lebih memerlukan. Betapa mulianya golongan ini sehingga Allah merakamkan kebaikan mereka di dalam Al-Quran! “Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (Mereka berkata) Sesungguhnya kami memberikan makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak pula mengkehendaki balasan daripada kamu dan tidak pula ucapan terima kasih” (Al-Insaan: 8-9). “Maka Allah memelihara mereka dari kesusahan hari itu (hari akhirat) dan memberikan kepada mereka kejernihan wajah dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi ganjaran kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera (Al-Insaan: 11-12)”

Ya..sementara masih ada masa, jadilah kita insan yang bukan sekadar memikirkan tahu atau tidak apa yang hendak dimakan. Tetapi, didiklah diri kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan tidak membazir rezeki yang dikurniakan. Sentiasalah bersedia untuk berkongsi nikmat tersebut dengan saudara-saudara kita yang lebih memerlukan. Bantulah insan lain untuk meneruskan kehidupan, dan hayatilah bagaimana ia menyentuh jiwa dan kehidupan anda. Bertindaklah sekarang! Tindakan bijak anda menyelamatkan nyawa!

Tuesday, December 20, 2005

Holocaust hanya mitos untuk wujudkan negara Yahudi

*I respect Mahmoud Ahmadinejad for saying this...

walaupun sumbernye dr AP yang kadang2 jugak nggak bisa dipercayai, to me berita ini membawa semangat, though maybe to AP and d gang, it brings diff connotation...

tq Mahmoud Ahmadinejad...syukran jazeelan wani'ma ajrul `aamilien. semoga Allah melindungi beliau dari musuh durjana thaaghut laknatullah `alaih...walaupun Iran di kala ini tampak dihentam habis2an oleh Bush dan sekutu2nya, iman akan tetap mengatakan ALLAHlah sebaik2 pelindung, kalaupun ditakdirkan kita akan mati berjuang melawan mareka dan menegakkan yang haq, mari kita usahakan agar kita mati dalam keadaan terbaik untuk menemui Kekasih yang sekian lama dirindui...

ya.."EROPAH SEPATUTNYA MENANGGUNG KESAN DAN AKIBATNYA"..kalaulah holocaust itu benar2 berlaku seperti yang dicanang2kan...



TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang terkenal kerana kelantangannya, semalam mendakwa peristiwa Holocaust adalah satu mitos yang diwujudkan Eropah sebagai alasan mendirikan negara Yahudi di tengah-tengah dunia Islam.

“Hari ini, mereka dapat mewujudkan satu mitos atas nama Holocaust yang dianggap terlalu suci daripada Tuhan, agama dan nabi,” katanya ketika berucap kepada ribuan penonton di Zahedan, di tenggara Iran, semalam.

Pengaruh Yahudi begitu kukuh hinggakan masyarakat Barat berasakan mereka amat bersalah dan memikul dosa yang terlalu besar berikutan peristiwa Holocaust yang mengorbankan lebih enam juta orang Yahudi dalam kejadian lebih setengah abad lalu.

Ahmadinejad turut menuduh Eropah yang melakukan jenayah terhadap Yahudi.

“Berikutan itu, mereka dan Amerika Syarikat atau Kanada yang seharusnya memberikan sebahagian tanah mereka kepada Yahudi untuk mewujudkan sebuah negara.”

Oktober lalu, Ahmadinejad mencetuskan kecaman antarabangsa apabila secara terbuka menggesa Israel ‘dilenyapkan dari peta’ dan mengecam negara Islam yang mengiktiraf negara Yahudi itu.

Minggu lalu, beliau turut mencadangkan Israel dipindahkan ke benua Eropah.

“Jika anda (Eropah) melakukan jenayah sebegini besar, kenapa pula anda pada masa sama menekan Palestin untuk menanggung segalanya?

“Oleh itu, beginilah cadangan kami. Berikan saja sebahagian tanah anda di Eropah, AS, Kanada atau pun Alaska kepada Israel untuk mewujudkan negara mereka di situ,” katanya.

Ahmadinejad turut menuduh Barat sudah sekian lama mengancam kehidupan warga Muslim dengan menceroboh, menjajah dan merampas harta benda mereka.

“Jika keganasan sebahagian peradaban anda, menjadikan orang tidak berdosa sengsara, menyekat hak kebebasan bersuara dan menyebabkan majoriti mereka miskin, inilah jawapan kami. Kami bencikan peradaban anda yang sedemikian,” katanya.

Pendirian tegas Ahmadinejad ternyata bertentangan dengan bekas presiden sebelum ini, Mohammad Khatami yang disifatkan ahli politik sederhana dan menggesa lebih banyak dialog diadakan supaya lebih memahami Amerika Syarikat. – AP

masjid yg dirindui




baiturrahman...
sujud di dalamnya..
membasah dan membasuh jiwa..
ia ketenangan yang mengalirkan air mata..
ia angin semangat kental diri
agar juang terus digagahi
hari ini, esok dan hari2 mendatang
selagi hayat dikandung badan
selagi itu akan kuterus perjuangkan iman





humanitarian aid a.k.a Evangelization??

antara yang dikutip ketika di Aceh ogos lalu....




Monday, December 19, 2005

alhamdulillah!!

alhamdulillah! syukur kepada ALLAH!! terima kasih kepada semua yg mendoakan..alhamdulillah semalam dah amik result IELTS..band bape? huhu..ok la..bleh la lepas requirement utk hantar brg scholarship ke SPAIN..i've overcome half of the hurdles..alhamdulillah...ni nak kene berjuang utk hantar borang ke spain b4 31/12/05..dengan cuti Xmas lagi..

alhamdulillah band 7.5 is good enough 4 a working candidate i think..haha..yang tak sempat to at least look at the format..percaya atau tak, i juz glance through the format 2 hours b4 the test..wah..kamikaze btol...alhamdulillah ALLAH mengirimkan bantuanNya..most important is dengan menyediakan hati dan jiwa ana untuk bersedia menerima apa jua pun keputusan yang akan diperolehi..alhamdulillah

ni tgh tunggu my full transcript. kene tunggu 3 hari plak..aduh! lupe sgt dah gune the one and only yg ada haritu. aduh...thanx a lot to djah for ur help..berlari2 ke ANR tadi dan dahulukan duit awk..time kasih sangat!

so, nak teruskan berjuang...doakan ye..sempat hantar borang application dan dapat scholarship to further my MA--hopefully leh dpt European Masters in International Humanitarian Aid..for the Ummah insyaAllah!

alhamdulillah thummalhamdulillah

Wednesday, December 14, 2005

home sweet home





ada apa dengan rumah? my house is juz an ordinary house...macam rumah2 org lain..ada pintu, ada tingkap, ada dinding..ada dapur, ada dr tan etc.





but what makes it special for us? kalau nak ikutkan senibinanye biase je..banyak lagi umah yang gedabak mcm castle..tapi mase kami bina umah ni, ayah lukis pelan, my dad is not an architect, he's an engineer..in chemical n process, tapi senanye he wanted so much to be an architect..tapi dulu2kan susah nak dapat scholarship, actually he managed to get it, but in diff field--engineering, so blaja jela, dapat gak excellent..hu..tabikla ayah



pastu lepas ayah buat pelan, kami sekeluarga duk berbincang, SEMUA dibenarkan bersuara, pape yg tak setuju, pastu ubahla sket2...yg sorang nak camni, yg sorang nak camtu...tapi my house ni besla sebab sisters-friendly..huhu..klu tak renovate sket haritu lagila..kirenye, klu ada guests datang, tak payah gelabah pakai tudung, sebab derang tak nampak kitorangnye..tapi sekarang kenela..

pastu rumah ni banyak sangat pintu! dan tandas..hehe..supaya tak gaduh...pagi2 nak gi skola takde alasan tandas tak cukup..ada 6 dr. tan!!

lagi satu yg unik..rumah kitorang dapur kat depan..kirenye kalau org datang akan jumpe dapur dulu. nape? sebab ayah cakap, nnti kalau balik dr pasar, senang nak letak barang..hehe..wet kitchen n dry..dedua kat blakang..pelik, tapi klu kenduri umah kitorang sangat berjasa, sebab dapur kat depan, jd org sgt suke memasak kat umah kitorang, senang...

lagi satu yg bes..kat luar ada kolam ikan..know what? kolam ikan ni my dad buat seniri! cume finishing dye upah orang. i mean sebab mak nak letak tiles gak, so, upah la org...dulu senanye ayah ada buat sculpture...tunggul kayu tinggi, pastu kuar air dari situ...tapi sebab nak renovate umah...sadly, terpaksa pecahkan..sedeh sangat..sebab mende tu, kitorang buat dengan tangan seniri...




so, ada apa dengan binaan semua ni..kan Allah sebut, yang penting adalah taqwa! memang besar atau kecil, cantik atau tak rumah kite tak semestinya menjamin ketaqwaan. my dad tak berminat sangat dengan tahsiniyaat, hes more concern on dhoruriyat..tapi what can i say...rumah ini, yang kami bina bersama, dengan kesepakatan...menyumbang peranan sangat besar kepada pembinaan diri kami sekeluarga..ya..ia bukanla sangat ttg binaannye, tapi apa yg terisi di dalamnya...

bulan ramadhan, anak2 dr my neigbourhood akan datang pagi2 tadarrus al-quran, sekarang musim cuti sekolah, bilal buat kelas tahfiz al-quran, soh derang iadah paling kurang juz 29 dan 30...bilal is so proactive and creative..sedaya upaya menggunakan seluruh hidupnya untuk islam...if u read dis my dear brother, jangan senyum lebar sangat, there's a lot more to be done..perjuangan baru bermula...

another thing is...solat jemaah...ruang solat yang mencukupi untuk seluruh ahli keluarga solat jemaah adalah sangat penting...bende2 mcm ni pon kene titik beratkan dalam pembinaan rumah...and im sure ayah has put this in his mind long b4 he draw the plan...

mak pulak..dengan sangat rajinnye menanam segala jenis tanaman skeliling umah..mcm2 ada! jagung, rambutan, mempelam, cili, pegaga, bendi, nenas, nona, kedondong, bunga kertas, bunga jepun, bunga etc...uh..so, weekend kami semua kene berkebun, mak ajar kite bersusah, kuarkan peluh, berbudi pada tanah...

dan semua ini punya saham yang amat besar dalam membentuk peribadi kami.....teruskan usaha..rancang usaha...demi mencapai kejayaan..bukan sekadar utk diri, tapi untuk ummah...ummatic-centric

wallahua'lam....

saujana mata memandang

Tuesday, December 13, 2005

another scene at hani bani toy shop

once upon a time in GH



how on earth u can get into dat stage..saying something to important people..and being 'screened' into dat giant screen?wahahaha...



selambenye budak sorang nih bace buku kat tgh2 tu...panjat mende tu plak...lepas ni rajin2 hafal quran ye...dah tak lama..nak kene masuk hostel...selamat belajar bende baru dalam hidup nih